Pages

Jul 30, 2011

MAHLIGAI BERNAMA CINTA...(Cinta, bukan lafaz biasa )





Cinta, bukan lafaz biasa


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)


Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman. Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta. Lihat sahaja paparan di media pada hari ini, tataplah berita di kaca televisyen dan internet, bacalah berita di akhbar dan majalah.


Apa yang sering dikaitkan dengan keruntuhan nilai akhlak remaja? Sudah pastilah kerana cinta yang diagung-agungkan sehingga sanggup pula lari dari rumah meninggalkan ibu bapa yang telah banyak berkorban. Hanya kerana cinta, manusia sering saja menghalalkan yang sudah termaktub haramnya. Bukankah sejak di awal usia, kita sering kali diberitahu bahawa penzinaan dan menghampiri zina itu tetap HARAM hukumnya?


Barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya, dan memikirkannya (Ibnu Ata'illah – Kitab Al-Hikam )


Bukan salah cinta itu hadir dalam diri setiap manusia. Tetapi salah manusia yang tidak pandai, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir. Benarkah cinta yang dirasakan jika kita sanggup mengetepikan cinta kita kepada Allah, cinta kita kepada Rasul, cinta kita kepada Islam, dan cinta kita kepada ibu bapa?


Bukankah cinta itu jauh lebih mulia daripada cinta yang kita sanggup agung-agungkan. Percayalah, setiap rasa cinta yang hadir sehingga kita mengetepikan soal halal dan haram itu tidak lebih sekadar cinta yang berajakan NAFSU. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada mengulit mimpi indah dalam cinta yang semakin hari semakin menjauhkan kami daripadaMu.Tuntunlah hati ini untuk mengenali cintaMu, mendahulukan cintaMu, dan tidak menduakan cintaMu.


Mana mungkin rasa cinta ini,
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa,
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin rasa cinta ini,
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut,
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin cinta ini,
ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas,
Culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta,
Mana mungkin ku merasa bahagia,
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta,
Tapi mengetepikan pemilik cinta.


Berkali kita diingatkan. Lahir sahaja di dunia, menjengah alam telah pun diazan dan diiqamahkan. Cinta kepada Allah, adalah cinta yang agung dan suci. Cinta yang sebenar-benarnya menuntut kesabaran, ujian iman, dan ketaqwaan. Cintailah Allah, dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia.


Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)


Bila dirimu sekarang sedang menunggu seseorang 


untuk menjalani kehidupan menuju 


ridha_Nya,bersabarlah dgn keindahan.


Demi ALLAH, dia tidak datang kRN kecantikan dan 


ketampanan,kepintaran ataupun kekayaan. Tetapi 


Allahlah yg menggerakkan HATI'a.

Simpan segala bentuk ungkapan cinta dan derap'' hati 


rapat''.

ALLAH akan menjawabnya dgn lebih indah di saat yg 


tepat.♥ Insya ALLAH ♥

Jodoh dan Takdir





Wahai adam,lindungilah kaum hawa,jangan sekali kali menyakitinya,jangan kau katakan cinta bila kau belum mampu untuk menghitbahnya,janganlah kau bicarakan soal perasaan bila tidak benar2 adanya,jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau berniat mematahkan hatinya,janganlah memberi pengharapan tanpa kenyataan...Wahai kaum hawa jagalah dirimu,jagalah kehormatanmu.


Hanya ada satu pelita yang akan kita pegang akan sentiasa menyala biar pun ketika malam yang gelap dan akan menerangi biar pun tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta pada makluk yang bernyawa.
Cinta mencinta dan di cintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan memberi bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilih berlandaskan agama pasti hasilnya di berkati oleh Allah dan sekiranya berlandaskan nafsu maka sudah tentu kelambah hina yang dituju.
Cinta adalah setangkai kepercayaan yang abadi. Cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas di dunianya sendiri. Andai benar dia milik kita pasti dia akan hamper disisi menghangat perjalanan cinta yang tersedia sudah.
Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, angaplah ia satu pengorbanan buat mu tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan kau ambil kesempatan dan jangan sesekali niat di hatimu ingin melukankan hatinya.


