“Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?” (At-Taubah: 126)
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan. Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian. Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun. Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat. Gempa bumi yang melanda Jepun ini merupakan yang paling kuat dalam tempoh 140 tahun.
Berikut adalah rentetan peristiwa Tsunami terbesar yang pernah melanda dunia:
1755: Tsunami memusnahkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.
1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda, Indonesia menyebabkan tsunami setinggi 35 meter dan mengorbankan 36,000 nyawa.
1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 meter dan membunuh 165 orang.
1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah ( 9.5 skala Richter) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
1976: Tsunami melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
1998: Gempa berukuran 7.0 skala Richter di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 meter dan membunuh lebih 6,000 nyawa.
2004: Gempa bumi besar menyebabkan tsunami dengan ketinggian ombak 35 meter dan mengorbankan lebih 250, 000 nyawa di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika. Acheh adalah antara negara paling teruk mengalami kemusnahan yang mengorbankan kira-kira
170,000 nyawa dan 500,000 kehilangan tempat tinggal.
2006 – Gempa bumi menyebabkan tsunami di selatan pulau Jawa, Indonesia dengan ombak setinggi 21 meter di Pulau Nusakambangan dan mengorbankan 500 nyawa.
2010 – Gempa bumi di Santiago, Chile menyebabkan tsunami. 521 nyawa terkorban.
2010 – Letusan Gunung Merapi di Kepulauan Mentawai, meletus menyebabkan tsunami
dan mengorbankan 446 nyawa.
2011 – Gempa bumi dan tsunami Jepun
"Allah SWT menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,
No comments:
Post a Comment