Pages

Apr 28, 2011

SURAH TAHA Aayah 1 to70 beautiful recitation by Sheikh Abdul Wali Al Ark...



SURAH TAHA (35 ayat) – ‘DIMULAI DENGAN KALIMAT THAAHAA’


DITURUNKAN DI MEKAH


Surah Taahaa adalah surah ke-20 dan terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah surah Maryam.
Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surat ini.
Sebagaimana juga yang lazim terdapat pada surah-surah yang memakai huruf-huruf abjad pada permulaannya, di mana huruf tersebut seakan-akan merupakan pemberitahuan Allah SWT kepada orang-orang yang membacanya, bahawa sesudah huruf itu akan dikemukakan hal-hal yang sangat penting diketahui, maka demikian pula halnya dengan ayat-ayat yang terdapat sesudah huruf ThaaHaa dalam surah ini...

Allah SWT menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah SWT, Pencipta semesta alam. Kemudian Allah SWT menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah SWT dan orang-orang yang mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.


POKOK-POKOK ISINYA..

1. KEIMANAN:

Al Quran adalah peringatan bagi manusia terutama bagi orang-orang yang bertakwa; Musa A.S. menerima secara langsung wahyu dari Allah SWT, tanpa perantaraan Jibril; Allah SWT menguasai 'Arsy, mengetahui sesuatu yang samar dan yang lebih samar; keadaan orang berdosa dihimpunkan di hari kiamat; syafaat tidak bermanfaat pada hari kiamat, kecuali syafa'at dari orang-orang yang dapat keizinan dari Allah SWT

2. HUKUM HAKAM:

Perintah mengerjakan solat dan keutamaan waktu-waktunya; kewajipan menyuruh keluarga melakukan solat

3. KISAH-KISAH:

Kisah Musa AS dan Harun AS dalam menghadapi Fir'aun dan Bani Israil, kisah Nabi Adam A.S. dan iblis.

4. LAIN-LAIN:
Perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW supaya dia meminta tambahan ilmu kepada Allah SWT sekalipun sudah menjadi rasul; Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutus rasul kepada mereka; jangan terpengaruh oleh kesenangan kehidupan dunia..

FADILATNYA:-


1. Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT.
Bacakan Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik.

Ayat ini adalah ayat pelembut hati.
Boleh juga diamalkan membaca Ayat 1 - 5 kepada anak-anak yang malas bersekolah

Terjemahan:

"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah."
2. Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.


Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.


Terjemahan

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."

3. Ayat 39 diamalkan para isteri supaya suami tidak kahwin lain.....


Terjemahan:

".. dan aku limpahkan rasa cinta-ku kepada engkau dan supaya engkau diasuh di bawah perhatian-ku."

4. Ayat 105 - 107 ditulis,dileburkan dengan air dan gunakan untuk mengubati bisul-bisul dan penyakit kulit lain. Sapukan pada tempat yang sakit. InsyaAllah penyakit akan segera kering dan sembuh.

Terjemahan:

"Tuhanku menghancurkannya sehancur-hancurnya. Lalu dibiarkannya menjadi tanah rata yang kosong. Tiada engkau lihat atasnya bertinggi rendah."
5. Ayat 114 adalah doa memohon ditambahkan ilmu...

Terjemahan:

"Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu kepadaku."

6. Ayat 120-135 dan Ayat 21-32 dari Surah Muhammad adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati.

7. Tulis ayat 131-132 pada sehelai kertas dan sentiasa dibawa oleh orang yang berhasrat untuk berkahwin. InsyaAllah dia akan mendapatkan jodohnya.


- Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu.
- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.

- Jika dia seorang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan berkat
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w. menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha..


Firman Allah di dalam ayat berkenaan: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.8. Membaca surah Taha, Allah SWT akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksudnya.