Cinta merupakan satu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat dari Tuhan telah dicabut dari hatimu, tandanya salah satu nilai kemanusiaan yang ada pada diri mu kian terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodal keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.
Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang hilang motivasi dalamnya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat di cintai.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:”Amalam yang di sukai oleh Allah adalah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah”. (Riwayat Ahmad)
Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, khawinilah manusia yang mencintai kerana Allah dan Allah jua mencintainya moga terisi makna cinta sebenar.
Pasangan dan cinta adalah naluri, manakala nafsu otak yang mengawalnya. Jika di biarkan cinta kuasai diri dan merosakkan hidup, pasti akan diburu penyelesayan akhirnya.


Cinta adalah sebahagian fitrah manusia. Orang yang tiada perasaan cinta adalah tidak normal, namun ramai yang menderita kerana cinta.
Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang di redhai Allah. Apabila kita betulkan niat, kita mesti menjadikan diri kita soleh atau solehah supaya insan yang Allah akan tentukan buat kita nanti juga begitu dekat dengan Allah.
Kita wajib ingat jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang, namun Allah jua yang menentukannya. Kita cuma hanya mampu berusaha mencari jodoh yang terbaik untuk agama Islam yang tercinta, selebihnya hanya bertawakal kerana Dia yang lebih berkuasa menentukan siapa jodoh kita yang telah di tentukan oleh-Nya.




                                               Telah lama ku lalui denai kehidupan ini
                             Perjalanan penuh ranjau berliku
                               
Dan berduri penuh sembilu

                                Kini tiba cahaya cinta suci
                               Menerangi menusuk di hati ini
                                  Diriku yang dahulu sepi


Meskipun ada yang mengeji diri
Memang lumrah insan di dunia ini
Hasad dengki, iri hati tabahlah wahai diri
Usah didengar kerna itu melemahkan insani
Bersabarlah wahai Iman dan jasad yang kuat
Menempuhi roda kehidupan

Pertama kali aku menatap titipan mu
Aku bahagia kerna ku rasakan semangat bagiku
Kau menerima diri ini seadanya ciptaan Tuhan yang satu
Insan biasa seorang hamba pada Yang Maha Pencipta
Punya kelemahan perlukan bimbingan
Dalam menempuhi hidup yang penuh pancaroba
Cabaran dugaan yang tidak dijangka

Aku juga tak mengharapkan terlalu menggunung
Intan permata,emas dan perak itu bukan ku pinta
Kemewahan kekayaan itu cuma sementara
Cinta yang murni cinta hakiki cinta Ilahi
Keikhlasan hatimu menerima ku niat keranaNya
Semoga berkekalan hingga kehujung nyawa
Kasih kita akan kekal kesyurga hendanya

Hati berkuntum harapan ku panjatkan doa buat Mu Ya Tuhan
Agar hidup takkan sendiri lagi kerna aku yakin Kau Maha Mengasihi
Doa restu dari yang tercinta buat Tuhan Pencipta Alam Semesta
Fahamilah wahai hati yang sedang meridui
Cinta mulia lahir hari hati ku seiklas cintamu itu....

“Cinta itu suci, jangan kotorkan dengan hawa nafsu.
Cinta itu abadi, jangan bunuhnya dengan sesuatu yang bersifat sementara.
Cinta itu tinggi, jangan menghenyaknya ke lembah yang hina.
Cinta itu putih bersih, jangan nodai dengan warna dosa yang hitam.”

MMR (^____^)

Doa Elak Fitnah



"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur, aku berlindung kepada Mu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepada Mu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian, dan berlindung kepada Mu dari al-masih Dajjal"
Hadis riwayat Anas bin Malik RA (dalam kitab Sahih Muslim, No. 4878), ia berkata: Rasulullah SAW biasa berdoa: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian".

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)