Kenali Penulis
Siti Rosmizah Binti Semail anak kelahiran Kuala Lumpur dan berkerjaya sebagai seorang peguam mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2008 menerusi Novel sulungnya Andai Itu Takdirnya yang di terbitkan oleh Buku Prima pada April, 2008. Sentuhan pertama beliau ini telah mendapat sambutan yang begitu hebat sekali dan sekaligus menobatkan dirinya sebagai pemenang Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009, kategori Fiksyen Bahasa Melayu. Novel yang terhasil melalui ilham di dalam mimpi ini telah membuka ruang hatinya untuk terus bertamu di dalam bidang penulisan ini.
Bulan Mac, 2009 Novel ke-2 beliau Cinta kau dan Aku, terbitan Buku Prima berada di pasaran. Dan sekali lagi hasil sentuhan Siti Rosmizah dapat di terima oleh pembaca-pembaca di luar sana. Buktinya, dalam tempoh setahun novel tersebut telah di ulang cetak sebanyak 6 kali. Bertitik tolak dari kejayaan kedua-dua novel beliau yang terdahulu, telah membakar semangat Siti Rosmizah untuk terus menghasilkan karya yang terbaik buat tatapan peminat-peminat beliau yang tidak pernah jemu dan berhenti memberikan dorongan dan sokongan.
Kini Novel Ke-3 beliau Lafazkan Kalimah Cintamu terbitan syarikatnya sendiri SR Publication, kembali menemui peminat dan telah pun berada di pasaran. Janji Siti Rosmizah pada peminat-peminatnya, “Saya menulis kerana anda tanpa anda tidak mungkin akan ada karya Siti Rosmizah, andalah sumber inspirasi saya, saya akan sentiasa berusaha membuat karya yang terbaik untuk anda semua”. Karya ke-3 beliau ini dihasilkan atas permintaan peminat-peminatnya, harapannya semoga pembaca-pembaca di luar sana akan berpuas hati dengan hasil sentuhannya ini.
Jom jangan lepas kan peluang untuk menemui beliau di Pesta Buku Selangor Di Konvensyen Shah Alam (SCC) n dptkan tanda tangan beliau ... yg pasti ... ku mencintai Novel Hasil Karyanya yg bertajuk "Andai Itu TakdirNya "....
Novel ini lah membuat airmata ku tak berhenti menitis ...subhanallah,cukup2 munusuk kejiwa ku .. sayu mengenang kan nasib Nur Aleya Idris... novel ini memang menarik, best, mampu membuat pembacanya banyak menangis dan menyedarkan kita tentang takdirNya.
Kisah diterajui oleh Nur Aleya Idris dan Syed Adam Aizril Tan Sri Syed Abbas. Pergolakan cerita keseluruhannya tentang pasangan ini yang terpaksa mengharungi banyak dugaan rumahtangga . Bukan hanya disebabkan oleh sepupu Aizril, Syarifah Emellin tetapi disebabkan oleh keegoan yang tinggi dalam hati Aleya dan Aizril. Kekejaman yang dilakukan oleh Aizril melampau-lampau ,semuanya hanya disebabkan ego seorang lelaki. Mulut kata benci tetapi hati membuak2 rasa sayang dan cinta. Namun ego mengatasi segalanya. Begitu juga dengan keegoan Aleya, ketika Aizril menagih kasihnya, dia pula yang jual mahal. Hubungan mereka ditautkan dengan kasih sayang anak. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula pasangan suami isteri. Begitulah jalan ceritanya. Bohonglah, jika katakan jika hati ini tak pernah tersentuh dengan novel ini atau tak pernah menitis airmata sekalipun.Ayu menangis bila membaca di bab yang apabila melibatkan watak kanak2....saat kelahiran Dania dan Danish, ketiadaan papa untuk mengiqamat dan mengazan ,sungguh menyentuh hati ini.... Alhamdulillah, sudah memang naluri nurani wanita ku .. penuh kelembutan dan hati sehalus kapas ,mudah tersentuh dengan tangisan (T__T)
Sipnosis ....
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi.Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
"Saya telah menjadi balu sebelu masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."
Cinta...cinta telah menjadikan ALeya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang tang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."
opssssssss.................Bagaimanapun, keseluruhan cerita memang menarik....gaya tersendiri dalam penulisannya.Yg pasti kak Siti Rosmizah ...novel ini cukup2 menyenyuh hati NURANI KU .. I Love Andai Itu TakdirNya...
No comments:
Post a Comment