Pages

Apr 11, 2011

Rintihan hati

 kekadang hati merintih derita, jiwa menangis sedih, akal mengeluh letih..namun hakikat hidup takkan berubah, yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya...hati memilih jalan, akal memulakan langkah dan iman meluruskan arah...moga kasih ALLAH bersamamu..

WANITA

"WaNiTa YaNg IdEaL iAlAh WaNiTa YaNg TidAk AkAn diUbaH OleH aRuS dUniA,

BaHkaN DiA YanG MenGubaH DuniA deNgan iMan DaN AkhLakNya..."



 ‎"Ideal Woman, were women who will not be changed by the current world...He even World Changing faith and morals ... "

Hikmah


"Hikmah ini ibarat cahaya lantera dalam hidup. Mengumpulkan cahaya itu ibarat mengumpul nasihat serta pengajaran sebagai tauladan untuk menerangi jalan dalam mencapai redhaNya di dunia dan di akhirat."


kata2-->>
 Andai.. kita SIBUK, mengkaji, menelaah, mencari, merawat kesilapan diri kita sendiri, NESCAYA kita tidak akan ada masa utk melihat kesilapan orang...

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a.


Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah

mangkuk yang cantik, dan ketika ...semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha. berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

kata2-->>
Dunia kita di muka bumi ini hanyalah persinggahan.Kita cuma berteduh,cukup sahaja bekalan dan tiba masanya,kita juga akan berangkat sperti yang lain..

Kesemua amal ibadah kita diharapkan dpt menghasilkan an-nafs

muthmainnah iaitu ketenteraman jiwa

Firman Allah Taala "Sungguh bahagialah orang-orang mukmin, yang khusyuk didalam solatnya" (AlMukminun:1-2)

...Firman Allah Taala "dan orang-orang yang memeliharakan solatnya, mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal didalamnya" (AlMukminun:9-11)See more

satu CINTA,satu RINDU ,satu KASIH dan satu SAYANG


rindu kepada ALLAH adalah lebih utama daripada rindu kepada yang lain

kasih kepada ALLAH adalah lebih utama daripada kasih kepada yang lain
sayang kepada ALLAH adalah lebih utama daripada sayang yang lain
cinta kepada ALLAH adalah cinta teragung dan hakiki daripada cinta yang lain...

kata2-->>
ALLAH tidak melihat manusia akan rupanya dan hartanya

tetapi ALLAH melihat manusia itu dari ketaqwaannya.....

Renunganku



Pilihlah apa yang baik dan mengandungi kebaikan yang memperolehi pahala serta keredhaan dan hidayah ALLAH....

Jauhilah apa yang buruk dan mendatangkan kemugkaran yang medatangkan dosa serta kemurkaan dan kebencian ALLAH....
KATA2-->>
Hari ini mencerminkan sejarah semalam...

Hari ini kita sedang mencorakkan sejarah untuk masa depan...

HADIAH TERBAIK


HADIAH TERBAIK:... ... ... .







kepada kawan... ... ... ..kesetiaan,






kepada musuh... ... ... ..kemaafan,


...


kepada ketua... ... ... ... khidmat,






kepada yang muda... ... contoh terbaik,






kepada yang tua... ... .hargai budi mereka dan kesetiaan






kepada pasangan... ... cinta dan ketaatan......
 
kata2--->>SYUKUR pada apa yang Allah kurnia dan

SABAR pada apa yang tiada

Hanya renungan ...


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..

kata2---->> suka dan duka..adalah cinta Allah..hingga satu hari dia akan memberi apa yang tak dapat kita meneka..moga dikurniakan yang terbaik disisi ALLAH SWT

TEMAN

Teman

tanpamu aku sunyi
jadilah aku seorang perindu
hanya ungkapan madah
jadi peneman dikala tidurku
jadi peneman dikala rinduku
~Be the one I need, Be the one I trust most, Don't stop inspiring me, Sometimes it's hard to keep on running,We work so much to keep it going, Don't make me want to give up...~




BERDOSA kah aku BERCINTA??


Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.


Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.

Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya.

Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cintadan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhanantara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim.

Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitanadalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya.

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.




Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh, " Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhantangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allahswt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi.

Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.

Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta!

Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!



copy dri ~~Mencari rEdha-Nya~~










aPaKAH aKU sEDAnG diuji....??


