Pages

Dec 20, 2010

::WaNiTa AkAlNyA sEnIpIs RaMbUtNyA ::

Wanita :::: Akal Senipis Rambutnya....
Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
 
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.
 
 

::AnTaRa SaBaR dAn MeNGeLuH ::


(Foto Ahmad Nizam Awang...........)


ANTARA SABAR DAN MENGELUH....

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
* Semoga Allah memberikan ku kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk tidak mengeluh diatas segala ujian dan cabaran

(Foto dri Ahmad Nizam Awang .......)



(Foto dri Ahmad Nizam Awang........ )

ALLAH ADA JAWAPAN UNTUK SEMUANYA.....

BILA DIRIMU LETIH DAN HILANG SEMANGAT,
ALLAH TAHU BETAPA KAU TELAH MENCUBA SEDAYA UPAYA..........
BILA TANGISANMU BERPANJANGAN DAN HATIMU KEDUKAAN,
ALLAH TELAH MENGIRA TITISAN AIR MATAMU...........
BILA DIRIMU RASA KETINGGALAN DAN MASA MENINGGALKANMU,
ALLAH SENTIASA DI SISIMU...........
BILA DIRIMU TELAH MENCUBA SEGALANYA TETAPI TIDAK TAHU TUJUAN,
ALLAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA..
BILA TIADA YANG BERERTI BUATMU,KELIRU DAN KECEWA,
ALLAH ADALAH JAWAPANNYA...........


(Foto Ahmad Nizam Awang......... )



::AkU YaNg LeMaH ::


Aku Yang Lemah.....

Ya Allah, semoga Kau menganugerahi kekuatan yang lebih, buat ku hari ini, esok hari dan hari-hari seterusnya. saat ini, tak ada yang aku perlu, selain dari Rahmat Mu, sebagai pelindung untuk aku menghadapi derasnya dan kejamnya dunia ini. dan semoga barakah MU, bisa melembutkan semula hati ku yang makin keras, mencairkan semula air mata yang makin kering, dan menyucikan lagi hati yang makin hitam..

Ya Allah, tetapkan hati ku, buangkan keraguan yang bersarang, kurniakan aku keyakinan untuk aku menepis ajakan dan rayuan2 manis dunia dan se-isinya, pelihara aku dari pujukan yang melalaikan..

Ya Allah, ampunkan aku kerana sekali lagi, aku terleka dengan asyiknya kurniaan nikmat mu yg sementara, lantas aku lupa akan arah tuju ku.. anugerahi aku dgn kecerahan mata hati, biar langkah ku tidak lagi bengkok.. agar aku tidak lagi tercicir dari destinasiku.. permudahkanlah urusan ku dalam mencari kebahagiaan yang ku idamkan...

Ya Allah, cabut dan lempar jauh kesedihan yang ku rasa saat ini, kerana tanpa Rahmat Mu, aku tidak berdaya untuk mengharungi hatta satu malam. Ya ALlah, bantu aku menambah iman dan taqwa pada Mu, tiadalah upaya jika aku dibiarkan sendirian untuk mengharungi malam-malam selepas ini..

Ya Allah, aku percaya akan perancangan Mu untuk ku, maka dengan itu, aku minta petunjuk dan hidayah Mu, agar aku diberikan ketenangan jiwa dan bebas dari belenggu ini.. tetapkan hati ku sujud pada Mu, dan hindarkan aku dari kesakitan yang melalaikan aku dari sisi Mu.

Ya Allah, saat mata ku pejam, hindarkan ingatan ku darinya, aku yang lemah tak punya kekuatan untuk mengharungi detik ini sendirian.. hilangkanlah kerinduan ini.. tepiskanlah kerisauan di hati .. jadikan aku hambamu yang tahu bersyukur pada apa yang telah dikurniakan..kaki ini telah jauh melangkah

Ya Allah .. jiwa ini kembali mencari mu ya allah .. berkatilah segala usaha ku.. hanya kepada mu, ku letakkan harapan setelah apa yang terjadi.. padamu ku mohon kehebatan kuasa Mu, sekiranya ini bukanlah yang terbaik untuk ku dan untuk nya, pisahkan aku dari ingatan-ingatan ini, agar khusyuk hatiku mengingat pada Mu ya Allah.... amiin ya rabb....

dariku, hamba yang telah jauh melangkah..
*
Dunia ini hanya ada tiga hari” .....
“Hari kemarin, yang lulus, dan kami tidak dapat mengubahnya. Besok, kami tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Maka, beramallah ...
sebanyak mungkin … ”

::ReNuNg2 KaN ::



Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah,janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,tetapi berusahalah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlahsedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu)mengenalinya.Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI,bukan MENCARI...
*
air mata penuh dengan rahsia..
kita akan menangis bila terlalu sedih or gembira..
kita selalu anggap perempuan sj yg mudah mengalirkan air mata..tp realitinya semua org akan menangis.cuma mereka menangis dlm hati tanpa perlu mengalirkan air mata..

