Pages

Apr 29, 2011

SETIAP YG PAHIT ITU ADA MANIS NYA...


Kebenaran itu nyatanya pahit untuk di luah apatah lagi untuk di telan. Namun begitu kebenaran itulah yang membawa erti pada sebuah kejujuran. Kejujuran menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Tidak kira persahabatan, percintaan mahupun kekeluargaan. Dengan sebuah kejujuran lahirlah kepercayaan yang mengukuhkan lagi ikatan. Renungkan sebentar..Sejauh manakah kita berlaku jujur? Tidak kira pada siapa. Pada Allah, keluarga, kawan-kawan malahan diri kita sendiri. Adakah kita jujur?



Bohong kalau aku katakan aku seorang yang jujur. Mungkin sekarang aku sedang cuba menjadi seorang yang jujur. Seorang yang berterus-terang dan mungkin lebih telus dengan perasaan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Namun, untuk seketika terlintas dalam hatiku ‘adakah aku akan berjaya merubah diri ini tanpa melibatkan campur tangan orang lain?’. Aku hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Aku juga bisa tidak menyedari kesilapan andai tidak ditegur. Justeru, tegurlah aku. Walaupun menyatakannya amat sukar. Itu lebih baik daripada berkata-kata dibelakangku. Mendengar dan menerima suatu kebenaran itu pahit tetapi mengetahui pandangan seseorang terhadap kita dalam diam dan tanpa disengajakan lebih pahit.


Mengapa? Kerana perasaan ‘Oh tidak sangka!’ itu akan muncul dan menganggu fikiran sepanjang masa. Membuat diri menangis dalam diam. La Tahzan. Ingatlah Allah sentiasa bersamamu. Tapi mungkinkah andai ini terjadi aku akan mengingati segala perkataan yang ada dalam buku La Tahzan itu. Mungkinkah pada saat itu aku bisa menyematkan dalam hati yang Allah bersamaku. Jawapannya mungkin tidak! Kerna apa? Kerana aku juga manusia punya hati dan perasaan. Bisa terikut bisikan syaitan yang menghembus di halwa telingaku. Mungkin untuk seketika aku tenggelam bersama perasaanku sebelum akalku mampu berfikir secara waras. Menepis rasa dihati sehingga mampu mengukir sebuah senyuman ikhlas dari hati.


Justeru itu teman-temanku sekalian,

Be honest if you love Allah

Be honest if you love yourself
Be honest if you love your family
Be honest if you love your friends
Be honest if you want to be love
Because with the honesty
You will find your happiness
You will live no doubt
You will breath confidently
You will think positively
You will walk securely
You will remember that you are not alone in this world

Kata-kata ini mungkin tidak bererti apa-apa pada kalian, cuma catatan hati seorang insan biasa. Insan yang menjadi sang pemerhati. Insan yang masih menumpang di bumi Allah. Insan yang masih dipinjamkan untuk bersama kalian. Insan yang masih mampu menghirup udara segar sehingga suatu masa yang ditetapkan.
Berkata benarlah meskipun pahit kerna pada yang pahit itu pasti ada manisnya.
Jagalah setiap perhubungan kerna andai sebuah perhubungan itu retak ia tidak akan menjadi seindah perhubungan pertama saat ia bercantum semula.

RAHSIA AIRMATA WANITA T__T


Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.


Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu, tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kebaikan kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.

Kini banyak anak telah kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
 PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Ku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

"Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali, anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Ku berikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

KENAPA DENGAN HATI


Jika diam itu lebih baik, maka ambillah langkah untuk mendiamkan diri. Sebabnya?kerana diam itu merupakan pengawal peribadi yang paling berwaspada. Dan sentiasalah mendekatkan diri kepadaNya dan selalulah bermuhasabah diri.Mungkin ianya sebagai salah satu ujian yang diberikan oleh Allah untuk kita. Maka bersabarlah sentiasa dan maafkanlah mereka. Andainya mereka melukakan hatimu lagi, jangan bersedih kerana Allah sentiasa di sisinya...."Laa Takhauf Wa Laa Tahzan Innallaaha Ma'ana"..Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kemudahannya, dan di sebalik ujian itu pula pasti ada hikmahnya...cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya...Dan utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.."Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat."


✿Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati mu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya. ✿

DOA ISTIKHARAH ^^


Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kami solat istikharah untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan kepada kami surat Al Quran.


Sabda beliau: "Apabila seseorang kamu hendak melakukan sesuatu pekerjaan, lebih dahulu hendaklah ia solat dua rakaat yang bukan fardhu, kemudian membaca doa:

"Allahumma inni astakhairuka bi'ilmika waastaqdirukabi qudratika waas-aluka min fadhlikal 'azhim; Fainnaka taqdiru wa laa aqdiru wata'lamu wa laa a'lamu wa anta 'allamul ghuyuub. Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amri ('ajili amri wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarik lii fiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diini wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amrii ('ajili amri wa aajilihi) fashrifhu 'annii washrifnii 'anhu waqdur liyal khaira haitsu kaana tsummaardhini."

