Pages

Dec 21, 2010

sebiru hari ini-edcoustic




Lagu tema persahabatan ku dgn xia...
Teman
terima kasih atas persahabatan
terima kasih kerana mempercayai ikatan
terima kasih menerima daku walau berjauhan
terima kasih kerana sudi bersama

Ayu sentiasa merindui mu xia ku sayang...

::AkU rEdHa ::

(Foto dri Ahmad Nizam Awang..)
AKU REDHA DENGAN KETENTUANNYA...

Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...
Sekiranya dia bukan untuk aku...
Aku redha...
Semoga dia berjumpa dgn org yang lebih baik drpdku..
Kenapa aku redha?
Kerana aku percaya akan ketetapan Ilahi..
Ketetapan Ilahi adalah yang terbaik buat diriku..
Mungkin bagiku ianya benda yang terburuk,
Tapi bagiNYA adalah yang terbaik sekali....


Cinta padaNYA adalah cinta yang satu...
Di mana kita tidak boleh secara langsung
Atau tidak langsung menyamakannya dgn cinta pada makhluk...


Kita hendaklah bersederhana dlm bercinta...
Kerana mungkin cinta yang kita dapat skrg ini
Mungkin menjadi api kebencian pada diri kita...

Aku rasa menyesal akan diriku...
Akan dosa-dosa yg aku lakukan dulu dan kini...dan akan datang...
Aku bertekad semoga...
Sekiranya aku dilamun cinta akan makhluk sekali lagi...
Aku berharap cinta ini akan memekarkan cinta ku kepada ilahi...
Amin...ya rabbal alamin....
*Tuhan,
ku harapkan kepada Mu,
keampunan, Keredhaan, kasih sayang,
Kehidupan terpelihara...

::KesAkItAn::

Hari ini,sakit kepala yg dialami..teramat menyakitkan...
Sehingga tidak tertahan menanggung nya.......
Terasa mahu pecah kepala ni di buat nya....subhanallah...
Ini lah dugaan Mu ya Allah....

Rasa nya ,ini lah yg paling teruk yg dirasakan...
Sebenar nya ada sebab ia nya terjadi....
Mngkin Allah memberi diri ini ruang untuk berehat....
Ampuni aku ya Allah....Terlalu leka hingga lupa untuk menjaga ksihatan diri....
..Alhamdulillah syukur dengan segala PenciptaanNya..
Jalan untuk beribadat kpd Allah.. itu banyak, sebanyak nafas makhluk...

::SeKaDaR rEnUnGaN ::


(Foto dri Ahmad Nizam Awang........ )


SEKADAR RENUNGAN....

Diriwayatkan suatu ketika Rasulullah sedang berjalan ke masjid kemudian baginda ternampak syaitan berdiri di hadapan pintu masjid sambil matanya terjegil memerhatikan sesuatu...

Selepas melihat kejadian itu, baginda bertanya ” Hai Iblis!! apa yang engkau buat di sini???” lalu syaitan menjawab ” sebenarnya aku nak masuk ke dalam masjid untuk mengganggu solat pemuda itu, tetapi aku takut kepada orang yang sedang tidur berhampiran pemuda itu.

Rasulullah kehairanan lalu bertanya kepada iblis lagi…” hai iblis!! mengapa engkau tidak takut kepada orang yang bersembahyang?? sedangkan mereka itu dalam keadaan beribadah serta bermunajat kepada ALLAH. Mengapa pula ngko takut pada orang yang tidur sedangkan mereka itu sudah tentu dalam keadaan lalai??

Syaitan terus menjawab ” sebenarnya orang sembahyang tu orang yang jahil, jadi cukup mudah bagiku (bukan aku) mengganggunya, sedang orang yang tidur itu alim. Jadi aku bimbang kalau2 dia terbangun membetulkan kesilapan pemuda itu, ataupun memberitahu perkara yang merosakkan sembahyangnya”.

RENUNGAN: Daripada cerita itu dapatlah kita simpulkan bahawa ilmu itu penting dalam menjalani ibadah. lantaran cerita itu juga Rasulullah bersabda

Tidur orang alim lebih baik daripada ibadah orang jahil

Dalam menuntut ilmu, rintangan harus ditempuhi dan disiplin ilmu juga mesti dipatuhi. Rasulullah juga ada memberi pandangan bagaimana untuk menjaga disiplin ilmu agar kita menjadi pelajar beradatb serta mampu beramal dengannya.

Tambah Rasulullah lagi, dalam sabdanya ” Barangsiapa yang ingin mudah mengingati ilmu yang dipelajarinya, maka adalah wajar baginya membiasakan atau melazimi 5 perkara”

1. Mendirikan sembahyang malam (qiamullail) meskipun hanya 2 rakaat.

2. Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

3. Sentiasa bertaqwa kepada ALLAH samada ketika berada di khalayak ramai atau sorang diri.

4. Mengambil makanan sekadar untuk beribadah iaitu sekadar untuk menguatkan diri beribadah kepada ALLAH.

5. Sentiasa membersihkan mulut

*
 Apa yang dinyatakan kat atas tu juga adalah untuk diri sendiri. Jadi, marilah kita muhasabahkan diri selalu agar kita sentiasa dalam keaadaan yang dirahmati oleh ALLAH. Bermusahabah dengan apa yang kita lakukan untuk kenikmatan dunia dan juga bermusahabah untuk apa yang kita telah lakukan untuk bekalan akhirat kita

:: KeNaNgAn TeRiNdAH dAlAm HiDuP kItA ::

KENANGAN TERINDAH DALAM HIDUP KITA....


Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita, sama ada pahit atau manis, ia akan menjadi satu kenangan. Kenangan yang kita akan ingat sepanjang hayat atau yang mahu kenangan itu kita lupakan. Yang pastinya kita mahu sentiasa mengingati kenangan yang indah sampai bila-bila malah mahu ia dikongsikan dengan orang kita sayangi dan cintai.

Mengapa tidak hari-hari berlalu ia dijadikan satu kenangan terindah buat kita? Mengapa tidak, kita fikirkan satu perkara yang kita boleh lakukan buat insan yang kita cintai dan sayangi, agar ia menjadi satu kenangan yang indah. Malah kita boleh lakukan ia setiap hari, menjadikan kenangan terindah.

Dalam satu tahun kita mempunyai 365 hari yang setiap satunya boleh kita lahirkan dan ciptakan pelbagai kenangan yang terindah. Jika tidak mampu untuk lakukan ia setiap hari, seminggu sekali pun sudah memadai. Itu sahaja, sudah merangkumi sebanyak 52 kali kita membuat kenangan yang terindah buat yang kita sayang dan cintai. Jika tidak mampu juga, apa salah sebulan sekali? Asalkan kita usaha dan kenapa tidak kita mencubanya?

Anda boleh fikirkan pelbagai perkara untuk melaksanakan misi melahirkan pelbagai kenangan terindah. Perkara yang mungkin kecil kepada kita boleh menjadi satu kenangan abadi dan terindah. Cuba tanyakan diri anda, soalan-soalan ini?

Bilakah kali terakhir anda berikan bunga ros untuk pasangan anda? Atau untuk lagi menarik mengapa tidak anda wanita hadiahkan bunga ros untuk pasangan lelaki anda. Indah bukan?

Mengapa tidak makan satu tempat yang belum pernah dicuba? Kopitiam contohnya atau piknik indah di tepi pandai. Indah bukan?. Atau lagi menarik jika anda wanita mencuba masakan yang lain daripada yang lain. Makaroni mungkin? Pasta? atau anda lelaki yang masak hari ini. Indah bukan?

Bilakah kali terakhir anda ke perpustakaan? Mungkin tiada bahan untuk dicari mengapa tidak cuba ke perpustakaan, duduk berdua mata bertentang mata sambil membaca bahan yang sesuai. Indah bukan? Atau lagi menarik jika dapat membaca secara perlahan satu novel cinta indah kepada yang disayang. Satu bab setiap hari sehinggalah habis. Indah bukan?

Mungkin anda boleh mencuba berdua melakukan sesuatu untuk masyarakat. Pernahkah anda menderma darah? Jika belum lakukan ia berdua. Satu yang indah bila dapat menjadi peransang semangat antara satu sama lain. Atau mungkin pernahkah anda mencuba melawat rumah anak angkat, jadi seorang dua sebagai anak angkat anda berdua. Didik mereka, lawat mereka, berikan kasih sayang umpama anak sendiri. Indah bukan?

Bilakan kali terakhir anda berjalan berdua? Makan angin di tempat orang. Ada banyak tempat menarik di Malaysia. Cubalah rancangkan sesuatu bersama.

Ciptalah pelbagai kenangan terindah. Ciptakan ia agar ia mampu membuat kehangatan cinta terus membara.

*