Pages

Oct 17, 2011

teman ♥


teman ♥
◕ tidakku pinta dirimu berada disampingku sentiasa
tidak pula dirimu perlu menjadi yang sempurna
aku juga hanyalah manusia biasa
walau mungkin kita jarang bertegur sapa
... cukup bagiku untuk mengetahui kau masih menghargai ukhuwah kita

teman ♥
◕ hanya satu permintaanku kepadamu
kongsilah bersamaku ilmu
khabarkan kepadaku apa yang aku tidak tahu
usah biarkan aku dalam kejahilanku

teman ♥
◕ jika aku mula berpaling jalan ini
bantulah aku untuk kembali
sesungguhnya tika itu aku telah tertipu dengan helah duniawi
usah kau lepaskan genggaman tanganmu
lalu membiarkan aku hanyut dalam keadaan begitu
jangan kau asingkan diriku dari hidupmu
ingatkanlah aku akan Penciptaku yang satu
sesungguhnya tika itu syaitan telah membutakan mataku
banyakkanlah bersabar wahai sahabatku
jika tika itu aku bagaikan membencimu
namun hakikatnya kehadiranmu yang paling aku perlu

teman ♥
◕ jika ditakdirkan aku pergi meninggalkanmu dahulu
aku ingin kau tahu
aku bersyukur kerana dikurniakan seorang SAHABAT SEJATI sepertimu ♥‿◕

credit : Jihad An-Nafs :) (dari adik ku iffa )

No comments:

Post a Comment