Pages

Dec 27, 2010

::PeRmAtA HaTi ::

.
......

Anak-anak merupakan anugerah daripada Allah S.W.T yang paling berharga kepada kedua-dua ibu dan bapa. Maka dengan itu, setiap pasangan yang telah pun mendirikan rumahtangga mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…”
(al-Kahfi :46)

Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat membahagiakan hidup mereka di dunia dan akhirat. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah pun meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”. (HR al-Bukhari)



No comments:

Post a Comment