(Foto dri Ahmad Nizam Awang ......) SECEBIS NASIHAT BUAT DIRIKU..... Ibu adalah orang yang amat aku sayangi di dunia ini kerana ibuku telah banyak melakukan pengorbanan terhadap diriku....Ibu juga selalu memberikan nasihat untuk aku ikuti sebagai seorang WANITA...Di antara salah satu nasihat yang paling aku ingati ialah cerita ini... Ibu bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu bahagian manakah tubuh yang paling penting, sayang?" Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku. Ibu melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar- benar"hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahukan kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting." Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan air mata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu." Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala? " Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu punya bahu untuk menangis bila pun kamu memerlukannya." Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan... Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan... Tapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka hidup mereka lebih bererti. |
''HATI wanita mudah tersentuh, mudah menangis...Adakah adil baginya untuk mengalirkan lagi airmata tatkala cintanya telah di khianati?"
No comments:
Post a Comment