Pages

Jul 16, 2011

Sesungguhnya Setiap Apa Yang Berlaku Ada Hikmahnya


Renungan ku dan renungan mu,
aku redha dengan perpisahan ini Ya Allah,
aku bersyukur di atas perpisahan ini, 
kerana ku yakin engkau maha mengetahui segalanya,
mungkin si dia bukan terbaik untuk diriku.
  
Ya Allah... 
aku berserah segalanya pada Mu.
Kurniakan lah kebahagiaan pada dirinya,
hadirkah lah insan yang terbaik buat dirinya,
semoga dirinya tidak terus hanyut di buai mainan dunia yang hanya sementara.
  
Ya Allah...
ku tahu ini adalah kafarah segala dosa-dosa yang telah ku lakukan,
mungkin ini adalah balasan yang setimpal harus ku alami,
namun aku redha dan pasrah jika ini merupakan hukuman dari Mu pada ku,
daku bermohon pada Mu hadirkan lah kebahagiaan yang abadi,
bantulah diriku mencari ketenangan di sebabkan perpisahan ini.
Ku memohon petunjuk Ilahi hadirkanlah insan sejati,
menemani kesepian mendamaikan sekeping hati ini 
  
Ya Allah....
Hanya cinta Mu yang ku harapkan,
hanya kasih Mu yang ku dambakan,
andai dia sang muslimah Kau utuskan buat perantaraan aku terima dengan redha.
Namun padanya ingin ku berpesan,
maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untuk mu,
kerna dia adalah milikNya,
maaf jika ketaatan ku tidak sepenuhnya untuk mu,
kerna ia milikNya,
maaf jika cinta ini bukan sepenuhnya untuk mu,
kerna ia adalah milikNya,
namun jika insan lain jadi perbandingan kau tetap akan ku cinta hati ku tetap pada mu,
andai jika tidak dapat ku miliki sepenuhnya lantas ku menjauhi,
aku redha kerna Dia mengatasi segalanya.

Ya Allah...
Aku pasrah andai di takdirkan bersendirian sehingga ke akhir hayat dikala nafas terhenti.
Kerna ku yakin cinta ku padaNya cinta azali.
Kerna janjiNya adalah janji yang pasti.
Kerna Dia tidakkan mempersiakan.
Kerna Dia takkan mengecewakan.
Lantas ku akur,
ku bukakan hatiku seluasnya serta minda ku pemberianNya.
Kuterima sang hakikat dengan penuh ketenangan sesungguhnya perjalanan ini telah tertulis,
rentetan hayat ini telah terurat.

Ya Allah... 
kurniakan lah aku isteri/suami dan zuriat yang soleh sebagai penyejuk mata penenang jiwa,
kurniakan daku isteri suri dalam hidupku penyejuk mata penawar di hati 
di dunia dialah penyeri di syurga menanti

Dia bidadari di tangan Mu,tuhan ku sedar impian penentu jodoh pertemuan,
seandainya dirinya tercipta untuk ku relakan aku menjadi miliknya....amin.

Untuk makluman semua, ini adalah nota terawal dari saya di dunia maya.....
~Setulus Hati Hamba Allah~






Sembahyang Jamak dan Qasar

Tapi pastikan jarak ke destinasi adalah 2 marhalah atau 90KM (agak2).

Sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak - dihimpunkan
Makna Qasar - dipendekkan


Perkara paling penting
1) Niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Taala".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.


Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan Jamak Takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".


  
Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".



Selamat menunaikan kewajipan sebagai umat islam.Tapi yg penting jgn lupa..tutup aurat ye!!





BUAT ADAM & HAWA-->> Aku..kau..berbeza..


BUAT ADAM & HAWA-->> Aku..kau..berbeza..

"Seorang wanita adalah pelengkap & sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.."

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

"Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?"

"Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak".

"Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)".

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
1. ibunya
2. isterinya
3.anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

share dri KALAM ZAMAN (FB)

CINTA NABI BACALAH SHALAWAT .




CINTA NABI BACALAH SHALAWAT

Tuhan kita cintai, maka orang yang menjadi nabipun hendaknya harus dicintai. Beriman akan adanya Allah dan beriman kepada Nabi adalah wajib bagi kaum muslimin, sebagai mana pula disebutkan dalam dua kalimat syahadat ;
 

“Asyhadu alla ilaaha illalaah wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah” 

Al-Qur’an yang dibawanya sebagai mukjizat Rasulullah yang besar, tunduk dan patuh kepada nabi Muhammad dan cinta kepadanya. Dalam surat al-Hasyr ayat 7 disebutkan sebagai berikut:

وَمَآءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَانَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا

“Apa yang dibawa oleh Rasul kepadamu, hendaklah kamu terima dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi”

Dalam hadits Rasulullah Saw. dinyatakan :
“Hendaknya kamu sekalian mengikuti sunnahku dan sunnah para khulafa ar-Rasyidun”. (HR Abu Daud)

Al-Qur’an membawa ajaran yang global kemudian nabi menjelaskannya melalui ibadah shalat
“Shalatlah seperti aku (nabi) melaksanakan shalat” Artinya bahwa tanpa penjelasan dari nabi mustahil shalat itu dapat dilaksanakan dengan baik, maka selain melihat ayat al-Qur’an juga dijelaskan secara rinci dalam hadits rasul. 
Tuhan dicintai, dan nabi juga harus dicintai, cinta kepada keduanya harus tidak boleh dikalahkan oleh cinta kepada segala apa juapun. Cinta kepada nabi tidak cukup dengan dilahirkan dengan kata-kata, melainkan juga harus dibuktikan dalam perbuatan, mematuhi ajarannya, berjuang menegakkan agama Islam, memurnikan Islam dari perbuatan bid’ah, memuliakan nabi dan memperbanyak shalawat, memuliakan keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Dalam hadits diceriterakan bagaimana kecintaan sahabat kepada Rasulullah :
a. Betapa cintanya paman nabi, Hamzah ia rela melindungi nabi dari serangan panah musuh, dan gugur sebagai syuhada di medan perang Uhud.

b. Bilal yang termasyhur dengan muadzinnya, ketika hendak meninggal kawannya yang menyaksikan berkata: Betapa sedih hati kami mendengar kata itu justru Bilal berkata” betapa gembira hati kami karena akan bertemu dengan nabi (di akhirat kelak),

c. Suatu berita duka disampaikan kepada seorang wanita Madinah, bahwa saudaranya, yang telah gugur di medan perang Uhud, datang kepada Rasul dan bertanya” bagaimana keadaan Rasul, melihat wajah Rasul baru puas, segala bencana yang menimpa diriku kecil asal rasul selamat.

d. Zaid bin Datsanah dibawa orang kafir Makkah keluar kota, hendak dibunuh; Abu Sofyan (pemimpin Kafir) berkata:”Maukah engkau saya ganti dengan nabi Muhammad, tidak biar aku saja yang mati, engkau bunuh dari pada nabi meninggal sebagai penggantiku.

e. Tsaubah, seorang budak yang dimerdekakan oleh nabi; Tsaubah menyatakan tentang dirinya, saya menjadi pucat kalau lama tidak melihat nabi yang dicintainya.



Salah satu kecintaan umat Islam terhadap nabi dibuktikan dengan ucapan Shalawat kepadanya. Ucapan shalawat kepada nabi artinya Allah memberikan keberkatan kepada nabi (yang dicintainya). Manusia dan malaikat bershalawat, artinya memohon kepada Allah agar Allah berkenan memberikan keberkatan kepada nabi. 

Shalawat kepada Nabi Muhammad, shalawat adalah bentuk jamak yang artinya; Shalat, do’a, keberkahan. Yang bershalawat bukan kita tetapi Allah, para malaikat shalawat kepada nabi. Do’a, keberkatan juga berarti rahmat dan karunia, kurnia kebaikan. Shalawat kepada nabi suatu hal yang sangat penting dalam Islam, terbukti bacaan shalawat dalam shalat lima waktu.
“Allahuma shalli alaa muhamadin wa alaa aali Muhammadin kamaa shallaita alaa ibrahim wa aali Ibrahim wa baarik aala Muhmadmadin wa aali Muhammadin kamaa baarakta alaa Ibrahim wa Aali Ibrahim fil alamien innaka hamidun majiidun”

Membaca shalawat sekurang-kurangnya baca “Shallallaahu alaihi wa sallama” janganlah kita kikir dengan bacaan Saw. dalam hadits dinyatakan ; 

“Dikatakan seseorang itu bakhil barang siapa yang mengingatku bagi nabinya maka baginya belum shalawat kepadaku”

Shalawat serta salam semoga tetap terlimpahkan kepada junjungan Nabi besar Muhammad Saw. dimana beliaulah yang telah mendakwahkan agama Islam dari zaman jahiliyah menuju zaman yang terang benderang, hingga manusia mengetahui terhadap hal yang hak dan hal yang bathil. Shalawat kepada nabi bermanfaat kepada keduanya, dido’akan dan mendo’akan dan berpahala.

Membaca shalawat atas Nabi Muhammad, dengan sebanyak-banyaknya itu adalah dianjurkan, walaupun bacaan secara singkat. Dan bagi siapa yang meremehkan dan mengabaikannya, maka itu adalah merupakan tanda bagi mereka yang meremehkan agama, tetapi bagi siapa yang membacanya secara sempurna itulah yang lebih utama, lebih jelasnya hal ini, marilah kita perhatikan pada sebuah hadits Nabi. Yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud, yang mana beliau telah berkata: Nabi Muhammad bersabda:

"Jika kamu membaca shalawat atasku maka sempurnakanlah dan perbaikilah karena kamu tidak mengetahui kemungkinan shalawat itu langsung disampaikan kepadaku."

Sehubungan dengan hal ini Allah juga berfirman dalam Surat al- ¬Ahzab (33) ayat 56 yang berbunyi :

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatnya bershalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bacalah shalawat dan salam kepada Nabi dengan sungguh-sungguh."

Bershalawat kamu, dan sampaikan salam kepadanya dengan sepenuh penghormatan ! Bacaan shalawat adalah merupakan penebus dosa dan menjadikan diri seorang yang suci, maka barang siapa yang membaca sekali saja Allah akan bershalawat sebanyak 10 kali, yaitu Allah akan menurunkan rahmat-Nya sebanyak 10 kali lipat. Hal ini lebih jelasnya seperti yang dikatakan oleh Nabi Muhammad :
"Bacalah shalawat untukku, maka bacaan shalawatmu untukku itu, menjadi penebus dosa dan kesucian untuk dirimu, maka siapa yang membaca shalawat untuk 1 kali, Allah akan bershalawat kepadanya 10 kali, (yaitu rahmat Allah turunkan padanya 10 kali lipat)."Man shalla alayya shalaatan shallaahu alaihi bihaa asyran”

Sekali bacanya saja, akan meraih sebanyak 10 kali shalawat 10 kali dari Allah, dan apabila kita mau membaca sebanyak 10 kali, maka Allah akan bershalawat sebanyak 100 kali, dan membacanya 100 kali, bebas dari nifaq serta bebas dari api neraka, demikian juga pada hari kiamat nanti bersama-sama dengan orang yang mati syahid.

Dan juga paling dekat di hari kiamat dengan nabi.
 “Sesungguhnya manusia yang paling pertama pada hari kiamat, kebanyakan mereka yang bershalawat kepada nabi” Hadits Rasulullah.

Di samping itu shalawat adalah sebagai penyebab datangnya suatu ampunan atas segala macam dosa-dosa, selagi kita benar-benar mau dan memperbanyak membacanya, hal ini di lain hadits Nabi, bersabda: 

"Perbanyaklah membaca shalawat untukku, karena shalawatmu padaku itu menyebabkan pengampunan dosa-dosamu, dan mintalah pada Allah untukku derajat wasilah, maka sesungguhnya wasilahku dihadapkan Allah itu berupa syafaat bagi kamu."




Sesuai dengan pembahasan ini saya hendak membawakan suatu cerita, dimana pada suatu ketika ada seorang yang mengerjakan ibadah haji, dimana dia selalu membaca shalawat untuk Nabi Muhammad di setiap tempat yang mustajab, dan waktu ditanya : mengapa kamu tidak memanjatkan sebuah do'a yang ma'tsur dari Nabi pada tempat¬ tempat tertentu ini ? Lalu dia terlebih dahulu memohon ma'af, dan menjawab serta menjelaskan perihal keluarnya bersama ayahnya, yaitu beribadah haji, akan tetapi sampai tiba di Basrah, secara mendadak ayahnya meninggal dunia, dan wajahnya berubah seperti himar. Lalu saya dalam keadaan seperti itu, saya bersedih hati dan terpengaruh terhadap perasaanku, dan tatkala aku tertidur dalam keadaan seperti ini, tiba-tiba bermimpi berjumpa dengan Nabi, lalu saya memegang tangannya.

Dan Nabi bersabda : Ayahmu itu telah memakan riba, sedang bagi pemakan riba adalah seperti itu keadaannya. Akan tetapi ia gemar membaca shalawat untukku, di mana dia setiap malam membaca sebanyak 100 kali, oleh karenanya tatkala hal ini disampaikan oleh malaikat perihal keadaan ayahmu, maka saya meminta izin agar segera memberi syafa'at untuk ayahmu.

Dan Allah memberi lain kepadaku, saat itu tiba-tiba saya terbangun dari tidur dan berubah wajah ayahku seperti bulan purnama. Setelah saya menguburnya, saya mendengar suara : ayahmu selamat sebab dia gemar dan selalu membaca shalawat atas Nabi. Karenanya aku bersumpah kepada diriku sendiri, tidak meninggalkan terhadap shalawat atas Nabi pada setiap keadaan dan di mana saja aku berada.