~ Apakah Aku sedang DIUJI ??? ~

Ya Tuhan, apakah aku sedang Kau uji?
Suatu hakikat yang mesti jangan terlupus di minda walau sesaat cuma, ujian dari ALLAh SWT akan tetap ada sehinggalah manusia masuk ke dalam liang lahad sekalipun.

Jika anda merasakan anda sedang diuji, maka ingat jugalah bahawasanya manusia lain yang berjuta-juta diluar sana juga turut diuji oleh Tuhan yang sama dengan cara ujian yang berbeza.
Dan satu perkara yang saya yakin dan berpegang dengannya, ujian dari ALLAh itu adalah tanda sayang dan tanda untuk menjadikan manusia menjadi manusia yang lebih baik dan tegar menghadapi dugaan demi dugaan yang mendatang.
InshaALLAh, saya yakin. Dugaan itu bukan tanda bencinya Tuhanmu!

Rintihan Jiwa Yang Diuji
Ada manusia apabila berhadapan dengan dugaan yang agak besar, maka dirinya mula merasakan dunia ini kelam. Seakan-akan tiada baginya harapan untuk membentuk masa depannya lagi. Merasakan dirinya dikelilingi oleh kesepian dan kegelapan belaka meskipun dirinya berada ditengah keramaian.
Dan ada pula yang kehilangan momentum dalam beribadah.

Kalau dulu, ketika ALLAh masih meminjamkan nikmat, maka dirinya rajin beribadah. Tetapi, bila ALLAh uji dengan sedikit dugaan, maka ibadahnya hilang entah ke mana. Mula membelakangkan Tuhan lantaran merasa ALLAh tidak sayang padanya dek kerana ujian yang didatangkan.


Hidup ini, sebolehnya kita tidak mahu menjadi futur. Na’udzubillah.

Sekiranya diri sendiri sudah malas sebaik sahaja menerima ujian yang saya percaya, ujian itu tidak sebesar ujian para Nabi pun anda sudah kehilangan rasa kemanisan dalam beribadah, maka adalah lebih baik anda memeriksa hati dan jiwa anda.

Untuk apa anda hidup? Untuk siapa anda hidup?
Hidup untuk dunia atau hidup untuk akhirat
Saya percaya, ujian boleh datang dari pelbagai arah. Hatta dalam sekecil-kecil perkara pun. Ujian ALLAh penuh variasi. Tidak hanya pada satu arah. Dalam persahabatan juga sering diuji, dalam penggunaan lisan juga sering diuji, dalam memperbaiki akhlak juga sering diuji.


Mungkin anda akan berkata, saya hanya tahu menulis di dalam rumah maya ini. Tapi bukannya saya tahu perasaan anda yang menderita dek ujian. Itu hak anda untuk berkata seperti itu, tapi jangan lupa duhai sahabat, semua manusia mempunyai ujian yang berbeza-beza.

Tak mengapa. Saya tersenyum di sini.
Cari Kekuatan Pada Diri Sendiri

Cuba lihat kebesaran dan kasih-sayang ALLAh yang ada pada diri sendiri. Subhanallah~!


Longlai dan terjatuh kerana masalah? Anda pernah? Maka saya juga begitu. Tapi pengalaman lalu mengajar diri sendiri untuk tidak kalah pada masalah dunia yang tidak kekal. Kadang-kadang, manusia tahu dan yakin bahawa setiap masalah ada penyelesaian. Tetapi kebanyakan manusia sudah lemah sebelum berjaya menyelesaikan masalah.
Kasihan pada jasad, kan.

Sahabat, pernah tidak tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa hati dan jiwa sangat rapuh apabila menerima ujian dari ALLAh SWT?

Saya pernah bertanya soalan itu kepada seorang yang saya hormati, moga hidupnya dirahmati, inshaALLAh. Dan jawapan yang beliau berikan kepada saya masa tu sangat mengetuk jiwa. Dihadapannya juga saya menitiskan airmata. Airmata yang sangat ego untuk jatuh dihadapan manusia akhirnya menjadi murah pada ketika itu.

Diakhir pertemuan sebelum berpisah, beliau berpesan..

“Jangan sesekali beri peluang kepada syaitan untuk membiarkan kamu merasa besar dihadapan ALLAh Rabbul ‘Alamin. Kalau ALLAh nak binasakan kita, tak payah tunggu masa kiamat.. Saat ni pun ALLAh boleh buat..”

