Pages

Apr 1, 2011

Himpunan Doa2 ..
















"KeteNaNgan daLaM MencaRi SoLeHaH"


tiaDa Manusia YanG seMpurNa. tiaDa insan YanG tiDaK perNaH berbuaT doSa. iMan serinG berTambah daN berKuranG, turuN naIk dan ada PasaNg surutnya. begiTuLaH manusia, makhluK ‘bernaFsu’..



namun, meNcaRi YanG terBaik itU perLu. memBuaT peruBaHan iTu juGa ditunTuT. ALLaH tidaK akaN meruBah nasiB dan KeadaaN kiTa, jika kiTa sendiri enGGaN beruBaH keaRaH yang lebiH baik..^^


Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. { ar-Ra’D :11 }


LetiHnya menCari ‘soleHaH’ paDa diRi..


PeriTnYa menTarbiYaH diRi unTuK menJadi soLeHaH..
namun, aDa keteNangaN menyeLubungI jiwa tiKa daLam musafiR menCari-caRi ‘soLeHaH’. . ituLah jihad melawaN hawa NafsU. ituLah usaHa memperbaiKi diRi. ituLaH masa UntuK memuRniKaN tuJuaN hiDuP kepaDa ALLaH..


teNanGnya menuJu ‘soLehaH’.. termiMpi-mimPi keinDaHan syurGa, terhidu-hiDu wangiaN taMan-TamaN YanG diJanjiKan ALLaH. inDahnya hiDuP bersaMa IlaHi, periNtah-Nya diTuruTi, seGaLa LaraNgan-Nya dijauhi.. iTuLaH jiHad daLam mensoLehahKan diRi (",)


^^ Mari berSaMa menuJu soLeh daN soleHaH^^


cANTIK WANITA itu .......





Cantik wanita itu ...
Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Sendiri lagi ....!!!



Aku mengerti bahawa setiap yang berada disekeliling aku tidak akan sentiasa bersama aku. Itulah takdir kehidupan setiap makhluk di muka bumi ini. Sesuatu itu datang dan pergi, wujud dan menghilang, kasih jadi benci serta lara dalam suka adalah satu bentuk penghidupan yang sukar untuk kita jangka.



Sejauh mana berubah sesuatu keadaan itu memberi kesan yang mendalam setiap insan yang mengalaminya. Aku anggarkan setiap waktu pasti kita memerlukan seseorang pada diri kita. Namun pernah juga kita hadapai waktu dimana kita sedar bahawa yang tinggal hanya kita sendiri. Keadaan yang aku sering alami terutamanya kini.


Benar kata mereka yang aku mempuyai ramai kenalan, teman dan kawan malah keluarga juga ada dekat dengan aku, ia tidaklah seperti hadirnya seseorang yang mampu membuat waktu itu berjalan dengan perlahan dan pantas pada waktu yang sama. Tidak perlu atas nama kekasih, seorang sahabat jua memadai untuk ubat kita tidak rasa kesunyian. Seseorang yang sentiasa ada bila kita gembira, teruja bahkan sentiasa ada pada waktu kita sedih dan marah. Ia memang cukup memadai dari seribu kenalan yang hadir dalam hidup kita.


Sudah dinamakan ini sebuah kehidupan, aku berpijak dibumi ini penuh nyata. Kenalan, teman dan kawan juga berserta sahabat mempunyai jalan hidup mereka. Bukan hanya untuk kita. Jangan kita pernah kesali keadaan itu kerna itu adalah lumrahnya. Kerna atas dasar perhubungan, persahabatan, kasih sayang mahupun cinta, adalakala aku pasrah melepaskan ia pergi. Biar berat mata memandang mahupun perih harus aku pikul, namun aku ikhlas demi mereka.


