Pages

Jan 28, 2011





Biarlah nafas hidupmu penuh dengan dakwah..

berdakwatlah dengan airmata dan darah syuhada',
ditulis di atas kertas perjuangan sebagai kiriman di hari kemudian..
namun ingatlah, semakin dekat bahtera dirimu kepada ALLAH,
semakin kuat taufan melanda...
biar engkau rebah, namun jangan sesekali egkau berubah..
Biar terbuang, namun teruskan perjuangan...
Biar terbuang, namun teruskan perjuangan...

*Ya ALLAH, redhai ketulusan hati...

Ya ALLAH, beri aku ketabahan..
Ya ALLAH, aku sanggup berkorban..
Demi Rahmat-MU.. Ya ALLAH...

(Foto dri Ahmad Nizam Awang ......... )

Mari kita renung-renungkan bersama......

Akal berkait rapat dengan hati...
Akal mencermin kebijaksanaan pemikiran diri seseorang insan
Hati mencerminkan kemurnian juga kebersihan jiwa seseorang insan
Akal dan hati berkait...
Umpama aur dengan tebing...
Bagaikan adik-beradik...
Seperti pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa...
Akal dan hati...
Menjadikan manusia itu sempurna dalam menjalani kehidupannya...
Akal menerima kebenaran dengan berfikir...
Hati menimbangkan dengan penuh rasa ketenangan....
Dengan adanya akal yang sihat dan waras serta seimbang Menggunakannya secara rasional dalam melayari kehidupan
Insya'Allah...insan itu berjaya menguasai akalnya dengan baik...
Tapi perlu diingat jiwa atau hati memainkan peranan dalam mempengaruhi akal...
Hati dapat merasai segala perbuatan dalam tindak tanduk yang disampaikan akal kepadanya...
Sedih,suka,marah dan sebagainya....
Keseimbangan akal dan hati perlu ada...
Jika mengikut hati yang bernafsu maka tertunduk akalnya...
Umpama seoarang budak berjaya menundukkan tuannya...
Akal dan hati merupakan mahkota setiap manusia...
 *gembira dengan dunia adalah kegembiraan kanak-kanak, gembira dgn keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar, berkhimat kepada harta adalah hina, dan beramal kepada allah adalah kemuliaan ...
Akal dan hati juga ibarat kuku dan isi. x secantik mana pun jari kalau x berkuku. apa lah erti nya ya x kwn2?. kesimpulan nya beza nya kita juga dgn haiwan adalah akal. maka kita bersukur pada allah kerana kita ni diberi akal. Tanpa akal siapa lah kita ya? Akal lah jua membantu kita pulang kepangkal jalan, apa bila kita terlalu jauh sesat dan terpesong. wallahhualam......

kita sangatlah bersyukur kerena allah swt telah memberi akal yg sempurna namun perempuan dengan lelaki sangat lah berbeza klu perempuan memiliki akal 9 emosi satu akal namun lelaki hanya memiliki akal satu emosi 9 , itulah lelaki cepat marah dan tidak bleh melakukan keja perempuan , tapi klu perempuan boleh buat keja lelaki itulah rosullah bersabda jagalah kaum perempuan kerena ia perhiasan dunia maka kita sangat lah bersukur allah swt bagi kelebihan pada kaum hawa wallahhualam.............

Melentur buluh biarlah dari rebung - photo manipulation
(Foto dri Ahmad Nizam Awang ......)

SECEBIS NASIHAT BUAT DIRIKU.....

Ibu adalah orang yang amat aku sayangi di dunia ini kerana ibuku telah banyak melakukan pengorbanan terhadap diriku....Ibu juga selalu memberikan nasihat untuk aku ikuti sebagai seorang WANITA...Di antara salah satu nasihat yang paling aku ingati ialah cerita ini...
Ibu bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu bahagian manakah tubuh yang paling penting, sayang?"
Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.
Ibu melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar- benar"hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahukan kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan air mata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu." Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?
" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu punya bahu untuk menangis bila pun kamu memerlukannya."
Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan... Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan... Tapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka hidup mereka lebih bererti.
**Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.Sekadar Renungan :
''HATI wanita mudah tersentuh, mudah menangis...Adakah adil baginya untuk mengalirkan lagi airmata tatkala cintanya telah di khianati?"

"..Wahai AYU..demi ALLAH..jangan engkau percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki..bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab..
Bicara denganmu seperti sahabat..dan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab..sebenarnya..mereka BOHONG!!
Jika engkau mendengar sendiri bualan mereka..pasti engkau takut dan ngeri..
Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan...Bukan di tangan kaum lelaki.."


(Foto dri Ahmad Nizam Awang .......)

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan .......




Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin....
**Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Dan Penyayang..
Kau satukanlah hati ku dgn hati nya kerana aku menyayangi dan mencintai dirinya..

Berikan lah daku kekuatan dalam mengharungi dugaan dalam perhubungan ini..
Lindungilah diriku ini dari kekecewa ker...na aku xsanggup lagi menghadapi satu lagi kekecewaan..
Semoga apa yang Kau berikan adalah terbaik untuk ku dan dirinya..


"...Cinta yang pergi jangan ditangisi...

cinta yang hilang jangan disesali...
tapi carilah cinta itu kembali...
jika kamu tidak menemukannya....
yakinlah suatu saat nanti.....
akan hadir cinta yang lain....
yang akan membuatmu jauh lebih bahagia...
dari cinta telah hilang itu...."
cinta itu tidak memandang harta dan takhta…cinta datang dari dalam jiwa,,kadang cinta boleh membuat kita terluka... kadang juga boleh membuat kita bahagia...