::MuSlImAh ::


Beritahu pada muslimah itu.....
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu muslimah itu......
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
berhati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pd muslimah itu.....
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu....
jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana & dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu.....
simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

::KiTa UmPaMa PiNgGaN ::





KITA UMPAMA PINGGAN.................

Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita..
Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..

Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..

Semoga bermanfaat...
*Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu di akhirat
 Akhir ketentuan kita hanya Allah yg menentukanNya...mudah-mudahan kita masih dapat rahmat dan kasih sayang Allah di saat terakhir nanti... Berusahalah membuat yg terbaik ....

::SaMbAL pEtAi UdAnG tEmPoYaK ..nYuM..nYuM..::


Emmmmmmm....menu ari ni.Jemput mam.....nyum..nyum..nyum........siap ada bubuh tempoyak tu,mmg sodap.....^_______^v.....

::FaHaMi HaTi LeLaKi ::

Fahami hati seorang LELAKI

Lelaki oh lelaki. Kadangkala kita tidak tahu sejauh mana seseorang lelaki itu benar-benar menyayangi diri kita atau tidak. Memang mudah untuk melafazkan kata cinta, tetapi untuk membuktikannya tidak semua lelaki berani tampil ke depan! Kalau anda ingin tahu , orang lelaki yang betul-betul mencintai dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan! Hmm… hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba semulajadi berubah menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang sedang kemaruk cinta sanggup bekorban apa saja demi untuk kekasihnya. Walau keras mana hati insan bergelar lelaki, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Betapa sukarnya memahami hati seorang yang bergelar lelaki......

::AiYoK TaTaYoK ::





::ReNuNgAn BeRsAmA ::



Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

::AdA2 jE ::


Cinta bukanlah bagaimana untuk melupakannya
melainkan bagaimana untuk memaafkannya…
Bukanlah bagaimana kita mendengarkannya
melainkan bagaimana kita memahaminya…
Bukanlah apa yang kita lihat
melainkan apa yg kita rasakan…
Bukanlah kita melepaskannya melainkan
bagaimana kita mempertahankannya…
 
*Aku masih tetap cinta,,menunggunya membuka hati untukku
melihat apa yang aku sediakan untuknya....
 
 

::CoReTaN ::


*Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat -keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan . Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta...

*Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.

*Kalian memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan. Jika hati kalian masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan.

Banyak di antara yang kalian menderita adalah pilihan kalian sendiri – ubat pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa. Percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara.

*benar...untuk merasai kan keindahan kehidupan itu bersedia mengharungi segala kepahitan2 itu...tiada apa yg percuma di dunia ini...dan berfikiran positif bahawa kepahitan itu adalah ubat..penawar..dan guru kehidupan ini

*Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalian adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian; adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.
Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

*Cinta pertama adalah cerita yang terukir dalam tiap lembar-lembar kehidupan. Setiap orang pasti pernah mengalaminya. Banyak cerita tentang cinta pertama, ada yang terungkap, banyak yang terwujud, tapi tak sedikit pula yang tak terungkap. Setiap kisah punya jalan ceritanya masing-masing.
Aku sudah menemukan cinta sejati itu.. dan aku yakin tuhan telah mengirimkan seseorang yang baik untukku..

*Jangan sekali kali anda putus asa dari pertolongan Allah, Dan jangan putus harapan dari rahmat Allah, Jangan lupa akan pertolongan Allah sebab pertolongan Allah an turun sesuai dengan derita yang anda alami. aminnn

*Cinta memang sulit untuk difahami...
kedatangannya tanpa kita sedari,
tau-tau sudah menyakiti,
kadangkala lelah hati ini untuk melewati...
ingin lari tapi terus mengikuti.....

Cinta harus memiliki jika kau dapat mengusahakannya, cinta tak harus memiliki jika keadaan tak memungkinkanmu untuk mencapainya. Tapi daripada memperjuangkan sesuatu yang kamu tak yakin meraihnya, cukup menyintai apa yang sudah kau miliki saat ini dan milikilah apa yang kau cintai ...