Kenapa sayang itu sementara? Mengapa ini terus terjadi? Tersenyum aku bila ia terlintas dibenak fikiran ini. Mugkin ia salah diriku yang terlalu mengharap pada sesuatu yang aku sendiri tak pernah pasti. Aku cuma ingin hargai ketika aku disayangi. Sementara sayang itu masih ada. Bukan mudah untuk ia hadir walau mudah untuk ia pergi. Selagi ia hadir selagi itu aku akan hargai kehadirannya. Kelak ia pergi tanpa aku sedari, berat untuk aku terima. Itulah takdir ku, sendirian aku terima dengan hati terbuka. Itu yang terbaik dan aku ikhlas melepaskan ia.


Hati ini masih ada rasa sayang apatah lagi kasih. Ku pendamkan jua tanpa keluh resah. Maafkan aku jika ia adalah salahku. Takkan pernah aku lupakan kenangan waktu itu. Biar ia mekar sendiri di hati, takkan ku lupa walau sesaat. Aku masih disini menanti kehadiran saat itu kembali. Dengan sendiri….

Renungan Bersama Insan yg Bergelar WANITA





Segala puji hanya bagi Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku
Si tulang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki


Namun Ya Allah
Biarkan kejadian ku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah pada ku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami.. seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati.. sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suami Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya


Bila kan pulang?
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumah tangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar di celahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!


Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendampingan Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin ku penuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajah ku
Buat mengesat debu di telapak kakinya
Dan sememangnya daku mengimpikan


Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu Jua...
Memiliki puteri setabah seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryan seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi


Namun...
Mudah mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan.. kesolehah ramainya ummat Rasulullah
Yang saling reda berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kesah seorang ibu
Yang telah kematian putera puteranya di medan jihad;
"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
Aduhai.. kiranya aku punya seorang anak lagi
Ku relakan dia turut gugur di jalan Ilahi".
Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi

Susuk - Amalan tahyul masyarakat kita

Assalammualaikum ....
Untuk note kali ini ,teringin sangat nk cerita ttg SUSUK nie ... bukan apa ,makin menjadi sekarang pemakaian susuk bg wanita... sbb2 nya... kerana suami ada perempuan lain lah ,suami kedekut duit lah ,sentiasa berfoya2 diluardan ada suami yg suka marah..Bagi yang belum berkahwin pulak,pakai susuk kerana pakwe nya beralih cinta kepada perempuan lain ... ermmm,macam2 lah ...
Tapi,trfikir kah oleh mereka semua bahana nya ????????? Dan ada juga yang nk pakai susuk kerana PELARIS...contoh nya dalm perniagaan ... jom kita bongkar2 cikit ttg cerita susuk ni ...


Pengamalan tahyul di kalangan orang Melayu telah diwarisi sejak turun temurun malah ia sinonim dengan amalan sesetengah masyarakat di Indonesia. Meski jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana ia menyekutukan Allah namun perbuatan ini berakar umbi dalam jiwa pengamalnya.




