Pages

Dec 14, 2010

::BiCaRa HaTi InI ::

Kata hati sukar untuk menerima sesiapa kerana ruang hati ini masih ada kamu. Sedaya upaya diri ini menjaga hati ini dan juga tahu hati manusia, mudah benar Allah bolak-balikkan. Apa yang pasti, diri ini akan sentiasa berdoa."Berdoalah kerana doa itu adalah senjata orang mukmin. Yakinlah pada Allah, jangan sekali-kali berputus asa. Sentiasa berdoa, teruskan berdoa, berdoa dan berdoa."

Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang diri ini rasa dan apa yang kamu rasa. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya kerana Dia pemilik mutlak hati-hati ini. Apa yang berlaku di masa dan hari yang mendatang nanti adalah yang terbaik untuk semua, terbaik untuk kita hamba-hambaNya. Yakinlah!

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment