Pages

Jan 12, 2011

::iman::

::SuAtU PeNyEsAlAn ::

SUATU PENYESALAN...

Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak). YA Allah bertapa besarnya nikmat (kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku.

Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman) orang itu mengahadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan bertapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid . Saya diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka-mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh hidayat.

Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan aku balik ke masjid kerana masjid ini ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masya Allah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku. Kami dua duduk berbincang pasal berbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang saya tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh menebalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia kedendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak berbincang, kawan saya dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam.

Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru saya jumpa mula ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban. Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di kelayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut.

Bila saya dengar sahaja tentang skrin televisyen ini dah hati saya kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, kianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri saya sendiri seolah-olah saya berada di klayak ramai tanpa seutas benang pun pada badan saya, begitulah rasa malu saya ketika saya dengar tentang skrin televisyen itu. Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini, kalaulah saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikkan .........................................ya Allah, tolonglah tutup keaiban ku.........janganlah engkau membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa dan penyesalanku ketika itu.

Kawan saya seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di klayak ramai di dunia ini, dipadang Masyar nanti insya Allah, Allah akan menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu. Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke Padang Masyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan bertapa azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam mencari nikmat dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah. Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ............maka sampailah masanya dia memberitahu siapa orang tersebut, dia berkata itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid. Soalan saya kini siapakah dua orang yang saya jumpa yang menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama seperti saya atau.....?

Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang aku teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau kayalan ini adalah cerita benar, sama ada tuan-puan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing.............dan saya masih hairan melihat manusia yang ketawa terbahak-bahak........sudah lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah?

::HiDuP InI InDaH ::

HIDUP INI INDAH...

Kemuliaan itu bukannya ketika kita berada “di depan” (jadi imam, jadi pentazkirah, penceramah, naqibah dan sebagainya), tetapi kemuliaan itu ialah tatkala kita dimuliakan oleh ALLAH, dan kita akan tetap menjadi “someone” biarpun kita “di belakang”, jika Allah menghendaki dan mengizinkan. Dan hanya Allah mengetahui segala hikmah di langit dan di bumi.

Kehormatan itu bukanlah ketika kita mendapat balasan, penghargaan atau kebaikan terhadap apa yang kita pernah curahkan buat diri seseorang.. tetapi kehormatan itu ialah tatkala amal ikhlas kita dipandang oleh ALLAH, dan kita tetap akan mendapat penghormatan dari para nabi, rasul serta malaikat-malaikatNYA di atas sana. Dan hanya, ALLAH lah yang layak memberikan penghormatan terhadap hambaNYA.

Kebahagiaan itu bukanlah ketika kita memiliki apa yang dihajati, tetapi kebahagiaan itu adalah tatkala kita bersyukur dengan apa yang ada,kerana kita memandang baik segala yang diberikan baik mahupun buruk, dan kita tetap akan menjadi "bahagia" biarpun kita tak "memiliki" sesuatu itu. Hanya ALLAH lah yang berkuasa memberikan sesuatu buat kehidupan kita.

Ketenangan itu bukanlah ketika kita merasa aman dari segala musibah, tetapi ketenangan itu adalah tatkala kita redha dan sabar, dan kita tetap akan merasa "tenang" walaupun kita dihempap dengan beban bertimpa-timpa. Hanya Allah lah yang menurunkan ketenangan di hati hamba-hambanya yang beriman.

Kecintaan itu bukanlah ketika kita mendapat kasih dan rindu dari makhluk yang dicintai, tetapi kecintaan itu adalah tatkala kita memberi rasa itu pada orangnya di saat dan waktu yang tepat, dan kita tetap akan merasa "cinta" walaupun kita dikecewakan berkali-kali. Hanya Allah lah yang memegang hati hamba-hambanya. Dia memberi rasa cinta kepada sesiapa yang dipilihnya, dan juga mencabut cinta dari siapa yang dikehendaki dalam aturannya.

Renung-renungkanlah....hidup ini memang indah..
 
 
 Kemuliaan...Kehormatan....Kebahagiaan...Ketenangan dan Kecintaan...Itu semua adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buat hambanya....

::WaNiTa dAn RaMa-rAmA::

WANITA DAN RAMA-RAMA....

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati
.

::RiSaLaH cINta::

RISALAH CINTA...

Bukalah kedua matamu pada alam semesta ini maka kamu akan melihat indahnya keindahan. Bukalah hatimu untuk melihat rahasia-rahsia keindahan ini maka kamu akan melihat kehidupan ini berbunga-bunga.

Selamilah kehidupan dalam sanubarimu maka kehidupan tersebut akan menjadi milikmu seluruhnya. Satukan hatimu padaku maka aku akan menyatukan akalku padamu. Berikan tanganmu kepadaku maka sungguh aku berharap dapat memberimu kehidupan yang damai lagi bahagia dengan seizin Allah. Bukalah dadamu, aku akan memenuhinya dengan kehangatan, cinta dan kejujuran.