Tujuan ilmu pengasih yang diamalkan oleh lelaki mahupun wanita adalah untuk menampilkan wajah cantik atau menundukkan orang lain. Maknanya apabila bertentangan mata dengan si pengamal tidak semena-mena jatuh kasih ataupun lemah hati.
Dalam sesetengah kes ia diamalkan untuk menguasai seseorang di mana perkataan yang terucap keluar akan menimbulkan belas atau kekaguman si pendengar.
Ilmu pengasih yang diamalkan oleh isteri supaya suami bertambah kasih dinamakan tilawah.
Masyarakat Melayu mengenalinya sebagai nasi tangas. Akibatnya suami seperti orang bodoh dan menurut apa sahaja kehendak isteri.Lazim perkara ini dilakukan oleh isteri yang cetek agama dan jahil tentang hukum haram mengenai perbuatan kufurnya itu.Susuk, antara ilmu sihir untuk menampilkan wajah awet muda, cantik menawan dan kebal.
Menurut pakar perbidanan tradisional, Oomi Jannah, susuk cukup terkenal di kalangan wanita yang enggan menerima hakikat kejadian manusia itu cukup indah di mata pencipta-Nya.
``Memang ada wanita moden yang masih mengamalkan pemakaian susuk walaupun tahu kesan yang akan dialami,'' katanya.
Kumpulan ini sebenarnya malas berusaha mengekalkan kecantikan sebaliknya inginkan serba menawan dalam sekelip mata.
Susuk dikategorikan dalam amalan sihir berupa bahan-bahan logam seperti jarum, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan ke dalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi mantera tanpa mencederakan si pemakai.
``Selalunya untuk mencantikkan wajah, susuk ditanam di bahagian pipi, dagu ataupun bibir.
``Ada juga yang dimasukkan ke bahagian payu dara dan alat sulit atas tujuan mengikat nafsu suami daripada `makan luar','' katanya.
Susuk menaikkan seri lazim diamalkan oleh golongan bangsawan dan artis wanita. Lelaki pula memilih susuk untuk kebal, berani, tahan dipukul atau mampu mengalahkan lawan dengan mudah.
``Susuk diikat pantang larang, andai melanggarnya si pemakai akan mendapat wajah yang lebih hodoh daripada asal.
``Saya pernah menyaksikan azabnya seorang wanita yang memakai susuk untuk mengawal suami. Nazaknya ketika menghampiri maut terlalu seksa dan pedih,'' ceritanya.
Ia lebih mengharukan dan suasana kelam-kabut kerana bomoh yang memakaikan susuk telah pun meninggal dunia.
``Perkara aib begini seharusnya tidak berlaku di kalangan orang Islam,'' tegasnya kesal.
Oomi Jannah tidak menafikan, di kalangan artis paling popular untuk mendapatkan perkhidmatan susuk. Namun ilmu susuk tidak dipelajarinya dan selalunya beliau menyarankan wanita mandi bunga.
``Jangan sesekali menjadikan penyebab mandi bunga seseorang itu akan kelihatan cantik atau akan bertemu jodoh.
``Tujuan mandi bunga adalah untuk mengeluarkan aroma yang terdapat di dalam bunga dan sekali gus menyegarkan tubuh.''
Apabila segar, katanya, penampilan lebih meyakinkan dan ceria apabila berkomunikasi atau bertemu dengan orang.
Setiap bunga mempunyai keistimewaan aroma tersendiri. Seperti bunga melur tambahnya, mempunyai semangat pengantin baru dan mengeluarkan haruman semerbak.
``Wangian melur dapat menaikkan nafsu syhawat pengantin. Begitu juga cempaka dan tanjung, aromanya begitu memikat. Kita bukan percaya kepada bunga kerana ia syirik tetapi ambil baunya untuk haruman tubuh,'' pesannya.
Beliau menasihatkan untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
``Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.
``Sebagai pendinding pula bacalah sebelum dan bangun tidur selawat 21 kali ke atas nabi, Al-Fatihah, surah al-Ikhlash, An-Naas dan al-Falaq. Insya-Allah jika terkilas pun ilmu sihir mampu ditepis,'' sarannya.


Wajah & Hati Yang Cantik

* Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wuduk. Jangan langsung dikeringkan oleh tuala, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan
berdo'a.*

Kecantikan  dan kemanisan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya atau pada kemanjaannya, tetapi ianya terletak pada akhlak dan budi pekertinya. Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, bukan dan tidak sama sekali tetapi daya tarikannya terletak pada iman dan takwanya kepada Allah S.W.T.

KeCinTaaN Kepada KeiNgiNaN NaFsu

~In The Name Of ALLaH ~


<<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~
Firman ALLaH :

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini naFsu, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan kebun-kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan sesungguhnya di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
{Ali-Imran:14}

~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>>



1. wanita-wanita itu sebenarnya punca segala fitnah dan juga punca kelazatan hidup yang utama. Sepertimana dalam hadis juga ada menyebut, yang maksudnya : “Tiada fitnah yang lebih besar kepada orang lelaki, sesudah zamanKu, melainkan fitnah godaan wanita.” {Sahih BuKhari}.