9. Surah ini ditulis pada kertas kemudian dicurahkan keatasnya air panas. Kemudian air tersebut digunakan untuk mandi. Khasiatnya anda akan segera mendapat jodoh yang sesuai dengan agama, insyaAllah.






Ketahui lah .............


“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan suami sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”,


Bahagiakan diri kita dengan dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada insan yang tersayang dari memikirkan bahawa mereka gagal memenuhi apa yang kita inginkan.


Apa pun perkahwinan itu adalah suatu ibadah. Jadi di mana dan kemana arah perkahwinan itu mesti jadikan dia ibadah, samada bahagia yang kita tempoh atau derita yang kita rasai. Jika kita bahagia, kita bersyukur, jika kita derita, kita bersabar, semua nya ada jaminan dan ganjarannya.

Erti ..erti ... erti ^^



aku bermula dari seorang yang tidak punya erti..

hinggalah kini aku mengerti..
dan mampu memberi erti..
masakan aku mampu berkata bahawa jalan ini tidak membawa erti..
pada diri??
di jalan ini..
aku di beri erti untuk mengenal sebuah perjalanan..
perjalanan yang memberi seribu satu kehidupan..
dan aku tidak ingin berpaling dan kembali kepada kelekaan..
Allah izinkan..
di jalan ini..
aku diberi erti untuk mengenal sebuah tali ikatan..
ikatan yang di dasari atas dasar kasih sayang dan persaudaraan..
yang terus-terusan tidak terlintas untuk melukakan..
apatah lagi meminta dilukakan..
di jalan ini..
aku diberi erti untuk bersama dalam perjuangan..
perjuangan yang memerlukan komitmen yang benar..
dan kebenaran yang diperlukan oleh kefahaman..
dan kefahaman itu kefahaman yang berterusan..
dahulunya sahabat..
aku punya banyak masa terbuang yang kini aku lupakan..
dan kini sahabat..
aku punya banyak masa terluang dan ingin aku manfaatkan..
di jalan ini juga..
aku di beri erti untuk GIGIH dalam berbuat 'amal..
disamping kegigihan itu ada satu sisi yang tidak boleh dibiarkan..
iaitu GIGIH menjaga niat di balik setiap amal..
begitu banyak yang aku pelajari dari jalan ini..

jalan yang dimulakan.dan ingin juga aku akhirkan..
di sini..di tempat aku bermula..
Allah sekali lagi izinkan..

AKU DAN WAKTU ^^



Begitu pantas berlalu detik

Belum sempat pun terlintas di fikir
Hari ini bukan yang kelmarin
Tidak aku sedari
Langkah ku telah beralih…

Telah tercarik selembar kain putih

Yang terbentang di sepanjang peerjalanan
Menuju ke hadapan-Mu Tuhan
Melewati kehidupan…
Apa ada jawapan?


Aku tabah dan redha menerima


Biarlah sakitnya membisa
Kerana aku tahu
Tiap yang tertulis untuk aku
Ada hikmah di sebaliknya….
….aku pasrah....\


Aku tahu….betapa sukar untuk menghapus bayangan silam


Meskipun masa berlari kencang
Aku masih ralit menguliti kenangan
Kerana aku takut pada dosa semalam
Apa ada keampunan???


Aku kaku di sini…mati…


Aku menghitung waktu
Yang pergi….tetap berlalu
Yang sekarang….aku tabahkan
Yang esok….belum pasti berlaku


Menggeletar seluruh zahir dan batin


Aku bertakbir…..ALLAHU AKHBAR!!!!!!
Ya Allah….betapa Kau Maha Besar
Aku hamba yang kerdil
Dimakan waktu yang datang dalam pejam
Yang hilang dalam tenang…..
Sesungguhnya dunia ini benar-benar pinjaman
Masa yang berlalu itu
Membawa aku kepada kematian…..
Aku terkedu tanpa bicara


Perlahan membisikkan istighfar
Ya Allah…… aku memohon kepulanganku diterima
Pengabdian ini segalanya untuk-Mu ya Allah
Aku hina dalam leka…… alpa pada masa
Sesaat ia pergi aku dalam dosa
Sedangkan sesaat itu adalah milik-Mu
Dan aku lemas dilena waktu
Bila aku sedar…..
Yang pergi… tetap berlalu
Yang sekarang…. Aku tabahkan......
Yang esok……


Apa ada keampunan?


Aku bertahmid melaung kesyukuran


Terima kasih ya Allah
Aku tahu masih ada ruang untuk aku
Disisi-Mu Tuhan
selagi jantung ini terus berdegup
selagi nadi ini terus berdenyut
selagi nafas ini terus mengah
ada pintu taubat-Mu yang ternganga luas
…..Ya Allah…. Pada-Mu aku menyerah

.。✿*゚゚・✿.。.:*"Ku Memohon - .。✿*゚゚・✿.。.:*"



Cinta tidak memerlukan sebab musabab untuk membuktikan nya hanya dengan kata-kata..perasaan cinta hadir dengan tanggungjawab...tanggungjawab manusia sebagai khalifah untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya..cinta Allah kekal abadi kerana ia abadi..tidak luntur walau di mana kita berada...cinta Allah menjadi peneman hidup di dunia dan akhirat..hanya kuasa Allah yang berupaya membuktikan segala nya.. Allah maha adil menciptakan kita manusia dengan begitu sempurna sekali penciptaan Nya..maka tidak ada asbab untuk kita tidak bersyukur..ALLAH hadirkan lagi perasaan sesama manusia berlainan jantina...itulah kuasa Allah..untuk meneruskan kehidupan.. Ya Allah tetapkan hati kami agar setiap langkah kami setiap saat sentiasa mengingati Mu..iringi langkah kami..dengan petunjuk Mu...
 
.。✿*゚゚・✿.。.:*"KU BERMOHON .....。✿*゚゚・✿.。.:*"
Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita

Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu

Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu
Ku Memohon Padamu

IKHLASKAH AKU ????



Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.


Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.


Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yg sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yg berhak utk melalui jln menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah, ketika aku lemah, perkukuhkanlah. Ketika alpa,ingatkanlah.



Hanya dikau wahai ALLAH yg berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu. Padaku hanya tadbir….pada-MU segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-MU. Pilihlah aku untuk ikhlas walaupun kutahu ikhlas itu sangat rahsia.

PERASAAN HATI DAN WAKTU ..^^


Berat sungguh hati ini melepaskan perasaan yang sungguh indah. Meleraikan setiap satu sengketa, lembaran kebahagiaan dan kuntuman kasih serta benci. Jika diikutkan kata hati memang segala nafsu bakal menguasai. Kelak akan merana diri sendiri.


Yang pasti kini hati terbang bersama angin lalu. Tiada lagi rasa atau dusta. Cukuplah sampai disini aku sering sengsara. Jika ia dilukai biar atas kesilapan aku sendiri. Jangan mungkin kerna ego atau iri.


Hanya satu yang menjadi harapan, ketenangan tanpa sebarang keterpaksaan. Benar jika ada cinta ia akan bahagia, jika ada cinta ia pasti berbunga, namun jika ada cinta ia mampu meruntuhkan segalanya.


Sukar sungguh dinyatakan bertapa beratnya hati membiarkan perasaan itu pergi. Walau aku tahu yang ia mungkin terjadi. Pada awalnya aku yakin namun bila perjalanan hidup dimakan waktu segalanya bagaikan tidak pasti. Segalanya jadi goyah buatkan diri ini bagai hilang kembali rasa itu. Jika benar takdir itu, tunjukkanlah pada aku. Jangan biar ia hilang setiap saat yang ada.



Dengarlah!! Ia semakin hilang ditelan waktu.

CERPEN ---Sekiranya ku tahu ^^


Sekilas aku menjeling raut wajah comel permata hatiku, Ilham Nurina . Rasa simpati mula menyelubungi hati, kasihan bila mengenangkan nasibnya. Rasa setiap masalah yang mengusutkan fikiranku hilang bersama gelak tawanya. Maafkan ibu sayang, bukan niat ibu untuk memisahkan kalian tetapi demi kasih pada ayahmu ku korbankan segala kebahagian yang aku kecapi selama setahun setengah. Hanya kau lah satu-satunya sayang buah hati ibu, penawar segala kedukaan ini kau lah racun kaulah segalanya. Kau jualah permata hati ibu dan ayah. Hakim, ku kira cerah akan berpanjangan rupanya hujan ditengahari. Aku kira hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku rupanya aku silap, silap menghitung perasaan .Kasihku padanya hanya di pinggiran sahaja. Rupanya hatinya masih lagi bertaut pada insan yang terlebih dulu menghuni hatinya berbanding aku.


Setiap hari aku menanti kepulanganya dengan penuh sabar walaupun hatiku juga merintih kepenatan lantaran aku jua turut sama mencari rezeki sepertinya. Cukuplah segala kepenatan yang ku rasa di ubati dengan senyuman manis darinya. Namun kepulangannya pada suatu petang telah meragut keindahan mimpiku .


Assalamualaikum satu suara menyapa pendengaranku membuatkan lamunan ku terus terhenti .



Waalaikumusalam, jawabku sepatah.
Aku melemparkan senyuman paling manisku untuknya . Kenapa aku menjadi begitu rindu kepadanya,sedangkan saban hari kami bersama. Dia membalas dengan senyuman hambar. Pada perkiraanku mungkin dia terlalu penat. Maklumlah tugasnya sebagai Head Production memerlukannya berkerja lebih keras untuk membimbing kakitangan di bawah selaianya. Aku mengapai beg nya sambil mencium tanganya. Dia membalas dengan mengucup dahiku. Namun ku rasa nya kucupannya tidak sehangat hari-hari yang berlalu. Lalu ku pujuk hati dengan bercerita akan kelincahan permata hatiku, Nurina. Tiba-tiba pendengaran ku disapa dengan kata-katanya,,

Ika..abang ada sesuatu nak bincang dengan Ika.


Fikiranku ligat memikirkan apakah yang bakal diperkatanya. Apa dia abang, katakanlah jawabku dengan penuh kebimbangan.


Ika bicaranya tersekat-sekat Sebenarnya abang ..abang nak minta maaf dengan Ika.


Minta maaf kenapa abang? Selama ini abang tak pernah pun sakitkan hati Ika balasku dengan penuh rasa kasih sayang.

Sebenarnya ..abang amat menyayangi Ika dan Nurina. Abang bahagia bersamamu sayang,..


Aku tersenyum manis bila mendengar pengakuan suamiku. Aku tahu kata-katanya ikhlas namun aku merasa sedikit keraguan pada sikapnya.


Ika pun sayang abang tau, Ika bahagia kerana di takdirkan menjadi isteri abg. Terima kasih abang.


Tapi Ika tengok abang macam nak beritahu Ika sesuatu. Emm.... cakaplah abang Ika sedia mendengarnya. Adakah Ika telah menyakitkan hati abang.?


Abang Hakim terpaku seketika. Mungkin sedang memikirkan perkara yang bakal disampaikannya.




Ika..sebenarnya a.abang ingin mohon maaf pada Ika katanya dengan nada yang tersekat-sekat.

Mohon maaf pada Ika? Kenapa pulak, setahu Ika abang tidak pernah sekali pun sakitkan hati Ika.


Aku lihat abang Hakim semakin gugup. Dahinya berpeluh seolah-olah ada sesuatu yang membimbangkan hatinya.
Ika masih ingat dengan Fathihah? Katanya dengan penuh debar,,,


Maksud abang Fathihah kawan Ika masa di UNIMAS dulu ya


Ha ah .


Oh..kenapa? Abang ada jumpa dia ke? Dah lama Ika tak jumpa dia. Ya lah semenjak konvokesyen kita orang dulu, seingat Ika

Kenapa dengan Fathihah abang, apa kaitannya dengan perkara yang abang nak sampaikan pada Ika Duga ku pada suamiku.


Janji dengan abang yang Ika tidak akan marah atau pun menangis, sekiranya abang berterus terang . Pintanya.
Emm..baiklah, tapi bagitau lah dulu pintaku tanpa sabar...


Sebenarnya Fathihah dan abang sudah berkahwin pada dua bulan yang lepas.katanya separuh berbisik.

Walaupun kata-katanya tadi tidak jelas pada pendengaran ku namun ku yakin apa yang abang Hakim sampaikan bukannya satu gurauan..


Aku terus terpaku seolah-olah nyawaku telah jauh di bawa pergi . Fathihah perawan desa dari Bumi Kenyalang merupakan teman sekuliahku semasa sama-sama menuntut di UNIMAS dulu. Setitis demi setitis air mata ku mengalir, lidah ku kelukeliru apa yang harus ku perkatakan, seolah-olah abang Hakim hanya ingin menduga hatiku. Firasat ku ternyata silap. Abang Hakim benar-benar telah menduakan ku.


Ku lihat abang Hakim serba salah kerana telah membuatkan aku sedih. Namun kerana janjiku padanya aku cuba sembunyikan segala kesedihan itu walaupun saat itu hatiku seolah-olah di cucuk dengan belati tajam.


Apa salah Ika abang? Kenapa Ika diperlakukan sebegini. Apakah sudah kurang kasih sayang Ika pada abang, apakah sudah tidak cantik lagi Ika pada pandangan abang. Sudah kurangkah layanan Ika pada abang sehingga abang sanggup mengguris hati Ika sebegini.


Ku gagahkan jua diri ini untuk bertentang mata denganya. Segala janji ku tadi sudah ku lupakan. Persoalan ku tidak dijawab. Abang Hakim membatukan dirinya, seolah-olah mulutnya terkunci.

Kerana tidak tertahan akan kesedihan ini lantas ku mencapai kunci keretaku lalu ku pandu keluar dari kesibukan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan menuju entah kemana haluanku. Aku berasa teramat sedih diperlakukan sebegini. Seakan hidup ku tiada serinya lagi. Setelah penat berfikir kemana arah tujuanku lalu ku berhentikan kereta ku di sebuah tasik yang terletak di tepi Lebuhraya Sg. Besi Seremban. Disana ku luahkan segala kesedihan hati ini pada desiran air tasik yang mengalir tenang. Mengapa aku tidak boleh menjadi setenang mu duhai tasik. Kenapa aku yang sering menjadi korban. Keadaan beransur-ansur bertukar wajah , tanpa ku sedari sudah hampir 3 jam aku ditasik itu. Tiba-tiba aku teringkat akan permata hatiku Nurina. Tanpa berfikir panjang ku pandu laju kereta ku menuju ke rumah . Seingatku semasa peninggalanku tadi, Nurina sedang tidur lena setelah penat bermain. Sesampai saja di rumah, pendengaran ku disapa dengan suara tangisan Nurina. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan. Bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan anakku Nurina. Ku berlari menuju ke tingkat atas rumahku. Ku lihat abang Hakim terkial-kial menukarkan lampin Nurina. Selama ini tidak pernah sekali pun dia berbuat demikian, segalanya ku lakukan. Tanpa berlengah aku menghampiri abang Hakim dan membantunya menukarkan lampin Nurina. Kasihan Nurina . Ku pangku Nurina ke sisiku dan ku susui dia dengan sepenuh kasihku. Kasihan anak ini, dahaga sungguh nampaknya. Abg Hakim memandangku dengan rasa bersalah, namun aku masih belum bersedia untuk menatap wajahnya apatah lagi berbicara denganya. Hanya dengan masalah itu membuatkan kami seolah-olah seperti tidak mengenali dan tidak pernah tinggal bersama. Sedangkan selama ini suka duka kami kongsi bersama. Makan pakainya malam itu tidak kuhiraukan. Tidurku hanya bertemankan air mata. Aku tidak mampu lena walau sepincang pun. Fikiranku melayang mengenangkan kemesraan mereka. Bahagia melayari hidup bersama sedangkan mahligai yang kami bina hampir roboh setelah kehadirannya. Sepanjang malam tidurku tidak lena. Aku menjadi seorang pendiam. Namun di kegelapan malam itu, aku bangun sujud kepadaNya, ku pohon agar dibukakan pintu hatiku untuk menerima semua itu dengan redha. Untuk apa segala pengorbananku selama ini duhai suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah. Ya Allah seandainya ini adalah ujian mu, aku rela ya allah. Setelah puas berfikir, akhirnya ku tekad dengan keputusanku.


