Kata hati sukar untuk menerima sesiapa kerana ruang hati ini masih ada kamu. Sedaya upaya diri ini menjaga hati ini dan juga tahu hati manusia, mudah benar Allah bolak-balikkan. Apa yang pasti, diri ini akan sentiasa berdoa."Berdoalah kerana doa itu adalah senjata orang mukmin. Yakinlah pada Allah, jangan sekali-kali berputus asa. Sentiasa berdoa, teruskan berdoa, berdoa dan berdoa."
Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang diri ini rasa dan apa yang kamu rasa. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya kerana Dia pemilik mutlak hati-hati ini. Apa yang berlaku di masa dan hari yang mendatang nanti adalah yang terbaik untuk semua, terbaik untuk kita hamba-hambaNya. Yakinlah!
Wallahu a'lam.
Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda Biar seganas mana badai MASALAH menghempas.... Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN Agar tidak berganjak HALUAN... "Laa ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah, fi kulli lamhatin, wa nafasin, 'adadama wasii 'ahu ilmullah".
Dec 14, 2010
::BiCaRa HaTi InI ::
::MuHaSaBaH DiRi ::
(Foto dri Ahmad Nizam Awang) |
Firman Allah yang bermaksud:
"Keputusan di sisi-Ku tidak berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Ku."
(al-Qaaf: 29)
(al-Qaaf: 29)
Dalam meniti perjalanan hidup seharian ini, pasti ada pelbagai perkara yang kita sendiri tidak mahu berlaku ke atas diri kita tetapi tetap juga menimpa diri kita. Walaupun kita sedaya upaya berusaha mahu memiliki sesuatu tetapi akhirnya ia bukan menjadi milik kita.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya jika Allah mahu memberikan kita kebaikan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya dan begitu juga jika Allah mahu memberikan kebinasaan kepada kita maka tidak ada sesiapa pun yang mampu menghalangnya.
Sesungguhnya tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Wallahu a'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)