Mutakhir ini, kita dihujani pelbagai ‘masalah-masalah’ sosial yang melibatkan remaja..
Setiap hari pasti ada sahaja cerita ‘kurang enak’ menjadi santapan mata dan telinga, dan akhirnya menyentap hati. Aku turut meluahkan kebimbangan, kerana aku ‘bakal pendidik’.. melihat ‘panorama’ remaja pada hari ini, sudah cukup menggerunkan aku.. ia amat berbeza dengan zaman muda kita dulu2.. (“,)
Ibu bapa adalah ‘penyumbang’ terbesar kepada ‘terjebaknya’ anak-anak kedalam kancah negatif. Namun ramai ibu bapa yang enggan menyedari hakikat ini, malah mereka mengatakan bahawa merekalah paling pandai dan bijak dalam mendidik anak. ‘orang lain yang pengaruh anak aku nih…!’ orang bijak tidak akan menyalahkan orang lain, malah akan muhasabah diri terlebih dahulu.
Mengapa aku kata ibu bapa yang salah..
Pertamanya, kerana ibu bapa sendiri tidak menutup aurat dengan betul. Lihat sahaja ibu-ibu hari ini, kebanyakannya ‘seksi’ dan ‘meletop’. Masing-masing ingin menjadi ‘ibu moden’ dan ‘mama rock’. Sejak anak dalam perut lagi, mak-mak dah pakai baju2 mengandung yang macam-macam potongan ‘menjolok mata’. Bila anak tersebut lahir, maka beliau akan mencontohi mak yang seksi tadi. Anak-anak membesar melihat ibu yang seksi. Apabila beliau sudah sampai ke satu tahap, maka anak-anak ini juga ingin ‘seksi’ seperti ibu beliau bahkan jangan terkejut jika beliau lebih ‘seksi’.. bak kata orang kita; ‘mak dah seksi, anak ape lagi, mak buka sikit2, anak bukak banyak lah..’
Beliau ini jugaklah yang bakal menjadi penyebar ‘virus seKsi’ kepada masyarakat.. mempengaruhi orang lain menjadi ‘seksi’..!!
Kedua, kerana ibu bapa sekarang suka mendedahkan anak kepada hiburan. Sejak menagandung lagi, mak-mak zaman ni suka tengok ‘benda’ hiburan, Malaysian Idol, Akademi fantasia dan macam2 lagi yang sama waktu dengannya. Apabila anak itu lahir dan membesar, mak-mak sekarang bagi anak-anak masuk ‘Bintang kecil’ .. ‘Idola kecil’.. maka anak itu membesar dalam suasana ‘berhibur’, dan menjadi kebiasaan. Jika bosan, hiburan yang dicari, jika hati tidak tenang ‘disko’, ‘kelab malam’ itulah menjadi destinasi.
Ketiga, kerana mak ayah suka bergaduh dan menunjukkan keganasan di hadapan anak-anak. Maka anak juga turut menjadi ganas. Pegi skola jadi ‘kaki buli’ dan ‘kaki pukul’. Mentaliti dan persepsi mereka terhadap dunia ini telah berubah, dari ‘kedamaian’ kepada ‘keganasan’ dan dari ‘ketenangan’ kepada ‘kecelaruan’..
Keempat, kerana mak bapa bagi anak-anak makan duit haram. Duit memang tak boleh makan, tapi makanan dibeli dengan duit haram. Duit rasuah, duit judi, duit tipu orang, duit riba, duit curi, duit menggelapkan wang syarikat..errr, semua membawa kepada haram! Itu yang mak bapak sekarang gunakan untuk membeli keperluan seharian anak-anak, dari makanan hinggalah membeli perkakas sekolah..buku sekolah. Betapa hitamnya hati anak-anak. Patutlah susah nak dapat hidayah. Kegelapan yang menakutkan..!
Kelima, kerana mak ayah suka salahkan orang lain walaupun anak mereka salah. Maka anak-anak ‘naik lemak’ dan menjadi tidak hormat kepada sesiapa pon. Kat sekolah habis cikgu2 dia ‘sepak terajang’, kat luar tunjuk kuat merempit sini sana, mengganggu ketenteraman awam.. sebab dia tahu, kalo masuk lokap pon, ‘mak ayah aku akan datang jamin..!’
Keenam, kerana mak ayah sekarang menjadikan artis-artis sebagai idola. Rosyam nor, Siti Nurhaliza, Mawi .. sejak mengandung lagi mak-mak ni suka sangat baca ‘gosip’gosip’ artis, boleh dikatakan ape2 perkembangan artis kesayangan tidak akan terlepas dari pengetahuan, kalau terlepas terasa rugi sangat... ‘mak borek, anak rintik’, apabila anak lahir, maka lahirlah anak-anak yang ‘mengidolakan’ artis juga. Perangai pon sikit2 macam artis, perasan ‘glamer’ dan ‘popular’.. sebutlah nama artis mana, confem dah ade dalam memori, bila mintak sebut nama ulama, muka pucat, satu ape pon tak tahu..!
Maka, ibubapa wajiblah sedar, pendidikan salah secara langsung atau tidak langsung kepada anak-anak, akan menyebabkan anak-anak melalui ‘jalan-jalan gelap’ dalaam kehidupannya.
Apa yang sepatutnya terjadi adalah..
Pertama, mencari pasangan yang soleh dan solehah. Ini amat penting..! lelaki dan perempuan baik mampu melahirkan zuriat yang baik juga.
Kedua, membudayakan cara hidup Islamik dalam keluarga. Ibu ayah menunjukkan akhlak yang baik, serta berkasih sayang diantara satu sama lain. Mendidik anak-anak dengan ajaran Islam yang sepatutnya seperti sembahyang, berpuasa dan mentaati ibubapa. Selain itu, memberi semangat anak-anak menuntut ilmu, mendalami pelbagai bidang ilmu, mengenali para ulama dan mentarbiyah anak-anak agar mempunyai jiwa ‘pejuang’ mempertahankan Islam...
Ketiga, tarbiyah anak dengan al-Quran. Sepatutnya ibu bapa membaca al-Quran sejak anak berada dalam kandungan lagi. Ini penting bagi melahirkan anak-anak yang cinta al-Quran serta ingin mepelajari al-Quran seterusnya menghayati dan mengaplikasikan isi kandungan al-Quran.
Keempat, doa ibu bapa untuk anak-anak juga penting. Doakanlah perkara ‘baik’ untuk anak-anak, agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah., mendoakan kesejahteraan anak-anak, agar mereka terhindar dari ‘bahaya-bahaya’ dunia akhir zaman.
Jika ini menjadi amalan..
Maka akan lahirlah ‘gergasi-gergasi’ yang mampu ‘menggoncang’ dunia. Benarlah bahawa, ‘tangan ibu yang menghayun buayan itu mampu menggoncang dunia’. Jika tangan ibu yang menghayun buayan itu ‘solehah’, akan terjadi ‘goncangan kedamaian’, dan jika sebaliknya, maka hadapilah ‘goncangan kebinasaan demi kebinasaan’ dengan penuh kesabaran.. berdoalah selalu agar tergolong dalam golongan orang2 yang mendapat hidayah dan berada dalam Pimpinan-Nya.
Peace No War (“,)