* Bacalah selalu "La llah anta subhanaka inna kuntun minazzh zhalimin", Sebab kalimah ini menghilangkan seseorang dari sebarang kersulitan dan berbagai cubaan.

::RiNdU....::


Biarkanlah rindu itu berlalu
Dalam mimpi-mimpi yang syahdu
Biarlah kisah silam pergi
Bersama angin semerbak kasturi
Biarlah hati dimamah luka
Tika malam dihiasi purnama
Walaupun jiwa masih bernyawa
Namun emosi ini tidak bermaya
Kerana tersedar... diri ini
Masih belum layak beradu di atas pelangi
Masih kaku mengejar mentari
Masih lena dibuai tangis
Masih kabur mencari realiti...
*seringkali kita terpijak duri
yang perit terasa mencucuk sendi
begitulah juga dengan kehidupan kita ini

sering di lambung perasaan yang memakan diri sendiri 

semalam adalah kenangan
biar manis mahupun pahit
itulah sejarah
mendewasakan akal dan hati
menempuh perjalanan yg masih belum pasti
...
namun jauh di relung hati
biarlah yang terbentang di depan mata
adalah bahagia.....


 siapa yang tak inginkan kebahagiaan
walau sesukar mana mencari
belum pasti akan ketemu
BAHAGIA di dunia penyejuk hati dan jiwa
BAHAGIA di akhirat pasti di syurga...

::MaNa 1 PiLiHaN hAtI ::

Nokia C3....emmm...serasanya hati ini dah berkenan sesangat dgn fon ni.
Membuak2 rasa nya,tp berbelah bagi pulak..
Coz selama ni mmg minat n sesuka sangat2 dgn fon sony....Aduhai,mana satu yg mnjadi pilihan hati ni...
hukhuk.....Yang penting,mesti dpt kan jugak fon baru time brtday nanti...hihihi
Fon lama ni dh teruk bebenor....
Wawawawa....mana 1 ni....ku keliru lah.....

::CiNtA Oh CiNtA ::


CINTA OH CINTA...

Jika ku katakan cinta laksana sekuntum bunga mawar, ku takut engkau akan memetiknya, kemudian mawar itu layu menyembunyikan keindahannya. Jika ku katakan cinta laksana setitis embun, ku takut engkau akan mengambilnya, kemudian ia akan sirna terhempas kehangatan sang mentari. Jika ku katakan cinta laksana kupu-kupu, ku takut engkau akan menangkapnya, dan ia pun menangis kerana perpisahannya dengan bunga.

Rumpun bunga seakan tercipta,

untuk melayani kupu-kupu.

Namun sesungguhnya,

ia ada kerana kupu-kupu melestarikannya.

Jika ku katakan cinta laksana cahaya, ku takut engkau teramat sulit mencarinya, padahal ia senantiasa nyata. Jika ku katakan cinta laksana rembulan, ku takut engkau terlalu sibuk mamandangnya, hingga dirimu tak sedar jika fajar telah datang. Jika ku katakan cinta laksana api, ku takut engkau tak sudi melewatinya, hingga kau habiskan waktu dalam penantian. Jika ku katakan cinta laksana air, ku takut engkau mengotorinya, hingga bening warnanya berubah menjadi kelam.

Cinta itu ya cinta,

usahlah ia kau menafikan.

Biarlah ia bersemi,

menyebarkan harum wewangian.

Jika ku katakan cinta adalah keindahan, ku takut engkau akan menghiasinya dengan hal-hal yang menjijikkan. Jika ku katakan cinta adalah kebaikan, ku takut engkau akan melukainya dengan keburukan. Jika ku katakan cinta adalah kebahagiaan, ku takut engkau akan mengisinya dengan kedukaan. Jika ku katakan cinta adalah kelembutan, ku takut engkau berlaku kasar saat tidak mendapatkannya.

Biarlah cinta tetap bersembunyi dalam kerahasiaanya, sehingga aku dapat leluasa mengaguminya. Biarlah cinta tetap bersemayam jauh di kedalaman, sehingga aku akan senantiasa menyelaminya. Jika kau bertanya padaku, “Dengan apa kamu memahaminya?” Jawabanku adalah, “Ku fahami ia saat dirimu bertanyakannya.” Jika kau bertanya, “Dengan apa kamu menemuinya?” Jawaban ku adalah, “Dengan sesuatu yang tak ku katakan padamu.”

Kueja setiap kata,

kuurai setiap makna.