Ini terbukti kebenarannya. Lihat sahaja ‘FenoMeNa’ dUnia haRi ini, IkLan-IkLan Tv, IKlaN-IkLan tePi JaLan, di Mana-Mana ada SahaJa ‘IcoN’ pereMpuan. Ini menunJuKKan manuSia, uMaT akhir Zaman ini cendeRung kepada ‘WaniTa’. Kalo ada PereMpuan, maka ikLan itu menjadI menarik, kerana ‘waniTa’ itu sememangNya menarik perHatian NaFsu. Namun, ini buKan modal untuk PeremPuan-Perempuan menjadi MuraHan.. PereMpuan Yang baik, Akan menjaga DiriNya, menGhiJab diri DenGan ‘Iman’ dan menyeMbunyiKan diri di SeBaLik ‘TaQwa’, tatKala menyedari dirI akan MenJadi ‘FiTNaH’ kePada KauM LelaKi.. TutuPLaH auRat, KasihaniLaH leLaki akhir Zaman yang segeLintirnya menghadaPi ‘kegersangan’ Iman..^^


2. Anak-anak Pula ialah buah hati dan cahaya mata umat manusia. MasaLah diSiNi ‘cinTa’ kepada anak-anak seHinGGa anak-anak tidaK boLeH ‘diJentIk’ dan ‘DiCuiT’ sedikiTpun. Biar anak Buat Dosa..Biar anaK TanPa didiKan aGama.. memBiarKan anak-anaK Hanyut deNgan duNia.. ini Tanda CiNta kepada anak-anak semasa Akhir Zaman! SuaP anak-Anak denGan HarTa, ManJakan anak-anak.. Biar anaK piJak kePaLa, taKpe! Anak Tak seMbahYang Jangan diRoTan.. anaK buat MasaLah disiPlin diSeKolaH, ciKgu roTan anaK sikit..JumPa ciKgu Kat MahKaMaH!! PadaHaL, ALLaH memBeri amaNaH kepada Ibu Bapa untuK mendidiK anak-anak. Anak-AnaK buKan bOneKa seKadar diJadiKan ‘PerHiasaN’ duNia, anaK-anaK berHak mendaPat ‘DIdiKan’ Yang BaiK untuK menJamin KeseJahteraan mereKa di Dunia dan Akhirat.





3. MateRiaL = HaRta Benda. HarTa benda bertiMbun-tiMbun banyaKnya, seperTi eMas, PeraK dan Wang. Sudah menJadi LumraH aLam baHawa harta benDa itu diKasihi oraNg keRana ia dapat digunaKan untuK mencaPai keIngiNan nafsu SyaHwat. OleH seBab itu, Manusia sanGGuP meLakuKan apa SahaJa untuK mendapaTKan dan meNgumPuL harTa sebanyak-BanYaknya. Rasuah, RiBa, MenIPu, NoMbor eKor, Judi..SemUa kerana Wang..SeMua keraNa HaRta yang sangat-SangaT diGiLai oleH naFsu manusIA. Akhir zaMan ini juga, NiLaian manusia ‘berasasKan’ harTa.. siaPa BanYak harta, SiaPa Kaya.. Dia berkuasa.. MalaH samPai keTahaP, ‘Kerusi Kepimpinan’ Juga DiBeLi dengan HarTa, diPerdaGangKan deNgan waNg RinggiT, ‘KeadILan’ diSimpan daLam peti BerKunci.. IniLah Akibat terLalU cintakan Harta..