Keesokan paginya ku jalankan tanggungjawabku seperti biasa. Sarapannya ku hidangkan, pakainya ku sediakan seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kami. Abang Hakim kelihatan teragak-agak menegurku, mungkin bimbang aku akan meradang lagi. Dengan rasa bersalah tangannya ku cium dan ku curahkan segala isi hatiku setelah lama ku berfikir semalam dan dengan tabah hati ku terima semua dengan hati terbuka.


Abang Hakim memandangku dengan penuh rasa sayu. Aku tahu sikap ku semalam telah membuatkan hatinya terluka.

Abang,.. Ika minta maaf di atas sikap Ika semalam. Ika tahu Ika terlalu mengikut kata hati Ampunkan Ika abg.


Abg Hakim mengusap lembut kepalaku, ku lihat air matanya mengalir. Tidak pernah sekali pun sepanjang perkahwinan kami ku lihat air matanya. Ya Allah ampunkan dosaku, kenapa ketidakmatanganku mengharungi dugaan , suamiku bersedih..

Ika tidak bersalah sayang, selama ini abang yang terlalu mengikut kata hati, abang mengahwininya kerana abg masih tidak dapat melupakan kenangan lama kami. Ika tahu kan sebelum ini kami merupakan sepasang kekasih. Namun keadaan yang menentukan kami terpisah. Sehinggalah abang menemui Ika dan kita berkahwin.

Abang.. Ika pasrah, Ika redha jika itulah kehendak abangIka hanya inginkan kasih sayangmu dan Ika tidak sanggup untuk kehilangan abang. Ika redha abang walaupun Ika terpaksa berkongsi kasih dengan Fathihah. Abang Hakim terpaku. Mungkin tidak mempercayai apa yang aku perkatakan..


Ika, abang bertuah memperisterikanmu sayang, kenapa tiada sedikit pun kemarahanmu terhadap abang walaupun abang telah mengguris hatimu sayang.


Abang.. Ika teramat sayangkan abang, Demi Allah, kasih Ika terhadap abang sepenuh hati Ika. Cuma satu permintaan Ika, sekiranya masih utuh lagi cinta abang pada Ika , jangan sia-siakan hidup Ika dan Nurina . Kasihanilah kami abang, hanya abanglah tempat Ika mencurahkan kasih sayang, pada abanglah Ika luahkan keresahan. Sekarang abang sudah ada dua amanah yang harus abang jalankan. Ika harap abang dapat tanganinya dengan adil. Abang Hakim memelukku dengan penuh kasih sayang.

Abang janji sayang , abang tidak akan mensia-siakan Ika dan Nurina katanya dengan lembut. Masing-masing tenggelam dalam kehangatan pelukan sehingga terlupa akan tugas masing-masing..


Ika malam ini abang harus temankan Fathihah.


Emm..pergilah abang, Fathihah juga perlukan abang. Tentang Ika. .. abang jangan bimbang, Ika kan ada Nurina..