Kucuba bersabar,

namun yang kutemukan hanyalah?

Cinta itu ya Cinta.

Jika ku katakan cinta adalah kesunyian, ku takut engkau terlalu lama dalam kesendirian, kerana engkau terlalu cepat menyimpulkan. Jika ku katakan cinta adalah kebersamaan, ku takut engkau terlalu asyik dalam keramaian, hingga engkau lupa akan hak dan kewajiban. Jika ku katakan cinta adalah harapan, ku takut engkau tenggelam dalam impian. Jika ku katakan cinta adalah ketakutan, aku tak sanggup menyaksikan engkau menjalani hidup dengan penuh kecemasan.

Jika ku bisikkan, “Untuk apa mencari cinta?” Engkau pasti menjawab, “Apa pedulimu jika aku menemukannya.” Jika kututurkan, “Cinta itu ada di hati.” Engkau pasti menimpali, “Seharusnya tidak terjadi patah hati.” Jika ku jelaskan, “Cinta tidak perlu dimengerti.” Engkau pasti mengejekku, “Kalau begitu dijalani.” Dan jika ku paparkan, “Cinta harus begini dan begitu.” Engkau pasti tertawa, “Apalah ertinya celotehanmu?”

Kuseka air mata,

lembaran itu masih terbuka.

Kucuba pejamkan mata,

catatan itu semakin nyata.

Ku ambil dan kubakar ia,

cinta itu ya cinta.

Inilah cintaku, inilah perasaanku, suara hati yang aku sendiri tak mengerti, apalagi memahami. Lalu, bagaimana dengan cintamu, ke mana perginya cinta kita?


 
* Kuseka air mata,

lembaran itu masih terbuka.

Kucuba pejamkan mata,
...

catatan itu semakin nyata.

Kuambil dan kubakar ia,

cinta itu ya cinta.

::WaNiTa DaN AiR MaTa.. ::


WANITA DAN AIRMATA...

Wanita dan air mata tidak dapat dipisahkan..kerana erti setitis airmata amatlah berharga dalam hidupnya.. jadilah diri mu wahai wanita.. muslimah sejati.. yang suci dan berharga..hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia .. biarlah airmata yang mengalir itu adalah airmata suci dan diberkati disisi Allah SWT…

Barangkali lelakilah, manusia yang paling miskin khazanah nuansa emosional. Realiti sosial secara sistematik membuat jurang yang ketat antara lelaki dengan airmata. Bahkan dalam kamus hidupnya airmata terlanjur dipersepsikan sebagai ekspresi kemanjaan dan kelemahan. Tengoklah kata, “Diam! Kamu laki-laki, jangan menangis.” Atau “dasar laki-laki lembek, sana nangis dibelakang kebaya ibumu!”

Tiba-tiba setelah berumah tangga ia harus serumah dengan wanita, seorang insan yang sering memakai bahasa airmata. Pada banyak kaadaan dan situasi serta boleh jadi airmata itu akan mengalir terus seolah tanpa batas. Maka disanalah bermula perjalanan misteri yang penuh kejutan.

Pertama melihat airmata, ketika upacara ijab Kabul berlangsung. Entah mengapa ada titis-titis bening merebak, membasahi mata gadis pilihannya. Susah payah ia menepis bayang-bayang hitam: “apakah wanita itu menyesal menikah dengan ku? Kalau tidak, mengapa harus ada airmata?”
Kenapa mata si isteri sembab berlinang air ketika kepala suami berlumuran darah jatuh dari motor? Sementara ia sendiri merasa biasa-biasa saja. Mengapa matanya berkaca-kaca melepas rindu setelah lama berpisah? Sedangkan ia malah tertawa-tawa.
Si isteri menangis setelah melahirkan bayi yang telah lama dinanti. Susah payah suami memujuk, tapi dia keras kepala. Terus menangis, hingga kemudian berhenti sendiri.
Sebagai suami pada mulanya ia belum bersedia menerjemahkan bahasa airmata dengan sempurna. Betapa rumit mememikirkan secara logik untuk menerima saat wanita menitiskan airmata, sambil memeluk bayi yang demam panas. Padahal ubat penawar baru saja selesai diberikan. Apakah airmata dapat mengurangi sakit?
Tapi anehnya, wanita tidak menitiskan airmata ketika suami di buang kerja, saat harus pindah dari rumah sewa, susu bayi tiada, atau dapur yang mulai jarang berasap. Isteri tidak menangis bila tiga tahun menikah belum sepasang baju baru dihadiahkan oleh suami tercinta. Atau peringatan ulang tahun perkawinan yang disambut cukup dengan makan nasi dingin. Rumah sewa yang sering dilanda banjir. Bahkan ketika dia “terpaksa” ikut serta memeras keringat menampung ekonomi keluarga yang serba kurang.

Alhasil walaupun berumah tangga, bukannya tambah faham arti airmata bahkan membuatnya tambah bingung, hairan bercampur takut. Ternyata sungguh rumit mengurai harga airmata wanita dengan rasionalistik semata. Sebagai suami ia menyadari kewajipannya mendidik , membina dan mencintai isteri. Maka mahu tidak mahu ia harus menyelami kehidupan emosional dan ciri-ciri perasaan wanita, termasuk dimensi airmata.

Walau ia sesali juga mengapa tidak ada mata kuliah hikmah airmata? Mana referensi, buku-buku, atau hasil penelitian yang mengkaji makna titisan halus dari pelupuk mata? Pernah ia berkira-kira dan terfikir, semua wanita memang menangis tanpa ada alasan. Syukurlah teka-teki itu terjawab oleh ensiklopedia kehidupan serta kekayaan pengalaman yang dialami selama berumah tangga. Sedikit demi sedikit mulai difahami, sebenarnya airmata wanita adalah AIRMATA KEHIDUPAN .

Airmata kekuatan, untuk melahirkan bayi dari rahimnya. Airmata kehangatan bagi bayi dalam dakapan lembutnya. Airmata yang peka dan kasih untuk mencintai dan merawat semua anak dan keluarga, dalam kaadaan apapun, dan dalam situasi bagaimanapun. Walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa mengeluh. Padahal tak jarang orang-orang yang dicintai itu menyakiti perasaan dan melukai hatinya.
Airmata ketabahan, atas kesedarhanaan hidup namun tak membuatnya terasing dalam pergaulan. Apalagi sampai mengurangi husnuzhannya terhadap Allah. Airmata ketegaran, saat rumah tangga melewati masa-masa pancaroba, atau hampir karam oleh badai cobaan. Seperti tangisan bahagia Khansa’ atas wafatnya suami dan tiga putera tercinta di medan jihad, syahid demi membela kekasih sejati: Muhammad SAW. Itulah airmata keperkasaan, pantang menyerah saat melalui masa-masa sulit. Kesusahan dan ujian itu membentuk kepribadian yang kuat dan teguh.

Airmata kesucian, sebagaimana tangisan Aisyah ra ketika dituduh berselingkuh oleh kaum munafik. Sehingga menimbulkan percakapan negatif dikalangan umat Islam bahkan Rasul pun hampir terpengaruh. Tapi Allah maha tahu. Airmata kesucian itu dikukuhkan kebenarannya oleh al-Qur’an.

Airmata yang bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan hal-hal yang mengusik hati nurani. Tangisannya bukan karena kelemahan tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang ia miliki. Wanita berfikir dengan hati dan merasa dengan fikirannya.

Subhanallah! Diusia pernikahan yang baru seumur jagung, ia telah melihat semua jenis airmata itu berkumpul pada isteri tercinta. Airmata yang menitis hinga membasahi hati. Sebagai gambaran atas ketawadhu’an, qonaah, dan istiqamahnya diri. Juga menumbuhkan ketulusan cinta yang luar biasa.
Akhirnya ia berani menyatakan, “andai wanita tanpa airmata, maka dunia akan berduka cita.” Tiba-tiba si suami mula ingin belajar menangis.

Sesungguhnya wanita dan airmata tidak dapat dipisahkan.. jangan sia-siakan airmata yang mengalir dengan hal yang tidak diberkati.. jagalah kesucian airmatamu.. sama-samalah kita renungi wahai teman...
 
*Sesungguhnya wanita dan airmata tidak dapat dipisahkan.. jangan sia-siakan airmata yang mengalir dengan hal yang tidak diberkati.. jagalah kesucian airmatamu.. sama-samalah kita renungi wahai teman...

::HaTi SeOrAnG aYaH ::



HATI SEORANG AYAH...

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Saya tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
 
 
 
 
*Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

::KiSaH bAyI mAlAnG

KISAH BAYI MALANG...

Tuhan jadi saksi. Kisah bayi malang itu. Nyawa suci itu lahir dalam tandas. Tempat diamnya jin dan syaitan. Akhir hidupmu dicampak di tong sampah. Tangis lemahmu hilang dalam kebencian ibumu sendiri.