4. Kuda-KuDa TunGGanGan. ‘Kuda-KuDa’ tersebut meruPakaN KendeRaaN yang canTik, Yang berJenaMa, Yang MegaH bentuK serTa rupaNya, dan Laju PuLak PacuannYa. MaHaL haRgaNya. berKuaLiti BuaTanNya. InGin meMiLiKi kereTa mewaH jugak saLah satu ‘KeIngiNan’ dan ‘KehenDaK’ manusIa. keraNa naFsu manusia itu SuKa berMegaH-Megah, dan menJadiKan manusia seRinG merasa Diri HebaT. MaLu Rasa KalaU seTaKat Pakai KanciL, tapi ApaKan daYa, hanYa itu Yang MamPu..begituLah persePsi Nafsu Manusia Yang tidaK perNah rasa Puas dan BerSyuKur

5. KebuN-KeBun TanaMan. maksudNya LadaNg-ladaNg dan Kebun-Kebun tanaman YanG Luas Juga merupakan saLah saTu ‘KecinTaan’ ManuSia. kerana itu SuMber MendaPat harTa. Itu SuMber kesenaNgan. itU sumBer reZeKi. SehinGGa kadaNg-KadaNg kecintaan itu membawa Kepada Riak dan SoMboNg. tiDaK mempunyai perasaaN beLas KasiHan kepaDa orang lain yang memerluKan keraNa merasa Diri sudaH cuKup seGaLanya dan MustaHiL akan ditimPa kemelaRatan. 
<<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~ <<~
 
Firman ALLaH :

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. {al-Kahfi:7}

~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>> ~>>


SedanGKan jiKa kita hanYa bersederhana daLam mencinTai dunia, aKan AllaH sediakan 'keniKmaTan' yang lebiH hebat. CinTaILaH ALLaH meLebiHi SegaLa Isi Dunia ini, berTaqwa kepada-Nya, sentiasa mendaMba keredhaan-Nya, Pasti Kita aKan mendapaT ‘HadiaH’ teristimewa dari RaBB yang Maha Kaya itu..


Firman ALLaH :

Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?". Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. {Ali-Imran:15}

ApaLah saNgat dengan harTa duNia yang hanya sediKit dan SemenTara. Kita bersusah Payah mengejarnya, seHiNgga mengabaIkan HuKum2 ALLaH. Jika diBandiNgKan deNgan NiKmaT SYurGa ALLaH yang tIada BandiNgan NiLainya..

Bersama menyeMai TaqWa..MenYuBur ImaN..


Namun, keTahuiLah Bahawa segaLa perkara keduniaan yang menjadi keciNtaan itu hanyaLah semenTara. berPada-padalah dalaM usaha mencari daN memilIKinya. SemuaNya haNya perhiasaN duNia, Allah jadIkannya untUk menguJi tahaP Iman manusia.

Hakikat sebutir permata hiasan dunia....



Benarlah wanita itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.



Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.
Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah.Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.


Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan.Mengapa tak perlu gusar?Itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepada-Nya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdir-Nya.Sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki.
Dia tidak memandang pada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya,yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan.Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma kuantitinya sahaja yang agak sedikit berbanding lelaki yang biasa.


Allah sendiri berfirman dalam Surah Ali ‘Imran(3:139) yang mana Allah menegaskan, “Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman,”(ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yang ingin berperang di jalan Allah).


Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerana penggunaan kalimah yang bersifat muzakkar, tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kepada wanita kerana di dalam Al-Quran ayat yang ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan.Jadi, bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lembut daripada Allah buat insan yang beriman yang merasa lemah dan berduka.


Ya, mungkin pada pandangan orang lain dirimu tak sehebat mana kerana keindahanmu tersimpan rapi di dalam diri,namun ianya terserlah pada pandangan insan yang benar-benar memahami peribadi sebenar wanita bergelar muslimah sejati.


Ingatlah,wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (An-Nur,24:26).Semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan.Wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkah lakunya.Ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali.


Buat para muslimin,carilah permaisuri hati yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke taman impian di sana nanti,iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insya-Allah.Andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan, tak mengapa.
Tak dinafikan, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita.Itu semua ketentuan Tuhan.
Tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti.Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya.Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi di sanalah kediaman yang abadi.Itulah janji Tuhan.Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya.


Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya.Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita.Oleh itu, buat semua muslimah, moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. ^-^
“Dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikannya,keturunannya,kekayaannya dan agamanya. Maka, pilihlah dari segi agamanya, nescaya beruntunglah kedua tanganmu,”

SENYUM LAH!!!!






