(Foto Ahmad Nizam Awang )
Dalam Pahit Itu Ada Manisnya...
Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan-insan yang lain.
Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yang kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah untuk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yang berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yang buruk dengan yang baik.
Dunia ini dipenuhi dengan berbagai ragam dan kehidupan. Kita sendirilah yang memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yang mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.
Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar untuk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yang kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yang sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yang selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar orang bersedia untuk berpisah kasih dengan cara yang baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara-suara yang penuh dengan kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini orang itulah yang diagung-agungkan.
Janganlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, banyak lagi kegembiraan yang boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.
Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dengan adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti orang bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yang membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya. |
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan❤(。-‿◕。)
ReplyDelete