"Wahai Allah! Sesungguhnya aku mohon pilihan kepada Engkau dengan ilmu Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan aku meminta kepada Engkau kurnia-Mu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Dan Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha Tahu segala yang ghaib. Wahai, Allah! Jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku, dan akibat kesudahannya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah dia bagi ku, kemudian berikan berkat bagi ku padanya. Dan jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini tidak baik bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka singkirkanlah dia dari ku, dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tukarlah bagi ku dengan yang lebih baik daripadanya, kemudian redhailah dia bagiku."

- Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0612.

DOA PUTUS CINTA (DOA MENGATASI KEKECEWAAN)

DOA PUTUS CINTA (DOA MENGATASI KEKECEWAAN)

Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekecewaan tersebut:-
Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad -

YAMHULLAHU MAA YASHAA'
(Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA)

Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang.
Wallahu A’lam.

PETUA ELAK MEGANTUK KETIKA MEMANDU ....


Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu. Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Kursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...



' LA TA' KHUDZUHU SINATUW WALAA NAUM...'
(maknanya: '[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR')


Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Kursi 3x sebelum mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat


'BISMILLAA HIL LADZII LAA YADHURRU MA'ASMIHI SYAI UNN FIL ARDHI WALAA FISSAMAA IWAHUWASSAMII'UL 'ALIIM' 3X.

SEGALA PERASAAN ITU INDAH DAN DAMAI JIKA.....!


Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..


Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…


Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…


Sedih itu indah..jika sedih itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…


Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…


Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…


Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..


Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...


JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..
dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..


Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...


Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..hanya kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..


SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…
Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..


ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada dimuka bumi ini...


ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika BERSAMANYA...


JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...


Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH?
InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…
Amin Ya Rabbal Alamin..

ZIKIR PENENANG HATI ....


Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara. Itu semua ujian ALLAH SWT kepada semua makhluk-NYA. Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.



Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita.


Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." – Surah al-Mulk: 2.


Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah."
– Hadis riwayat al-Bukhari.


Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:


1. Membaca al-Quran setiap hari.


2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.


3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.

4. Menjauhi maksiat.


5. Membanyakkan istighfar.


6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu:
Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.
"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."
– Hadis riwayat Muslim.


Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
– Hadis riwayat al-Tirmizi.


Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun."
– Hadis riwayat Abu Daud.


Dan banyak lagi zikir-zikir lain yang boleh menenangkan kesedihan dan kegelisahan. Dapatkan buku-buku doa menurut al-Quran dan sunnah. Antaranya Hisnul Muslim, karangan al-Qahtoni dan al-Azkar karangan Imam al-Nawawi.
Wallahu a’lam.


Ustazah Sakinah

zikir HASBIALLAH...


Soalan:

Adakah terdapat di dalam hadis zikir ini yang disarankan supaya dibaca 7 kali pagi & petang? Apakah maknanya & fadhilatnya?
"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim".

Jawapan:

Diriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. yang menceritakan Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sesiapa membaca pada setiap hari di waktu pagi dan waktu petang sebanyak tujuh kali:

"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim"
“Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA; kepadaNYA aku berserah diri, dan Dia lah pemilik Arasy yang agung”.

-->>nescaya Allah SWT akan membantu/menjaganya dari perkara yang mendukacitakannya dalam urusan dunia dan akhirat”.
- (Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Sunni dan Ibnu Asakir). Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Lihat hadis ini dalam al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma Yuqali ‘Inda as-Sobah Wa al-Masa’
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

MEMBACA Ma'thurat sewaktu haid ...


Pembacaan Ma’thurat sewaktu haid dibolehkan walaupun terdapat ayat al-Quran di dalamnya atas dasar atau niat sebagai zikir, benteng dan pendinding diri.

Sewajarnya wanita yang dalam tempuh uzur membanyakkan amalan wirid dan zikir sebagai pengisian terutamanya pada lima waktu solat yang sudah pastinya kosong.

Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

Pasrah Segalanya( Tabah lah hati ini ...^^ )



Tabah lah hati ini ...........................

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.


Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.
 