SENYUM pada pagi hari akan membuatkan anda TERSENYUM pada keseluruhan hari
SENYUM utk hidup akan membuatkan kehidupan sentiasa TERSENYUM
SENYUM pada ujian akan membuatkan ujian menjadi mudah
SENYUM pada musuh akan melahirkan kawan dikemudian hari

SENYUM pada kesedihan, kegembiraan akan menyusul
SENYUM pada dunia membuatkan akhirat TERSENYUM pada kita
SENYUMLAH pada semua kerana SENYUM xperlu sebarang kos operasi mahupun penyelenggaraan !!!
SENYUM pada diri anda membuatkan anda TERSENYUM pada semua
SENYUMAN yang anda berikan menyebabkan anda mendapat SENYUMAN
SENYUMLAH untuk mendapat KESENYUMAN dalam kehidupan

TABAHKAH AKU??




Keheningan pagi membawa aku ke lembah baru,
Pagi ini aku bangkit dgn sejuta keazaman,
Kelmarin yang gusar hanya tinggal kenangan nan abadi,
Aku mahu segalanya damai,
Tapi siapakah aku untuk menentukan semuanya?
Hanya insan kerdil yang tak punya apa
melainkan milik Allah semata-mata,
Sepanjang malam ku merenung ke dalam diri,
Mencari apa pun ku tak pasti,
Cuma yang ada segenggam ketabahan
Utk menghadapi esok yang mendatang,
Cinta duniawi harus ku korbankan,
Demi mencapai cinta yang illahi,
Aku tahu inilah yang terbaik buat diriku,
Terima kasih ya Allah atas dugaan ini,
Kau berikan aku tarbiyah yg terbaik,
Untuk aku menjadi lebih matang,
Untuk aku merobohkan dinding egois yg kian menebal,
Untuk aku lebih mengenal siapa Engkau dan siapa aku,
Dalam diam kupanjatkan doa ini,
Agar Kau berikan kebahgiaan dan ketenangan dalam diriku ini,
Ya Allah kepadamu aku memohon,
Berikanlah aku ketabahan dalam menelusuri hari-hariku,
Bersihkanlah hati dan jiwaku Ya Rabbi,
Temukanlah aku dengan teman-teman sejati
yang bisa membawaku ke jalanMu,
Terima kasih Ya Allah.....




jangan DedaHkan Diri Kepada PeroSak..!!

~In The Name Of ALLaH~

Segala puji bagi ALLaH Tuhan Sekalian Alam.. Selawat dan Salam keatas nabi Muhammad SAW..
diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :

" dua jenis penghuni neraka yang tidak pernah aku lihat ; seorang yang selalu membawa cemeti seperti seekor sapi lalu melecutkannya kepada orang-orang. wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggok-lenggok mengundang perhatian dan menyimpang dari kebenaran. Ia bersanggul seperti punuk unta yang bergoyang ke kanan dan ke kiri. mereka ini tidak masuk syurga dan tidak akan mencium aromanya. Sesungguhnya aroma syurga dapat tercium sejauh perjalanan sekian dan sekian." (HR.Muslim)
(",) semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh Baginda SAW..
maka..tutuplah aurat dengan sempurna..
mengapa kita disuruh menutup aurat..?



"perempuan seperti makanan, jika tidak bertutup dan terdedah, ia akan dihinggapi oleh perosak-perosak, maka tercemarlah ia.orang yang 'bijak' dan menjaga pemakanan tidak akan makan makanan yang tercemar.."
[kami+perosak.jpg]

perosak-perosak berkenaan adalah seperti lipas, tikus dan lalat.. ini adalah perosak-perosak yang comel, selalu mencemari makanan. kita sangat 'geli' dan 'mual' jika mengetahui makanan di 'nodai' oleh binatang2 ni. Dan jalan mudah yang biasa di ambil adalah dengan membuangnya ke dalam tong sampah, dan jika tidak ingin membazir kita akan beri makan pada kucing.