MashaAllah. Astaghfirullah~

Merasa sendiri tika menerima ujian dari ALLAh? Sepatutnya anda memulakan langkah untuk mendekatkan diri kepada ALLAh SWT. Bukan menyendiri dan menghindar dari manusia lain.
..ALLAh SWT itu sesuai dengan sangkaan hamba-Nya.. – Hadis Qudsi

Anda Pemberi Motivasi Kepada Diri Sendiri

Selain mengubati jiwa dengan mentadabburi Al-Quran dan Sunnah. Berilah motivasi kepada diri sendiri. Hidup ini, tidak boleh selalu menunggu orang lain untuk memberikan motivasi kepada diri anda...

Motivasi yang sangat hebat daripada seorang pakar motivasi sekalipun, jika diri anda sendiri yang tidak mahu memotivasi diri anda, maka kata-kata semangat dan motivasi yang diberikan oleh pakar tidak akan berkesan kepada anda. Anda akan biarkan ia seperti angin yang berlalu.


Salah satu kunci motivasi yang besar : KEYAKINAN KEPADA ALLAh!

Jika keyakinan itu lemah, maka lemahlah anda berhadapan dengan ujian. Believe me.

Kata orang, hidup di dunia ini hanya sekali, dan itu adalah fakta. Maka, sebolehnya, buatlah yang terbaik dengan kemampuan diri sendiri. Jika merasakan dunia ini kelam, maka yakinkanlah diri sendiri, bahawa syurga disana penuh berseri dengan keindahan yang tidak akan terbayang dek akal.

Kita sama-sama hidup di dunia. Kita sama-sama seorang manusia. Kita sama-sama hamba ALLAh. Kita sama-sama ummat Muhammad Rasulullah. Kita sama-sama menuju destinasi yang sama. Maka, mengapa kita tidak dapat memperolehi kekuatan yang sama seperti kekuatan orang-orang hebat dipandangan ALLAh?

Saya ini, cuma hamba ALLAh yang biasa. Benar-benar biasa. Tapi, seharusnya, kita punya cita-cita dan impian yang luar biasa!


Apa dambaan anda? Syurga? Maka, go for it, sohabat!


Anda sedih? Janganlah sedih. Ada ALLAh sebagai penghibur. InshaAllah.
Cari kekuatan dan akhlak yang baik dalam jiwa kamu yang paling dalam. Ia ada disitu.
Cari diri kamu dalam sujud terakhir yang lama. Diri kamu ada disitu. InshaALLAh.
Semoga ALLAh merahmati.. ( PANDUAN UTK DIRI KU .... )

Petua mengatasi kepenatan seharian


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah

mahupun di tempat kerja, sudah semestinya petua yang diajar oleh Rasulullah
s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya
dijadikan amalan seharian.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib
tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk
membuat roti. Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan
mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan
seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah
s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda
s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid ( Alhamdulillah)
 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik
untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus
mengulang-ulang kalimah-kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah.s.a.w. ini.
Katanya
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan
kepadaku."
dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang
merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan
membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar'
(33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). Insya-Allah petunjuk
Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan
terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Sampaikanlah dakwah ini kepada keluarga dan saudara-saudara islam yang lain
agar dapat dimanfaatkan bersama dan ikhlaskanlah hati kita dalam menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.
Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat menuainya. Tanamlah
benih yang baik semasa kita di dunia agar kita dapat memperolehi hasil yang
baik juga di akhirat sana.

QasEh Nadia (Nur Nadia Rohajmand)


QasEh Nadia (Nur Nadia Rohajmand).... I MIZZ U TO ...

KENANGAN LUAHAN HATI SESAMA KITA SEMALAM ,AKAN AKAK AYU INGAT SAMPAI BILA2 ...

INGAT.... KAK AYU SENTIASA AKN ADA DISAMPING MU,WALAUPUN KITA BERJAUHAN ...

QasEh Nadia ....... AKAK AYU SAYANG KAMU ..

~>>Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk
bersama nyala api kecemburuan, iri, kebencian, kekecewaan, kepedihan,
nafsu dan amarah. Sangat mendera iman....HANYA CINTA ALLAH YG KEKAL DN ABADI ...

SATU CINTA

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… KeimanankU
Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…
Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia