Malaikat Subuh
Tak ada apa yang saspens disebalik kisah ini,..
Sengaja nak berkongsi dan mengingatkan diri yang sentiasa lalai....
Malaikat Subuh_Aku Boleh Bangun Subuh Awal...!
Aku tahu waktu Subuh banyak Malaikat turun bawa rahmat.
Hmmmmm....
Aku tahu pelajar U x suka bangun Subuh, betulke?
Memang ini suatu realiti.
Aku terfikir, di sebalik kesepian itu, rupanya makhluk Allah bernama Malaikat sibuk dengan urusannya menawarkan rahmat buat hamba Allah yang menagih sempati dan cinta tuhan-Nya.
Alhamdulillah sungguh berbahagianya di pagi yang mulia ini, Allah buka dan lembutkan hati aku untuk sentiasa mencari ilmu dan mengingati Allah melalui zikir dan ibadah.
Amalan Sunnah Rasulullah SAW kali ini banyak menginsafkan diri aku. Jika dahulu usahkan nak sembahyang berjemaah Solat Subuh , nak bangun subuh pun susah yang amat. Aku mengaku sebelum ini aku amat ketinggalan dan jahil sekali. Sering abaikan Solat Subuh...
selalu subuh Gajah x pun kene qada'...
Semoga kesilapan yag lalu tidak berulangi dan aku bertaubat nasuha atas kesilapan dahulu. Dan tidak akan mengulanginya lagi,...InsyaAllah...
sama2 lah mengingatkan diri ini...
Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Amalan Sunnah Rasulullah SAW kali ini banyak menginsafkan diri aku. Jika dahulu usahkan nak sembahyang berjemaah Solat Subuh , nak bangun subuh pun susah yang amat. Aku mengaku sebelum ini aku amat ketinggalan dan jahil sekali. Sering abaikan Solat Subuh...
selalu subuh Gajah x pun kene qada'...
Semoga kesilapan yag lalu tidak berulangi dan aku bertaubat nasuha atas kesilapan dahulu. Dan tidak akan mengulanginya lagi,...InsyaAllah...
sama2 lah mengingatkan diri ini...
Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
“Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh.” (Hadis Riwayat Bukhari)
“Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka yang sebenarnya maha mengetahui bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereka?”
Para malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi beruntunglah bagi orang yang dapat mendirikan solat subuh berjemaah di masjid kerana ia disaksikan oleh malaikat, baik malaikat yang bertugas pada malam hari, mahupun siang hari.
Jadi janganlah abaikan solat subuh...
Allah menjelaskan, “Dan dirikanlah solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh para malaikat,”(Surah al-Israk , ayat 78)
Bayangkanlah waktu itu kalau malaikat melaporkan yang , aku sedang nyenyak tidur dan tidak mengutamakan waktu solat. Di waktu ini juga lah Syaitan sedang memeluk aku dengan erat sekali supaya kita terus lena dan tinggalkan solat subuh.
betapa terlekanya aku dalam pelukan syaitan...
AstarfirAllah Hal Azim,.....
Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran,
jangan tinggalkan solat Subuh.
Solat Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Hikmah solat Subuh begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada awal waktu. Ramai diantara kita termasuklah aku yang memilih untuk tidur di tilam empuk dan berselimut hangat.
Seorang pemimpin Yahudi pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat.
Umat yang menjaga solat Subuh berjemaah adalah umat yang berhak berdiri kukuh di muka bumi. Manakala Umat yang lalai mengerjakan solat Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan.
Azan Subuh kedengaran....
Sudah tiba untuk berhenti...!!
Sama2 memperbaiki diri...!
Sama2 memperbaiki diri...!