Aduh malang sungguh. Dirimu yang suci itu adalah lambang nafsu terlarang.

Di sini engkau terhina dan tercela. Dosa ibumu kau warisi tanpa rela. Nyawa kecilmu menanggung sengsara. Apalah daya engkau tak mampu bersuara. Tangis panjangmu bercerita kisah luka dan sengsara.

Habis nyawamu dalam dingin angin malam. Pun tiada siapa yang peduli. Jasadmu bersemadi bersama tompokan sampah. Engkau umpama sampah di mata ibumu. Aduh malang sungguh. Bumi bergetar menahan amarah Yang Satu.

Bayi malang itu. Nyawanya terangkat kelangit membawa sumpah yang pasti. Sesungguhnya yang dizalimi akan diadili. Demi Tuhan…

Wheels : Sekuntum Cinta (HQ Audio)

::ReNuNgAn BeRsAmA ::

(Foto dr Ahmad Nizam Awang.....)

Dalam kehidupan sehari-hari, seringkali orang merasa dirinya tiada dosa. Padahal, sekecil apapun, dosa-dosa itu tetap saja mengotori. Hati kita sangat peka terhadap kotoran. Walau kita merasa tidak mengotorinya, pasti ada saja noda masuk dan menutupinya. Tadinya bisa jelas melihat kebaikan dan keburukan, lalu menjadi kabur kerana tertutupi syahwat dan kepentingan peribadi.

Dalam sebuah perjalanan melewati padang pasir yang gersang, Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti sejenak. “Cari dan kumpulkan ranting-ranting kayu” kata Rasulullah.

Para sahabat hairan, bagaimana mengumpulkan ranting kayu di tengah padang pasir? “Kalau mencari ranting kayu di sini, tentu tidak ada, ya Rasul?” sahut para sahabat.

“Cari dan kumpulkan ranting kayu!” Rasulullah mengulang perintahnya.

“Bagaimana akan kita kumpulkan ranting di padang pasir ini? Padahal pohonnya saja tidak tumbuh di sini?”

“Carilah dan kumpulkan ranting kayu” kata Rasulullah sekali lagi.

Para sahabat pun akhirnya mengais-ngais pasir ke sana kemari. Ada satu dua ranting ditemukan dan dikumpulkan. Tak disangka, setelah beberapa lama, ternyata ranting kayu yang terkumpul jumlahnya cukup banyak.

“Wahai sahabat, berkumpullah kemari!” Rasulullah memanggil.

Para sahabat pun menyambutnya dan mendengarkan pesan yang akan disampaikan beliau dengan penuh perhatian.

“Seperti inilah dosa-dosamu setiap hari. Sepertinya terlihat tidak ada, padahal kelak di hadapan ALLAH SWT ternyata terkumpul banyak.”

Para sahabat tersentak. Kini mereka sedar dan faham dengan maksud Rasulullah.

Kita harus selalu membersihkan hati setiap hari. Pembersih hati itu antara lain dengan istighfar, bertasbih dan bertahmid, mohon ampun kepada ALLAH. Dengan hati yang bersih, fikiran pun jernih. Beramal kebaikan menjadi ringan dan bertolong-menolong pun kian mudah dilakukan. Semoga ampunan ALLAH kita dapatkan
.
 
* Bersihkan hati....perbaiki diri...jadi insan yang terpuji...insyaallah...
 

::MaNuSiA dEnDaN 6 pErSiMpAnGaN ::


MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN


Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

::LuKa DiLuKaI ::

Kenapa begitu mudah kita melukai dan menyakiti hati-hati
mereka yg kita sayangi? Kenapa begitu mudah kita menghancurkan
hati-hati mereka yg kita kasihi? Kenapa begitu mudah pula, kita terluka dan hancur berkecai hati ini bila disakiti oleh mereka yg kita kasih? Apakah
keajaiban yg mereka miliki? Mengapa hati kita mudah terasa sakitnya
bila dicuit walau sedikit oleh mereka yg kita kasihi?
 

* Mungkin Tuhan mahu kita tahu, dan sedar.. Bahawa tatkala kita terluka dan sengsara, mereka yang kita sayangi juga merasakan benda yang sama. Mungkin Tuhan mahu kita ingat dan tidak lupa, bahawa tanpa rasa sakit, kita mungkin tidak mensyukuri saat-saat bahagia. Mungkin Tuhan mahu kita tahu, kita dan mereka saling memerlukan dan tidak mengulangi perbuatan yang boleh melukakan hati antara satu sama lain.