Bersamalah denganku supaya aku menjadi milikmu dan sebagaimana yang kamu cintai.Berikan kepadaku air mata yang akan menghidupkan hatimu dan menghibur jiwamu. Sebab air mata kita adalah tinta untuk berfikir.

Ungkapan-ungkapan kita teguh diatas prinsip dan tangisan kita senantiasa berada diatas Manhaj. Bila kita menuntun hati kita dengan cinta kepada selain yang layak dicintai, maka kita kehilangan milik kita yang paling kita banggakan.

Bila kita sedang mencari-cari tempat keberadaan cinta itu, sedangkan kita menyangka keberadaannya, sesungguhnya kita perlu untuk mencintai tapi tidak berlebih-lebihan, menyenangi tapi tidak berlebihan dan rindu tapi dengan pembatasan.

\(Foto dri Ahmad Nizam Awang        )

*Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan...


::mAaFkAn AkU ::

Silhouette of tree branches at dawn beside the river picture
(Foto dri Ahmad Nizam Awang............... )


MAAFKAN AKU...

Sudah terlalu lama aku berdiam.
Sudah terlalu nyenyak aku berhening.
Sudah terlalu jauh aku menggelap.
Sudah terlalu banyak aku menghukum diri ini.

Cukup.
Kurasa cukup bagiku.

Berlakon sebagai pertapa untuk mencari syurga?
Mengoyak raga untuk menebus dosa?
Namun apa yang kudapat?
Amarah di dalam hidupku, neraka bagi jiwaku

Kini, aku sedar dan mengerti,
Aku telah berdosa, terhadap jiwaku sendiri.

Maafkan aku jiwaku, maafkan aku.
Seharusnya aku bergirang di bawah hangatnya cahaya.
Seharusnya aku mengerti apa ertinya cahaya.
Namun, dimana ada cahaya disitulah ada bayangan.
Aku terlalu takut akan bayangan yang mengikuti langkahku di dalam cahaya.
Kucuba membungkamnya di dalam kegelapan.
Membungkusmu di dalam kelam.
Kukira aku merasa damai dan aman.
Kukira.

Cukup.
Sudah cukup bagiku!
Aku berhak untuk bahagia!
Aku berhak untuk tertawa...
Tetapi, siapa yang tidak?!
Kelak dia, pergerakan semesta yang dapat menilainya.
Bukan aku, bukan juga mereka.

Maafkan aku jiwaku, maafkan aku.
Kucuba ciptakan gelak tawa untuk dunia, juga duniaku.
Tak sepatutnya aku membunuhmu, meskipun dunia membuatku jenuh dan letih...

Aku tidak mengusir diriku dari dalam kegelapan, tidak.
Aku hanya belajar untuk mencintai cahaya.
Untuk hidupku dan hidupmu.
Untuk kebahagiaanku dan kebahagiaanmu.
* Seharusnya aku bergirang di bawah hangatnya cahaya.
Seharusnya aku mengerti apa ertinya cahaya.
Namun, dimana ada cahaya disitulah ada bayangan.
Aku terlalu takut akan bayangan yang mengikuti langkahku di dalam cahaya.

::KePaDa MU KeKaSiH ::



(Foto dri Ahmad Nizam Awang    ......)
 

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Menyedari dan Merasai dengan sebenarnya kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan
Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandangan ku…
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…
Amin… Amin… Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…

Airmata seorang Nabi kerana Umatnya

Utk Renungan Bersama...

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang
dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit
telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi
itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan
cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua
perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai
sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,
akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan
pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya
satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya
naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan
Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya
sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua
sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah
Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring
lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang
menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru
mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang
membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku
melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malakul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang
menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"

Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata
Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih
penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril
lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar
Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang.

Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan
Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk
semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut
ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit
yang tidak tertahankan lagi.

Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa
maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki
dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah
shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu
tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa
baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada
sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah
dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana
sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Amin....

KISAH MENCARI PASANGAN...

KISAH MENCARI PASANGAN...

Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang
dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya.Namun kebelakangan selepas itu pada masa berpacaran baru saya tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya bertemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama saya begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yang tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di Johor Bharu, saya bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".
 

Tambah kapsyen

*Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.
 
*Usahlah memandang semua dengan pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya juga....
 
*Bila mencintai kesempurnaan manusia semata-mata,
cinta hanya sementara, kerana cinta itu, cinta dunia,
dan bila mencinta manusia melebihi cinta padaNya,
cinta itu sia-sia, kerana cinta itu, cinta sementara,
Cintailah semuanya kerana cin...ta pada Dia.... InsyaAllah.. akan ketemu bahagia..."
 
*pandangan mata seseorg tidak sama...andai smua insan mpunyai pandangan yg sama tidak wujud lg keindahan...masing2 nak kan benda yg sama... apa yg tercipta utk kita amat indah... mungkin tidak pd org lain... papun smua milik kita ...indah atau tidak adalah hak Allah ...kita tiada hak mempersoalkannya...