Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda Biar seganas mana badai MASALAH menghempas.... Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN Agar tidak berganjak HALUAN... "Laa ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah, fi kulli lamhatin, wa nafasin, 'adadama wasii 'ahu ilmullah".
Apr 29, 2011
Surah Yasin (Full)
36. SURAH YAASIIN (83 ayat) – ‘HAI MANUSIA’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Yaasiin adalah surah yang ke 36, terdiri atas 83 ayat dan diturunkan selepas surah Aj- Jin. Ia dinamakan Yaasiin kerana permulaan surah tersebut dengan dua huruf iaitu Yaa dan Siin, yang ertinya hanya Allah SWT yang mengetahui. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah SWT mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah SWT bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.
Surah Yaasiin adalah "Hati" Al Quran.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Bukti-bukti adanya hari berbangkit; Al Quran bukanlah syair; ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah SWT; syurga dan sifat-sifat-Nya yang disediakan bagi orang-orang mukmin; mensucikan Allah SWT dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.
2.KISAH-KISAH: Kisah utusan-utusan Nabi Isa a.s dengan penduduk Anthakiyah.
3. LAIN-LAIN: Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik; Allah SWT menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan; semua bintang-bintang di cakerawala berjalan pada orbit yang telah ditetapkan Allah SWT; ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba; Allah SWT menghibur hati Rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.
AMALAN TRADISI:
Surah ini mempunyai kedudukan tersendiri dalam tradisi kehidupan sebagian umat Islam. Meskipun keabsahan tradisi tersebut diperdebatkan, Surah Yaasin ini sering dibaca pada waktu-waktu tertentu seperti ketika seseorang sedang menghadapi sakratul maut, malam Jumaat, malam Nisfu Sya'ban, tahlil, dan lain sebagainya.
FADILAT SURAH YAASIIN:-
1. Membaca Yaasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya akan diampunkan dosanya.
2. Sesiapa yang membaca surah Yaasiin nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali ganda membaca Al Quran seluruhnya.
3. Barangsiapa membaca surah Yaasiin, apabila sampai pada ayat “Wadhrib lahum…iz jaa ahal mursalun”, ia berdoa apa-apa yang dikehendaki, nescaya dimaqbulkan doanya.
4. Sesiapa yang menjadikan bacaan surah Yaasiin sebagai wirid amalnya pada setiap malam sehingga tiba ajalnya, nescaya ia memperolehi mati syahid.
5. Sesiapa masuk kawasan kubur dan baca surah Yaasiin (dimana pahalanya dihadiahkan kepada ahli kubur) maka sejak hari itu seksa mereka diringankan dan baginya kebaikan sejumlah penghuninya.
6. Untuk mengelakkan kanak-kanak berusia antara 5 bulan hingga 1 tahun yang baru meniarap atau merangkak dari suka makan debu atau sampah-sampah halus, pegang tangan kirinya dan bukakan tapak tangan lantas bacakan surah Yaasiin dari ayat 1-9. Kemudian sambung dengan Ayat 82-83. Dengan izin Allah, sekiranya dijadikan sebagai amalan, kanak-kanak itu akan jadi berani, hatinya kuat, tabah, mudah menerima segala ilmu serta memudahkan rohani dan jasmaninya melakukan segala kebaikan.
7. Untuk lindungi diri dan rumah dari pencuri semasa tidur, baca ayat 9 dan tiup ditiap-tiap penjuru rumah. Amalkan untuk lindungi diri dari dianiaya.
8. Ayat 9 ini digunakan sebagai “Ayat Pelepas”, dibaca apabila selesai mengurut orang supaya penyakit orang itu tidak dipindahkan kepada si pengurut.
9. Baca ayat 10, 40kali selepas solat subuh dan maghrib untuk pendinding daripada perbuatan sihir.
10. Amalkan Ayat 58 agar akhlak atau pekerti anak-anak yang nakal, malas mengaji dan sebagainya menjadi baik, rajin dan bijaksana.
Ayat 58 di baca 28 kali setiap hari pada musim (wabak) penyakit melanda, insyallah dirinya terselamat daripada penyakit itu.
11. Ikhtiar untuk dicintai dan dikasihi orang: ambil air atau makanan, dibaca padanya Bismillah 786x dan Ayat 72 lalu diminumkan atau diberi makan kepada seseorang yang dimaksudkan.
12. Ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar Rahman Ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
Amalan untuk memohon hajat:-
1. Selepas sembahyang subuh
2. Tiga Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyaAllah dgn berkat Allah ianya termakbul. Wallahualam.
Kaifiat membaca Surah Yaasiin yang baik ialah :-
1. Hendaklah berwuduk. Istighfar 3 kali kemudian baca Al Fatihah 3 kali.
2. Membaca Selawat Nabi 11 kali
3. Membaca Surah Yaasiin.
4. Setelah selesai, bacalah Surah Al-Insyirah, Surah Al-Qadr, Surah Al-Fiil, Surah Al-Kafiruun, Surah Al- Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Nas
5. Disudahi dengan doa.
Khaifiat membaca Surah Yaasiin Malam Nisfu Syaaban:
Seeloknya Yaasiin dibaca pada malam Nisfu Syaaban kerana ia akan mendatangkan rahmat. Caranya:-
1. Waktunya selepas solat fardu Maghrib, 15 Syaaban.
2. Dibaca 3 kali berturut-turut diserta dengan niat atau doa memohon kepada Allah tiga perkara:-
a. Bacaan pertama mohon dilanjutkan usia di dalam kebajikan
b. Bacaan kedua mohon ditetapkan iman dan supaya mati kelak dalam keadaan beriman yang sempurna
c. Bacaan ketiga memohon dimurahkan rezeki yang halal lagi banyak.
Kisah Nabi saw. yang berkaitan dengan Surah Yaasiin
Kisah Pertama:-
Ketika Abu Jahal dan puak musyrikin bermesyuarat untuk membunuh Nabi saw., mereka telah mengepung rumah Nabi saw. bermula dari waktu maghrib. Ketika menjelang fajar, Nabi saw. membaca surah Yaasiin sebanyak 7 kali bermula dari ayat 1-9. Maka setelah itu, Nabi saw. keluar membuka pintu dan mendapati musuh-musuhnya tidur dengan nyenyak sekali. Sesuatu yang pelik dan menghairankan ialah iblis yang menyamar sebagai Bani Najad pun juga turut tertidur sedangkan sebelum ituratusan ribu tahun tidak pernah tidur. Lantas Nabi saw. mengambil pasir dan melempar ke atas mereka dan mereka tidur dengan lebih nyenyak lagi. Itulah pertolongan Allah SWT kepada Nabi saw.
Kisah Kedua:-
Diriwayatkan dari Ibnu Al Kalbi bahawa seseorang telah terancam nyawanya oleh musuh-musuhnya. Lantas lelaki itu mengadukan halnya kepada seorang alim, maka orang alim itu menasihatkan agar dia membaca surah Yaasiin setiap kali hendak meninggalkan rumah. Lelaki tersebut melakukan apa yang dinasihatkan. Maka setiap kali dia bertemu dengan musuhnya, musuh itu gagal melihat dirinya.
SURAH YAASIIN, AYAT 58 , SALAAMUN QAULAN
1. Apabila ada sesuatu hajat misalnya hendak lulus dalam ujian/peperiksaan, anak yang nakal supaya menjadi baik budinya dan sebagainya :-
a. Amalkan pada hari Jumaat tatkala hampir terbenam matahari 313 kali
b. Sebelum membaca kalimah tersebut, baca AlFatihah kepada Nabi saw
- kepada arwah guru-guru, para wali Allah, Al Fatihah
- kepada ayah dan ibu, muslimin dan muslimat, Al Fatihah
- dan khususnya kepada niat ini (lafazkan niat yang dikehendaki), Al Fatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment