Pages

May 9, 2011

Kasih Tercipta Drpd Susuan Ibu


AIR susu ibu merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.


Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.


Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.


Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya... " - surah al-Baqarah: 233.


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Arab dahulukala untuk menghantar anak mereka menyusu dengan seorang wanita di kawasan kampung.


Dua orang wanita yang diberi penghormatan untuk menyusukan Nabi Muhammad s.a.w ialah Suwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab dan Halimatus Saadiah daripada suku Bani Saad.


Selain menguatkan sistem imun badan, kanak-kanak yang menyusu susu ibu ini turut belajar bahasa Arab dan adab yang murni kerana luar bandar biasanya bebas daripada pengaruh kota.


Dengan menyusukan Rasulullah, nama Halimatus Saadiah dikenang sehingga kini. Inilah kemuliaan yang diperolehnya.


Halimatus Saadiah bukanlah seorang yang kaya tetapi dia tetap sudi menyusukan baginda walaupun telah mengetahui Rasulullah ialah anak yatim piatu dan mungin tiada siapa yang akan membayar kerja susuannya.


Tetapi dengan hati yang ikhlas, Halimatus Saadiah menerima tugas menyusukan Nabi Muhammad.
Penghormatan yang diperoleh oleh Halimatus Saadiah ialah namanya dikenang sepanjang zaman kerana jasanya ke atas seorang rasul yang tidak pernah melihat wajah bapanya sejak lahir ke dunia.
Amalan menyusu anak amat digalakkan dalam Islam. Kedudukan ibu yang menyusukan anak digambarkan dalam sabda Rasulullah yang bermaksud:


Diriwayatkan daripada Hajjaj al-Aslami bahawa dia bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang boleh menghilangkan ingatan hatiku daripada mengenang jasa orang yang telah menyusuiku?" Lantas Rasulullah menjawab dengan katanya: "Hendaklah kamu menghadiahkan kepadanya seorang hamba atau jariah yang masih kecil."


Seorang ibu yang menyusu anak dalam pangkuannya akan membuahkan ikatan kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.


Bagi memperoleh khasiat dan keberkatan yang berpanjangan, ibu perlulah menjaga pemakanan. Pastikan setiap suapan makanan adalah halal, bersih dan baik.


Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya." - surah al-Baqarah: 172.


Terima kasih ibu..

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI



Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.


Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.


Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.


TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis


2. Tanah Bukit Tursina


3. Tanah Iraq


4. Tanah Aden


5. Tanah Al-Kautsar


6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah


7. Tanah Paris


8. Tanah Khurasan


9. Tanah(Babylon)


10. Tanah India


11. Tanah syurga


12. Tanah Tha'if


Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.


2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.


3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.


4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.


5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.


6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.


7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.


8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.


9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.


10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.


11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.


12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.


13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.


Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".


2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".


3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".


4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.


5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.


Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan


2. Hidung alat penciuman


3. Telinga alat pendengaran


4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.


5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.


Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.


Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.


Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)


Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.


Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan


Wallahualam...

Laisa Laha Min Dunillah - Akhil Hayy



Laisa Laha Min Dunillahi kashifah


(Tiada baginya selain Allah yang maha melindungi)

PENGERTIAN CINTA...


Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan
bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.


MEMUHASABAH DAN MENILAI DIRI


‎'Orang yang baik sebenarnya adalah orang yang lebih banyak bercakap dengan diri sendiri daripada banyak bercakap dengan orang lain disekeliling...'
Lebih banyak menilai diri, menegur diri sendiri, memuhasabah diri...



AIR MATA..............



Air mata yang tersembunyi di dalam hati

Menggores luka yang tak akan pernah hilang.
Kadang kala orang yg paling kamu cintai
Adalah orang yang PALING menyakiti hatimu.
Kadang kala teman yang membawa mu
...dalam pelukannya dan menangis bersamamu,
Adalah cinta yang tak pernah kamu sedari.


Cinta membuat seseorang mencintai orang lain,

Melebihi rasa Cintanya kepada dirinya sendiri...
Hanya Mereka lah yang akan dapat menghargai,
Betapa penting orang yang telah menyentuh kehidupannya

TIADA YANG SEMPURNA


Dan antara kesedihan itu ialah apabila engkau menyintai seseorang, akan tetapi si dia yang engkau cintai itu menyintai orang lain selainmu. Ataupun [kesedihan itu ialah] apabila engkau menghendaki perkara yang baik untuk seseorang, sebaliknya dia mahu menyakitimu....
"Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya,(aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)"«

True friendship


True friendship is perhaps the only relation that survives the trials and tribulations of time and remains unconditional. A unique blend of affection, loyalty, love, respect, trust and loads of fun is perhaps what describes the true meaning of friendship. Similar interests, mutual respect and strong attachment with each other are what friends share between each other. These are just the general traits of a friendship. To experience what is friendship, one must have true friends, who are indeed rare treasure

WAHAI HATI .....

WAHAI HATI…..DENGARLAH…..

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Buka...nkah ini yang dinamakan iman…………


Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.’


Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.


Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.


Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’


Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….


semoga kita semua menjadi hambaNYA yg selalu bersyukur, ikhlas & bersabar menjalani liku liku hidup ini

HIDUP ......






Hidup adalah kesempatan, manfaatkanlah.
Hidup adalah keindahan, kagumilah.
Hidup adalah kebahagiaan, nikmatilah.
Hidup adalah mimpi, sadarlah.
Hidup adalah tantangan, hadapilah.
Hidup adalah kewajiban, selesaikanlah.
Hidup adalah permainan, mainkanlah.
Hidup adalah sebuah janji, penuhilah.
Hidup adalah penderitaan, atasilah.
Hidup adalah kidung, nyanyikanlah.
Hidup adalah perjuangan, terimalah.
Hidup adalah tragedi, berjuanglah.
Hidup adalah petualangan, beranilah.
Hidup adalah keberuntungan, lakukanlah.
Hidup terlalu berharga, jangan dihancurkan.
Hidup adalah hidup, berjuanglah untuknya!

 Berikan yang terbaik dari apa yang engkau miliki dan itu mungkin tidak akan pernah cukup. Tetapi tetaplah berikan yang terbaik. Jangan pedulikan apa yang orang lain fikirkan atas perbuatan baik yang engkau lakukan. Percayalah bahwa mata TUHAN tertuju pada orang-orang yang jujur dan DIA melihat ketulusan hatimu

sayangilah ^^


Janganlah Anda berteman kecuali orang yang dapat menyimpan rahasia dan menutup aibmu, mendampingi Anda dalam kesusahan, mendahulukan kepentinganmu, menyiarkan kebaikanmu dan tidak menyiarkan kejahatanmu. Kalau tiada engkau jumpai orang yang begitu, bertemanlah dengan dirimu sendiri…

Sayangilah semua yang ada di bumi. Pasti yang di langit pun akan menyayangimu. Selamatkan hatimu dengan bermurah hati dan menyayangi sesama maka syurga akan menantimu

HATI


Hati manusia ibarat cermin, sedangkan petunjuk Tuhan bagaikan cahaya. jika hati manusia benar-benar bersih niscaya ia akan dapat menangkap cahaya petunjuk Ilahi dan memantulkan cahaya tersebut ke sekitarnya…

Benci kepada takdir Ilahi itu adalah satu dosa besar, dimurkai Allah, apalagi jika diceritakan kepada orang lain. Itu bererti mengadukan halnya dengan Tuhan kepada mahkluknya

。✿*゚゚・✿.。.:*Bingkisan Doa. ( BUAT PASANGAN YANG SEDANG BERCINTA ) ...。✿*゚゚・✿.。.:*


Bingkisan Doa. ( BUAT PASANGAN YANG SEDANG BERCINTA )



Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan... abadi…


Tetapi Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….


Serta ya Allah Ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan Ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…


Ya Allah Ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…


Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….


Amin.. Ya Rabbal A’lamin.


Tuluskan tauhid kita untuk Allah agar hati terbuka. Sejernih mana tauhid kita dan sebersih mana keikhlasan kita maka sejernih dan sebersih itu pulalah kebahagiaan kita ....

Di dalam hati


Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT... Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.....Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya...
carilah sepenuh kasih sayang agar bahagia kan datang

Engkaulah sahaja (Ya Allah)


Segala yang berlaku, yang pastinya semuanya atas keizinan Allah. Jika kita diberi masalah dan ujian, jalan keluarnya sudah ada di tangan Allah. Samada kita yakin atau tidak kepada Allah, akan mengubah cara kita melihat masalah-masalah tersebut.