Balasku dengan lembut. Tanpa bicara , dia mengangguk.


Aku mengumpulkan sepenuh kekuatan untuk melepaskannya pergi. Hati wanita mana yang tidak merasa cemburu tatkala memikirkan suaminya bersama wanita lain. Namun dengan mendekatkan diri dengan Nya hatiku merasa tenang dan semakin hampir denganya. Ya Allah sesungguhnya kau maha mengetahui akan peritnya hati insanmu ini. Sesungguhnya aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Jika inilah ketentuanmu , aku redha, sesungguhnya hanya redha mu yang ku cari hanya kasihmu yang ku nanti. Jua sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Jika itulah yang membahgiakan hidupnya aku rela ..


Hari berganti ganti , masa berganti masa, sikap abang Hakim tetap sama. Dia menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Walaupun ada kalanya hatiku di himpit rindu padanya namun aku tahu, kesihnya padaku tidak pernah berubah malah semakin sayang lagipun aku punyai Nurina, satu-satunya buah hatiku. Namun semua itu tidak berpanjangan, sikap abang Hakim mula berubah setelah Fathihah disahkan hamil. Abang Hakim mula berubah sikap. Selama seminggu dia dirumah Fathihah hanya sekali saja dia menjenguk kami di sini. Kelainan sikapnya mula aku terasa .




Setelah seminggu abang Hakim tidak menghubungi kami, akhirnya dia pulang . Abang Ika rindu sangat dengan abang, pelukku seolah-olah tidak ingin melepaskannya. Alangkah sakitnya rindu ini. Sekali lagi air mata ku merembes keluar.




Tidak rindu kah abang pada Ika dan Nurina. Dugaku.


Siapa kata abang tak rindu, Ika kan puteri abang, tapi abang minta maaf kerana tidak pulang menjenguk Ika di rumah. Fathihah sakit , kata doktor morning sickness..


Oh begitu ke, Ika minta maaf juga yer sebab Ika telah salah mentafsir tentang diri abang. Kata ku dengan rasa bersalah.




Tak pa sayang, abang faham. Balasnya dengan senyuman.


Malam itu kami berbual panjang. Terasa terubat segala kerinduan yang terpendam selama seminggu. Maklumlah hidup kami tidak pernah lekang dari gelak ketawa. Abang Hakim sedari awal perkahwinan suka menyakatku, aku pulak tukang gelak. Seketika itu, perbualan kami dikejutkan dengan deringan dari telefon tangan suamiku..


Ku lihat wajah suamiku berubah setelah selesai menjawab panggilan telefon tersebut. Wajahnya kelihatan sugul.




Ika, abang kena pulang rumah Fathihah, dia muntah-muntah, katanya dia rasa lemah dan sukar bernafas.


Ye.. ke? Setahu Ika kandunganya dah masuk 7 bulan kan? soalku.


Ya, tapi dia mengadu muntah-muntah...


Abangg, Ika juga sudah merasai saat-saat begitu, tak kan masih muntah-muntah lagi kot. Dugaku dengan rasa tidak puas hati.




Baru hari ini abang menemani Ika, tak kan abang tergamak tinggalkan Ika lagi . Apa abang sudah lupa janji abang pada Ika.?


Ika, Fathihah minta abang pulang, abang harap Ika dapat memahaminya. Fathihah sedang berbadan dua tentulah dia lebih memerlukan penjagaan dari abg. Nurina kan ada, boleh lah dia teman kan Ika..


Aku merasa sedih mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suami yang ku kasihi.




Abang pergi dulu yer Ika, nanti esok abang balik yer sayang.


Semuanya terserah pada abang. Ika tidak menghalangnya juga tidak membenarkannya. Segalanya terletak kepada keputusan abang. Abang kan ada dua amanah yang harus di pikul.


Abang janji sayang, abang akan balik secepat yang mungkin. Abang janji ok...


Selama 6 bulan abang berkahwin, hanya 3 hari saja abang menjenguk kami di sini. Itupun hanya sekadar bertanya khabar. Kataku memandang mata suamiku tepat.




Nanti kita bersembang lain kali yer. Abang minta diri dulu.


Sepantas kilat ku lihat suamiku berlalu tanpa menoleh kepadaku.
Sampai hati abang buat Ika macam ini, keluhku sambil memandang permatahati ku Nurina...


Malam itu , setelah puas berfikir, nekadku untuk membiarkan mereka hidup bahagia walaupun aku terpaksa menelan segala kepahitan itu. Surat ku tinggalkan diatas meja solekku. Dengan berat hati ku tanggalkan rantai perkahwinan pemberian suamiku lalu ku letakkan bersama-sama dengan suratku. Bagiku cukuplah segala kenangan yang tepahat teguh di fikiranku, aku tidak mahu lagi menyimpan sedikit pun memori bersama nya . Kerana bimbang aku akan merubah keputusan yang telah ku buat semalaman.


Hakim hairan melihat keadaan rumahnya yang sunyi, biasanya petang-petang begini Ika suka membawa Nurina menikmati udara segar di taman mini yang terdapat di halaman rumah kami. Keretanya juga tidak kelihatan. Kemana Ika telah pergi. Biasanya dia akan menefonku utk meminta izin sekiranya dia ingin keluar. Hakim berlari ke bilik tidurnya di tingkat atas kerana selalunya Ika akan meninggalkan pesanan dia atas meja soleknya. Memang ada, tetapi bukan nota namun surat. Hati Hakim bertambah resah apabila melihat rantai pemberiannya juga diletakkan bersama-sama dengan suratnya itu. Dengan penuh rasa berdebar, Hakim membuka lipatan surat itudebar hatinya semakin kuat..



Assalamualaikum Abang



Ika mohon maaf sekiranya Ika keluar dari rumah ini tanpa keizinan dari abang. Namun inilah keputusan yang telah Ika buat setelah lama Ika memikirkannya semalam.
Sekarang, abang tiada lagi halangan untuk bersama dengan Fathihah buat selama-selamanya. Kerana Ika redha sesungguhnya kehadiran Ika dalam hidup kalian berdua merumitkan keadaan. Ika tidak akan lagi menggangu kebahgian kalian berdua...

Sesungguhnya Ika tidak menduga , kasih sayang abang terhadap Fathihah melebihi segala-galanya. Mungkin ini semua dinamakan jodoh. Dalam hati Ika sering tertanya-tanya perlukan Ika berkorban demi kebahgiaan abang buat kali terakhir..jawapannya Ya. Ika harus berundur untuk memberikan abang peluang mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada insan yang sudah lama bertahta di hati abang.

Abang.
Ika teramat menyintai abang, Namun Ika tahu walau bagaimana pun Ika berusaha, Ika akan gagal merebut kasih sayang abang. Jagalah Fathihah dengan baik. Jangan abaikannnya sepertimana abang abaikan Ika dan Nurina. Halalkan makan minum Ika dan Nurina. Selamat tinggal suamiku..

Ketika itu Hakim merasakan dunianya gelap gelita. Tiada lagi senyuman manis , gelak ketawa Ika yang menghiburkan hatinya. Rasa menyesal mula menyerbu hatinya. Ika sudah meninggalkannya dengan membawa hati yang luka dek kerana sikapnya. Ika..pulanglah sayang. Maafkan kesalahan abang. Rasa kesalnya tidak berguna lagi. Ika sudah jauh meninggalkan nya bersama memori indah bersama. Abang berjanji akan mencarimu sayang, abg akan berlutut memohon ampun .pulanglah kembali kepangkuan abg Ika. Abg rindu Ika dan Nurina.. walau kehujung dunia sekali pun Ika lari, abg akan tetap mencarinya. Sekiranya ku tahu..tidak akan sesekali aku mengabaikanmu Nur Ilham Syafiqah.