maka, keadaannya adalah sama seperti perempuan yang 'terdedah' sana sini.. 'tak cukup kain' dan 'pakai tudung tapi baju ketat melekat'.. juga akan berhadapan dengan pelbagai risiko, dan menjadi intipan mata tajam 'perosak-perosak' durjana..
anda kata..anda selamat, 'boyfren aku ade..'..
aku kata : u sure ke tu boyfren..? atau 'Buayafren'..?
"Kalau Kau dah Pakai Baju sikit lagi nak telanjang, yang pakai serban pon boleh kejang..!"
ini kenyataan.. realiti kehidupan..


[sedap-apam+balik.jpg]

Seperti kuih apam ni (letak kuih apam balik sebab aku suka makan..haha), kalo dia terdedah macam tu, 90% adalah kemungkinan lalat akan hinggap dan cemarkannya.lalat akan cakap ; 'dia tak tutup, dia bagi aku makan..'. maka aku taknak makan dan bila-bila masa akan dicampak dalam tong sampah. di sana akan ada kucing-kucing mak cik cafe, atau biasanya ade monyet2 datang untuk makan..

begitu jugalah perempuan, kalo seksi, terdedah, 90% kemungkinan besar mendapat gangguan2 para perosak. walaupun tangan perosak tak hinggap, tapi mata perosak itu sudah cukup mencemarkan...!!

[tutup+separuh.jpg]

ini pulak makanan yang tidak ditutup dengan sempurna. tutup dah, tapi separuh je. cara ni pon bahaya. Masih mendedahkan makanan kepada lalat, lipas dan tikus juga akan gembira.mereka berkata :'ni macam nak bagi kita makan ni..mari makan beramai-ramai'. Lihat..! mereka masih boleh 'mencemarkan' makanan kita. amat menimbulkan rasa was-was dan sangsi untuk menjamahnya.. dan akhirnya juga akan diberi kepada kucing2 untuk makan..

Dan gambar kakak kat sebelah tu pulak, sama la macam makanan tu, tutup separuh je. dia 'mencemarkan' diri sendiri. ape tak pelik ke dia rasa pakai macam tu..? pakai tudung, tapi skirt dia bukan tak singkat. orang tengok pon akan rasa sakit hati, bagi para perosak, dorang akan menganggap inilah 'mangsaku..!'.

[nice.jpg]

lihat pula keadaan makanan yang tertutup. makanan terpelihara. tidak terdedah kepada perosak2. malah tikus, lalat dan lipas juga 'faham', 'kalo dah bertutup tu maksudnya manusia tak bagi kita makan...'..

begitu juga lah terpeliharanya wanita-wanita yang menutup aurat dengan sempurna. sentiasa berada dalam 'ketenangan'.. tiada gangguan.. sentiasa dalam peliharaan yang Maha Esa.


juga menjadi idaman 'jejaka2' soleh.. rebutan para 'perwira2' handalan..

(",)
kerana 'lelaki2 soleh' itu amatlah 'hartawan'.. mereka tidak akan membeli 'barang murahan', yang boleh didapati 'di tepi2 jalan'..
mereka juga tidak makan makanan sembarangan.. makanan mesti yang berkualiti dan terjaga disisi Allah SWT..
mereka itu 'satria' terbilang, pasti inginkan 'srikandi' gemilang..
'gemilang' wanita bukan pada paras rupa..
'gemilang' wanita bukan pada suara lunak manja..
'gemilang' wanita bukan pada perhiasan yang indah..
'gemilang' wanita adalah pada maruah yang terjaga..



T___T

oleh itu, bersama kita mendidik diri menjadi 'makanan yang bersih lagi terpilih'..
jangan dedahkan diri kepada 'kemurkaan Allah SWT..
jangan dedahkan diri kepada perosak dan penjenayah..
jaga aurat, Jaga akhlak..
Peace No War (",)


MUHASABAH CINTA





Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini


Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu