Bukan Mudah Untuk Meraih Syurga Nya......
•◦Firman Allah swt: Adakah patut kamu menyangka bahawa Kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada Orang-orang yang Terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa Kepapaan (Kemusnahan Hartabenda) dan Serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ...Ancaman bahaya Musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya Pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan Berpegang teguh kepada Ugama Allah). (Al-Baqarah 21)
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li 'Imraan 200)
Dan sabarlah (wahai Muhammad, Engkau dan Umatmu, dalam Mengerjakan Suruhan Allah), kerana Sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat Kebaikan. (Hud 115)
“ Teramat perlu dinilai sedalamnya akan segala tiap perkerjaan yang Dijalani di masa Dunia ini. Adakah ianya tak menyalahi pada kehendak Allah swt dan Rasulnya? ataupun sebaliknya. Andaikanlah jika sesuatu Perkara yang diarang Allah dan Rasul itu sentiasa bertentangan dengan keinginan, kehendak Hawa Nafsu kita dan sememangnya teramat sukar untuk menjauhinya. Biarkanlah, biarlah dihadiri segala perasaan tersebut, Biarlah diri terasa susah, sedih dari terasa senang, gembira dengan Perkara yang dilarang Allah. Biarlah terasa Susah sedikit di Dunia yang sementara ini dari terasa Susah yang amat dasyat dihari Akhirat kelak. Ingatlah dan Yakinilah Kehidupan di Dunia ini bukanlah suatu yang kekal, tiap Kenikmatannya bukanlah suatu yang kekal. Ianya padahal hanyalah suatu tempat perhentian yang sementara sahaja, kemudian barulah kita Semua akan diangkut Beramai-ramai menuju ke suatu tempat yang Kekal selamanya, iaitu Akhirat. Seterusnya samaada laluan ke Syurga atau laluan ke Neraka bakal dilalui berdasarkan dari tiap pekerjaan, amalan cara Hidup yang diamali masa Dunia ini. Ingatlah janji tentang Kesenangan, Kemewahan, kebahagiaan, ketenangan, kedamaiaan didalam Syurga itu adalah Benar. Ingatlah janji tentang Kedasyatan, Kesakitan, Keperitan, Kesusahan, Kemiskinan didalam Neraka itu juga adalah Benar "
“ Andai terasa susah dengan cara yang diingini Islam, Biarlah. Demikianlah Hidup di Dunia bukan tempat dan tujuan untuk bersuka-ria, bersenang-senang. Tetapi ianya suatu tempat untuk diUji sekuat mana kekuataan kita berpegang dengan PetunjukNya. Demikianlah Nikmatnya Kehidupan Syurga yang telah dijanjikan itu bukanlah percuma untuk memasukinya. Ia memerlukan kekuatan, pengorbanan Diri menghadapi Ujian dimasa Dunia ”
“ Ingatlah Apa-apa pun Pekerjaan yang dilakukan dimasa Dunia ini perlu sentiasa diingatkan segalanya berlaku dengan kehendak Allah swt. Jika Allah swt berkehendak menyekatnya, maka ianya amat mudah bagi Allah. Dia Maha Berkuasa atas Tiap-tiap Makhluknya. Maka harus sentiasa disyukuri, diingati bahawa segalanya adalah kurniaan Allah swt. Perlu dijauhi dari sifat riak, sombong, takabbur, dan segala perkara yang menjadikan Murkanya Allah swt pada Kita ”
• Ingatlah Apa-apa bentuk Kelebihan, Kegembiraan, Kesukaan, Kemenangan, Kekayaan, Kejayaan Hidup di Dunia yang tidak disertai dengan Keimanan pada Allah tidak dapat memberi faedah sedikitpun. Sabda Nabi saw :
Kekayaan, kejayaan hidup itu bukanlah dilihat pada banyaknya harta seseorang, tapi kekayaan, kejayaan hidup yang sebenar ialah dilihat pada jiwa seseorang itu. (Hr Muslim)
Dalam riwayat yang lain pula disebut : Nabi saw telah bertanya kepada Abu Zar, Adakah engkau melihat orang yang banyak harta itulah orang yang Kaya? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Dan adakah engkau melihat orang yang sedikit hartanya itu orang yang susah? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Kemudian Nabi saw bersabda : Bukanlah sedemikian, Sesungguhnya orang yang Kaya itu ialah mereka yang Kaya jiwanya manakala orang yang susah, fakir itu ialah mereka yang kosong jiwanya. (Sahih ibn Hibban, no 685. Mustadrak al-Hakim, no 7929).
• Sama-sama kita renungi, hayati peringatan yang telah dijelaskan kepada kita semua yang diambil dari kitab Petunjuk (Al-Quran) :
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka ORANG-ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK.
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". (Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya Kamu dan Teman-Teman kamu itu tetap Menderita bersama-sama di dalam Azab". (Az-Zukhruf 36-39
No comments:
Post a Comment