MUHASABAH BUAT DIRI INI ^^


Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal air mata ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua tipuan Iblis untuk menyesatkan kita. Amalan seseorang yang banyak ada kalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita, agar kita berbangga dengan diri kita yang diciptakan daripada tanah. Amal yang sedikit turut memperdayakan kita, agar kita sentiasa berharap Allah mengampuni kekurangan diri kita.
Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah ‘perasan’. Orang yang banyak beramal berasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila ia berjalan, ia tunduk semacam tawadhu’ walhal syaitan dalam jubahnya. Ia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yag lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan satu perasaan takabbur yang tinggi.
Apabila ia bercakap, ia merasakan semua orag memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu ia menganggap yang buruk itu baik.mungkin baik pada zahir, tapi buruk pada hakikatnya.
Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Ia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.
Sesetengah orang berilmu, apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkan. Ia mengatakan cinta akhirat tetapi ia sendiri kelihatannya sibukmengejar dunia. Ia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan. Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi di hati tidak. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya kotor dengan pelbagai penipuan.
Mereka boleh bercakap dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasauf juga barangkali tetapi hanya lidah berbicara sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan. Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila ia enyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Bila ia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Bila ia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud.
Mereka tidak perlu berbicara. Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang khalis yang mana mungkn ilmunya idak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.
Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya pandang tidak pandang, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang khalis, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.
Sudahlah, jangan kita lupa tentang akhirat. Parti mana menang, parti mana yang kalah, itu pertembungan di dunia. Jangan sampai lupa akhirat. Jangan sibuk berjuang, tetapi rupanya bukan kerana mendaulatkan Islam tetapi ingin memenangkan kumpulan sendiri. Konsep perjuangan adalah, memenangkan agama Allah walaupun kumpulan kita kalah. Kalau kita berjaya, daulatkan agam Allah dengan cara orang yang memerintah. Jika kita kalah, kita mendaulatkan Islam dengan cara sebagai oang yang kalah.

Surah Yasin (Full)



36. SURAH YAASIIN (83 ayat) – ‘HAI MANUSIA’


DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Yaasiin adalah surah yang ke 36, terdiri atas 83 ayat dan diturunkan selepas surah Aj- Jin. Ia dinamakan Yaasiin kerana permulaan surah tersebut dengan dua huruf iaitu Yaa dan Siin, yang ertinya hanya Allah SWT yang mengetahui. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah SWT mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah SWT bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Surah Yaasiin adalah "Hati" Al Quran.

POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Bukti-bukti adanya hari berbangkit; Al Quran bukanlah syair; ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah SWT; syurga dan sifat-sifat-Nya yang disediakan bagi orang-orang mukmin; mensucikan Allah SWT dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.

2.KISAH-KISAH: Kisah utusan-utusan Nabi Isa a.s dengan penduduk Anthakiyah.

3. LAIN-LAIN: Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik; Allah SWT menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan; semua bintang-bintang di cakerawala berjalan pada orbit yang telah ditetapkan Allah SWT; ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba; Allah SWT menghibur hati Rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.

AMALAN TRADISI:
Surah ini mempunyai kedudukan tersendiri dalam tradisi kehidupan sebagian umat Islam. Meskipun keabsahan tradisi tersebut diperdebatkan, Surah Yaasin ini sering dibaca pada waktu-waktu tertentu seperti ketika seseorang sedang menghadapi sakratul maut, malam Jumaat, malam Nisfu Sya'ban, tahlil, dan lain sebagainya.

FADILAT SURAH YAASIIN:-
1. Membaca Yaasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya akan diampunkan dosanya.

2. Sesiapa yang membaca surah Yaasiin nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali ganda membaca Al Quran seluruhnya.

3. Barangsiapa membaca surah Yaasiin, apabila sampai pada ayat “Wadhrib lahum…iz jaa ahal mursalun”, ia berdoa apa-apa yang dikehendaki, nescaya dimaqbulkan doanya.

4. Sesiapa yang menjadikan bacaan surah Yaasiin sebagai wirid amalnya pada setiap malam sehingga tiba ajalnya, nescaya ia memperolehi mati syahid.

5. Sesiapa masuk kawasan kubur dan baca surah Yaasiin (dimana pahalanya dihadiahkan kepada ahli kubur) maka sejak hari itu seksa mereka diringankan dan baginya kebaikan sejumlah penghuninya.

6. Untuk mengelakkan kanak-kanak berusia antara 5 bulan hingga 1 tahun yang baru meniarap atau merangkak dari suka makan debu atau sampah-sampah halus, pegang tangan kirinya dan bukakan tapak tangan lantas bacakan surah Yaasiin dari ayat 1-9. Kemudian sambung dengan Ayat 82-83. Dengan izin Allah, sekiranya dijadikan sebagai amalan, kanak-kanak itu akan jadi berani, hatinya kuat, tabah, mudah menerima segala ilmu serta memudahkan rohani dan jasmaninya melakukan segala kebaikan.

7. Untuk lindungi diri dan rumah dari pencuri semasa tidur, baca ayat 9 dan tiup ditiap-tiap penjuru rumah. Amalkan untuk lindungi diri dari dianiaya.