 Makin dalam kita mengasihi maka makin dalam luka yang dirasai akibat dihiris oleh insan-insan yang kita sayang. Namun aku tetap percaya, tiap apa yang Tuhan lakukan, pasti punyai hikmah dan sebabnya yang tersendiri, tiada yang sia-sia...

kadangkala mcm persoalan yg timbul difikiran....mengapa kita sering duiji sedemikian rupa....apakah ujian dan dugaan ini adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau...apapun jua....aku tetap menerima setiap apa yg berlaku itu dengan hati yg tenang....
 

::RiNtIhAn RoH ::

RINTIHAN ROH...

Diriwayatkan: "Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah
lewat tiga hari, maka roh itu berkata: "Wahai Tuhanku,
perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang
dahulu aku berada di dalamnya." Maka Allah memperkenankan kepadanya.
Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua
lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis
dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai
tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari
kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah
yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: "Wahai Tuhanku,
perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku." Maka Allah
memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh.
Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
"Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul
qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris."
( An-Naba': 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu
adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain
mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada
keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi
Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di
malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan
kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui
mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para
kerabat yang sudah mati, mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, semoga
Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga
kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu
turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: "Jika datang Hari Raya,
hari Asyura', hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu
Sya'ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat
semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-
pintu rumahnya seraya berkata: "Belas kasihanlah kamu semua kepada
kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami
memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu
sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat
kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan
ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari
salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang
menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita
(isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami
yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang
membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim
kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang
perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian
dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur
melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan
sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada
kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia
kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia
pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari
mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak
dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa
bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya
seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan
ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka
itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di
dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan
bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT
menunjukkan:
Katakanlah: "la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali
yang pertama."
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka
kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada
perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma
kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama
sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama
sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat
ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika
roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia
menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas'ah dan ditaruh di
rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas'ah itu
tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya
berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada
di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa
tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah
bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia
mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di
situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur
burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir
berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan
bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat
rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan
memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari
sisi Allah yang Rahman: "Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam
Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi."

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya
dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai
datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka
para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka
ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah
mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan
ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat
kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini
sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka
mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang
dari berkata.

Sebahagian Hukama' ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka
ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada
dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada
Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya
syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di
syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang
digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih
burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan
ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para
mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya
digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke
langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur
beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka
Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.

Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang
halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu
mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti
jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan
dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini
adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi
SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi
Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka
turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: "Roh itu
termasuk urusan Tuhanku."
(Yaa Siin: 79)
 
 
 

::HaTi SeOrAnG wAnItA ::

HATI SEORANG WANITA.....

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon
‘MAAF’!!
 

* Membina kebahagiaan dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi sebuah kebahagiaan adalah sesuatu yang amat didambakan oleh setiap insan dalam dunia ini. Untuk mengecapi erti kebahagiaan dalam hidup sudah pasti menuntut usaha dan pengorbanan yang amat tinggi. Andai kebahagiaan dikecapi atas nilai usaha dan pengorbanan ini, sudah pasti kehidupan dirasakan begitu bermakna.
 

::ReNuNgAn BeRsAmA ::

(Foto dr Ahmad Nizam Awang......)

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Segala puji dan syukur hanya layak diberikan kepadaNya yang sentiasa membahagiakan kita di saat kita keseorangan, kesedihan, kebuntuan, kebimbangan dan kekeliruan.

SubhanaAllah, setiap kali kita merasa sedih kita akan mampu menitiskan air mata.Dan sedar atau tidak setelah itu kita akan merasa lega.Lega kerana segala curahan isi hati ini akhirnya berjaya ditafsirkan secara zahirnya.Batin kita terasa tenang setelah berjaya mengungkapkan kesedihan yg ditahan tatkala diuji dengan pelbagai cabaran yg sebenarnya ingin mendewasakan kita.

Wahai teman-temanku yg di kasihi,

Jika kita bersedih hati, tidak kira atas apa jua alasan sekalipun menangislah meminta tolong kepada Allah.Egomu takkan kurang sedikit pun di depan Pencipta segala yg ada di langit dan di bumi.

Kerana secara azalinya manusia itu bersifat lemah dan memerlukan pertolangan Khaliqnya yg Maha Kuat dan Sempurna.

28. Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.

surah An-nisa

54. Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa

Surah Ar-Rum

Namun, begitu kita tidak boleh membiarkan diri kita yg lemah ini terus-menerus lemah.Jangan biarkan emosi mengawal fikiran.Tiada semangat untuk meneruskan kehidupan yg perjalanan mungkin masih jauh. Di sebalik kelemahan yg Allah ciptakan kepada kita Allah meniupkan kata-kata semangatNya dengan memujuk hati kita yg remuk-rendam:

139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Surah Ali-Imran

Marilah kita sama-sama menjadi orang yg beriman.

Orang yg beriman sentiasa percaya bahawa setiap yg tertakdir untuknya pastinya ada hikmah.
Orang yg beriman itu percaya setiap aniaya yg dilakukan ke atasnya akan memperoleh pahala jika dia redha.
Orang yg beriman itu sentiasa tahu setiap apa yg dilakukannya di atas muka bumi ini akan dihisab, dipersoalkan dan dibayar setimpal dengan amal perbuatan.

Dan banyak lagi.Aku tak mampu tuliskan semuanya dek ceteknya pengetahuan serta terbatasnya ilmu jika nak dibandingkan ilmu Allah Yg Maha Mengetahui.

Aku belajar sesuatu hari ini.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita mampu membahagiakan.

Hidup ini terasa indah dan tenang apabila mampu melihat seseorang itu tersenyum gembira mendapatkan apa yg kita berikan seadanya.Kegembiraan itu sememangnya anugerah Allah dan juga dengan izinnya.
Kita hanyalah dijadikan asbab (penyebab) yg membuatkan seseorang itu gembira.

Berikanlah apa yg termampu, nasihat, senyuman kpd yg halal menerima, pertolongan tanpa diminta, hadiah atau apa sahaja.Jangan sampai membebankan.Kerana aku takut jika ianya membebankan, hilang ikhlasnya hati untuk memberi.

Berikanlah pemberian itu dengan sepenuh hati agar yg menerima itu juga akan menerima dengan hati.Aku sedang cuba , dan akan terus mencuba.Kerana aku sangat berharap jika dengan pemberianku yg tak seberapa ini mampu memberi ketenangan kepada hatiku yg gundah.

Sudah pasti ketenangan itu terlalu mahal.Kerana ianya bukanlah barang yg boleh didapati di kedai-kedai.Pastinya ia dimiliki oleh Khaliqku yg Maha Penyayang.

Wahai teman-temanku yg disayangi,
Aku masih lagi bertatih-tatih mengejar hidayah ilahi, jika kalian melihat aku tergelincir dari landasannya cepat-cepat ingatkan aku bahawa aku salah.

Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepadaku, ibu bapaku, seluruh ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, serta seluruh muslimin dan muslimat.Ya Allah jadikanlah kesudahan yg terbaik bagi penghidupan kami.Jauhilah kami dari seksaan kubur dan azab api nerakamu.
Izinkanlah kami Ya Allah mengecapi manisnya syurgaMu.


Wallahu’alam
 
 
*Berikanlah pemberian itu dengan sepenuh hati agar yg menerima itu juga akan menerima dengan hati.Aku sedang cuba , dan akan terus mencuba.Kerana aku sangat berharap jika dengan pemberianku yg tak seberapa ini mampu memberi ketenangan kepada hatiku yg gundah.

::BuAt Mu SaHaBaT ::


BUATMU SAHABAT.......

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana.
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada
janji yg tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.

Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin
dikongsi bersama kita.

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup
semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan , Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak
setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.
Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..


RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik.
Dan
orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

* ingin sekali aku menjadi sahabat yg mjdi sumber kekuatan kpd sahabat,mjdi pendamping di kala kesusahan,mjdi pendengar di kala ia memerlukan,memberi sumbangan di saat ia kesempitan dan berkhidmat utk kebajikan...tp mampukah aku mjdi spt itu.... ingin kutegur kesilapan sahabat,ingin kupuji kebaikannya seikhlas mungkin...namun aku hya mampu mjdi diriku spt hari ini...maafkan aku sahabat andai diriku bukanlah sahabat spt yg diharap...papun... syukur... krn aku tdk menjadi duri dlm daging sahabat....

Aku ingin sekali menjadi sahabat yang disayangi ketika bersama, dirindui ketika berjauhan dan tetap diingati dan dikenang ketika sudah tiada. Tuhan izinkan aku sang kembara ini menjadi sahabat seperti itu.

::ReNuNgAn BeRsAmA ::