Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil
TRIMESTER PERTAMA
Masa penuh emosi
Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.
Perkara yang dialami pasangan
- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.
Perkara yang boleh suami lakukan
- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa...
TRIMESTER KEDUA
Masa-masa bahagia
Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!
Perkara yang dialami pasangan
- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )
Perkara yang boleh suami lakukan
- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya.
- Seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
- Ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim
TRIMESTER KETIGA
Takut dan cemas
Perkara yang dialami oleh isteri
- Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
- Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
- Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)
Perkara yang boleh suami lakukan
- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
- Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)
Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
*Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
*Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
*Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
*Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
*Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
*Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
*Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
*Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
*Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
*Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
*Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
*Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
Adab suami ketika isteri sedang mengandung.....
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung
*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
*Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."
*Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
Dorongan Suami semasa isteri bersalin....
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.
Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak....
*Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
*Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
*Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.
Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:...
*Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
*Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
*Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
*Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
*Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:
*Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Baqarah : 128
*Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
*Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
*Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
*Doa ketika memberi nama anak
Panduan menamakan anak....
Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.
Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).
Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.
Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.
Memberi gelaran kepada anak....
Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.
Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama
Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
Siapa yang berhak, ayah atau ibu?
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.
Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah aqiqah......
*Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
*Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
*Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
*Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
*Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
*Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
*Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
*Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
*Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
*Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
*Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
*Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalah sama terpuji pada pemotong korban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
*Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
*Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
*Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
Erti anak bagi orang tua....
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun di sebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
*Anak sebagai rahmat Allah SWT
*Anak sebagai amanat Allah SWT
*Anak sebagai harta yang tergadai
*Anak sebagai penguji keimanan
*Anak sebagai alat untuk beramal
*Anak sebagai saham di akhirat
*Anak sebagai sumber kebahagiaan
*Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
*Anak sebagai penyambung cita-cita
*Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
Wallahu'alam
Dipetik dr Muslim Diary
(suami dan anak2 .. memberi kelengkapa pd kehidupan seorang wanita yg bergelar isteri dn ibu ..)
(hihihihi... trselit pic baby yg ku suke sngt2 menengok nya ...ololololo ..comeyyy nya ^^ )