8. Ayat 9 ini digunakan sebagai “Ayat Pelepas”, dibaca apabila selesai mengurut orang supaya penyakit orang itu tidak dipindahkan kepada si pengurut.

9. Baca ayat 10, 40kali selepas solat subuh dan maghrib untuk pendinding daripada perbuatan sihir.

10. Amalkan Ayat 58 agar akhlak atau pekerti anak-anak yang nakal, malas mengaji dan sebagainya menjadi baik, rajin dan bijaksana.
Ayat 58 di baca 28 kali setiap hari pada musim (wabak) penyakit melanda, insyallah dirinya terselamat daripada penyakit itu.

11. Ikhtiar untuk dicintai dan dikasihi orang: ambil air atau makanan, dibaca padanya Bismillah 786x dan Ayat 72 lalu diminumkan atau diberi makan kepada seseorang yang dimaksudkan.

12. Ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar Rahman Ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

Amalan untuk memohon hajat:-
1. Selepas sembahyang subuh

2. Tiga Jumaat berturut-turut

3. Ayat 1 - Yassin baca 7x

4. Ayat 38 - 12x

5. Ayat 58 - 7x

6. Ayat 82 - 14x

7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.

8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.

9. Perlu yakin, insyaAllah dgn berkat Allah ianya termakbul. Wallahualam.

Kaifiat membaca Surah Yaasiin yang baik ialah :-
1. Hendaklah berwuduk. Istighfar 3 kali kemudian baca Al Fatihah 3 kali.

2. Membaca Selawat Nabi 11 kali

3. Membaca Surah Yaasiin.

4. Setelah selesai, bacalah Surah Al-Insyirah, Surah Al-Qadr, Surah Al-Fiil, Surah Al-Kafiruun, Surah Al- Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Nas

5. Disudahi dengan doa.

Khaifiat membaca Surah Yaasiin Malam Nisfu Syaaban:
Seeloknya Yaasiin dibaca pada malam Nisfu Syaaban kerana ia akan mendatangkan rahmat. Caranya:-
1. Waktunya selepas solat fardu Maghrib, 15 Syaaban.

2. Dibaca 3 kali berturut-turut diserta dengan niat atau doa memohon kepada Allah tiga perkara:-
a. Bacaan pertama mohon dilanjutkan usia di dalam kebajikan
b. Bacaan kedua mohon ditetapkan iman dan supaya mati kelak dalam keadaan beriman yang sempurna
c. Bacaan ketiga memohon dimurahkan rezeki yang halal lagi banyak.

Kisah Nabi saw. yang berkaitan dengan Surah Yaasiin

Kisah Pertama:-
Ketika Abu Jahal dan puak musyrikin bermesyuarat untuk membunuh Nabi saw., mereka telah mengepung rumah Nabi saw. bermula dari waktu maghrib. Ketika menjelang fajar, Nabi saw. membaca surah Yaasiin sebanyak 7 kali bermula dari ayat 1-9. Maka setelah itu, Nabi saw. keluar membuka pintu dan mendapati musuh-musuhnya tidur dengan nyenyak sekali. Sesuatu yang pelik dan menghairankan ialah iblis yang menyamar sebagai Bani Najad pun juga turut tertidur sedangkan sebelum ituratusan ribu tahun tidak pernah tidur. Lantas Nabi saw. mengambil pasir dan melempar ke atas mereka dan mereka tidur dengan lebih nyenyak lagi. Itulah pertolongan Allah SWT kepada Nabi saw.

Kisah Kedua:-
Diriwayatkan dari Ibnu Al Kalbi bahawa seseorang telah terancam nyawanya oleh musuh-musuhnya. Lantas lelaki itu mengadukan halnya kepada seorang alim, maka orang alim itu menasihatkan agar dia membaca surah Yaasiin setiap kali hendak meninggalkan rumah. Lelaki tersebut melakukan apa yang dinasihatkan. Maka setiap kali dia bertemu dengan musuhnya, musuh itu gagal melihat dirinya.

SURAH YAASIIN, AYAT 58 , SALAAMUN QAULAN
1. Apabila ada sesuatu hajat misalnya hendak lulus dalam ujian/peperiksaan, anak yang nakal supaya menjadi baik budinya dan sebagainya :-

a. Amalkan pada hari Jumaat tatkala hampir terbenam matahari 313 kali

b. Sebelum membaca kalimah tersebut, baca AlFatihah kepada Nabi saw
- kepada arwah guru-guru, para wali Allah, Al Fatihah
- kepada ayah dan ibu, muslimin dan muslimat, Al Fatihah
- dan khususnya kepada niat ini (lafazkan niat yang dikehendaki), Al Fatihah