Pages

Feb 10, 2011

TEMAN

(Foto dri Ahmad Nizam Awang ..... )

Assalamualaikum...

Teman,
Usah kau takut untuk merasa kesedihan dan kepedihan .Usah kau takut untuk merasa susah dan hina. Percayalah teman, bahawa di sebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan, ada hikmah yang terkandung disebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan. Percayalah teman selagi kau berserah kepada DIA yang sentiasa bersama mu, tanpa kau sedari,tanpa kau lihat DIA, namun kau akan dapat merasa kehadiran NYA apabila kau sentiasa memanggil DIA.
Teman,
Mana ada insan yang tidak suka kepada manisnya hidup.Mana ada insan yang tidak suka kepada keseronokan hidup. Kita dijadikan punya nafsu dan rasa. Namun teman ,sedarkah kalian bahawa manisnya hidup,seronoknya hidup tanpa di uji..kemanisan dan keseronokan itu yang membawa kepada alpa nya kita kepada DIA.
Teman,
Mana ada insan yang suka kepada kesedihan, kepedihan dan kepahitan mengharungi hidup ini. Mana ada insan yang suka menjalani hidup ini berteman si airmata duka .Namun teman,sedarkah kalian bahawa kesedihan,kepedihan dan kepahitan itu ibarat ubat mujarab yang dapat mendekatkan kita dengan Pencipta kita andai kita kembali kepada fitrah kita.
Teman,
Sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman dri DIA,andai ditarik apa yang dipinjamkan,maka sama-samalah kita redha,tenang dan sabar.Anggaplah kesedihan,kepedihan dan kepahitan di uji untuk mengharungi hidup ini adalah kerana DIA mau kita kembali kepada DIA.
Sedarkah wahai teman,bahawa ujian yang dibagi kepada kita adalah pahit untuk dirasa tapi amat manis untuk dikenang agar menjadikan kita insan yang redha,tenang dan sabar.Menjadikan kita insan yang lebih tahu menghargai diri dan kehidupan.
Teman,
Usah dibuang kenangan pahit yg kita rasa kerana yg pahit itulah ubat yg amat mujarab agar kita lebih berhati-hati dimasa mendatang.Kerana dari kepahitan itu lah ada kemanisan yg berpanjangan yg membuatkan kita lebih mengenal Pencipta kita,Nabi kita dan saudara seislam kita.
Teman,
Apa erti hidup ini tanpa di uji?Apa erti hidup ini tanpa kita mengenal DIA,tanpa kita mengenal perjuangan Nabi kita?Tanpa pengorbanan menegak agama kita?
Teman,
Usah lalai dibuai kemanisan,keseronokan kerana di sebalik manisnya,seronoknya terselit racun yang membuai kita hingga kita lalai dan alpa.Sedangkan kepahitan itu terselit manis berpanjangan....
Renung-renungkan wahai teman,ketawa yang berpanjangan itu
membawa kita kepada musibah,sedangkan tangisan berpanjangan itu membawa kita kepada keinsafan.
Wassalam
* kenapa mudah memutus kn persahabata ini ?kenapa mudah berprasangka buruk pd persahbatan jika dibibir mngatakn tulus dalam persahabatan ini..??fahami sahabat...jangan hanya mengharap sahabat yg sentiasa memahami kita....mereka juga sahabat yg memerlukan sahabat...
fahami kehendak dan masalah sahabat....bantu sahabat, bukan hanya salahkan sahabat andai dia bersalah kerana dia juga manusia yg serba kekuranagn....kita sama-sama hambaNYA yg hina....
Beringat lah..sahabat , umpama isi dan kuku..ada je kotoran dicelah isi dan kuku..jadi kita selalu kena bersihkan...

No comments:

Post a Comment