(Foto dri Ahmad Nizam Awang ...) BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani. Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku". Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku." Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH |
Salaamun alaikum. Nasihat yg sangat bagus dari syeikh tu. Deme dalami Tasawwuf jugak yer hehe
ReplyDeleteKalau la kita fahami dan amalkan betul2 kata2 tu, barulah tak timbul sakit hati pada orang lain, mudah memburuk2kan orang , rasa diri je betul dan org lain salah sokmo dan camam2 lagi huhu
Sbb tu bila kita bercakap dengan orang kafir sekali pun, kita x boleh nak benci terus dia tanpa pertimbangan langsung, kerana x mustahil nnt dia akan dapat hidayah dari ALlah, terus dia jadi suci macam bayi. Tapi kita? Alahai (eh mcm pernah dengar je ayat Alahai ni yer :D)
Semoga kita dapat ingat-mengingati antara satu sama lain, bukan kerana untuk menunjuk2, bukan kerana untuk merendahkan orang lain, TETAPI kerana sayang kita terhadap sesama anak cucu Adam yg mana merupakan saudara kita juga :)
Oh ya. Naper Ayu tak buat TAJUK/TITLE yg standard pada blog pada setiap post?
ReplyDeleteTitle tu penting sbg keyword utama untuk orang jumpa dalam search engine macam Google, Yahoo dsbnya :)
waalaikummusalam ,,
ReplyDeleteayu share dri seorng ustazah ..dia mmg xlokek dlm ilmu akhirat ini ...alhamdulillah ..
subhanallah ..mmg btul tu abg ANA...
insyallah ...note ini akn sentiasa dijdikn pnduan..dn mnjadi amalan..mcm pernh dgr je camam2 tu ..hihi..tp dimana ye ...
" Jika ternyata senyum mampu mencairkan kebekuan hati dan maaf mampu meluruhkan congkaknya nurani, mengapa masih saja manusia merasa sombong tetap tak tersenyum dan memaafkan kepada sesamanya......"
Semakin mampu kita merendahkan hati dihadapan orang lain, maka menunjukkan kebesaran hati kita dihadapan ketinggian hati orang lain…(❤‿◕✿)..
ehe...yg tajuk tu ayu sbnar nya malas (amboi..ank sape yg malas2 tu ...?)hihi
ok ..insyallah ...selepas ini ayu akn bbuh tajuk nya ...trima kasih ye abg ANA...alhamdulillah