Tidak ada suatu perkara pun yang akan berlaku tanpa keizinanNya.


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

«wink»

JADIKAN AMALAN BERZIKIR DALAM KEHIDUPAN HARIAN...


JADIKAN AMALAN BERZIKIR DALAM KEHIDUPAN HARIAN...






- سبحان الله وبحمده أستغفر الله وأتوب إليه.

Subhanallah wa bihamdihi, astaghfirullah wa atuubu ilaih

Rasulullah Shallalahu alaihi wasallam memperbanyak bacaan “Subhanallah wa bihamdihi astaghfirullah
wa atuubu ilaih”. Katanya, dan aku berkata: Ya Rasulullah!Saya melihatmu memperbanyak bacaan “”Subhanallah wabihamdihi, astaghfirullah wa atuubu ilaih?” dan beliau bersabda”Tuhanku telah mengabarkan kepadaku bahwa aku akan melihat tanda-tanda pada umatku. Maka ketika aku melihatnya, aku memperbanyak bacaan : Subhanallah wabihamdihi astaghfirullah wa atuubu ilaih. Dan aku telah melihatnya. Jika telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Maka dibukalah Makkah. Dan kulihat manusia masuk kedalam agama Allah berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunannya, sesungguhnya Dia maha penerima taubat. (H.R. Muslim)



- استغفر الله العظيم من جميع الذنوب وأتوب إليه .

Astaghfirullah al-adhim min jamii’i-dzunubi wa atuubu ilaih

Nabi Shallalahu alaihi wasallam bersabda: “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali”
H.R. Muslim





- سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم .

Subhanallah wa bihamdihi subhanallah-al-adhim

Rasulullah Shallalahu alaihi wasallam bersabda:”Dua kata yang ringan diucapkan, namun berat pada timbangan, disukai oleh Sang Maha Pengasih:Subhanalah wabihamdihi subhanallah-al-adhim”
H.R. Bukhari & Muslim





- لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين .

Laa ilaha illa Anta subhanaka inni kuntu mina-dholimin

Rasulullah Saw. bersabda: Doa dzu nun (gelar nabi Yunus As) ketika berada dalam perut paus “ Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku telah termasuk orang-orang yang dhalim”, maka sesungguhnya tidak berdoa seorang laki-laki muslim dengan (doa ini) dalam segala perkara melainkan Allah Swt mengabulkan baginya (doa).





سبحان الله ، والحمد لله ، ولا إله إلا الله ، والله أكبر

- Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illalahu wallahu akbar

Rasulullah Saw. bersabda: ”Aku dianjurkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar, lebih disukai dari apa-apa yang matahari terbit di atasnya” H.R. Muslim, Nabi Saw. bersabda: ”Kata-kata yang paling disukai oleh Allah ada empat: Subhanallah, walhamdulillah, wa laailaha illa-Allah, wa-Allahu akbar, yang tiada akan mencelakaimu dengan mana saja kamu bisa memulainya.”H.R. Muslim





لا حول ولا قوة إلا بالله .

Laa haula wa laa quwwata illa billah

Rasulullah Shallalahu alaihi wasallam bersabda: ”Wahai Abdullah ibnu Qais, bukankah aku tunjukkan kepadamu harta karun dari harta-harta surga?”Maka aku berkata:Benar ya Rasulallah, lalu beliau bersabda:”Ucapkanlah laa haula wa laa quwwata illa billah”H.R. Bukhari & Muslim





- سبحان الله العظيم وبحمده .

Subhanallah al-adhim wa bihamdihi

Rasulullah Shallalahu alaihi wasallam bersabda:”Barangsiapa berkata subhanallah al adhim wa bihamdihi maka akan ditanamkan baginya pohon kurma disurga”





اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد، اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد .

Allahumma Shalli ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad kama shallaita ‘ala aali Ibrahim innaka hamiidum majiid, Allahumma baarik ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad kama baarakta ‘ala aali Ibrahim innaka hamiidum majiid

Allah berfirman: Sesungguhnya Allah beserta malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi, wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
QS. al-Ahzab: 56

Rasulullah Shallalahu alaihi wasallam. bersabda:”Barangsiapa bershalawat keatasku sekali, Allah bershalawat kepadanya(dengan shalawat tersebut)sepuluh kali”H.R Muslim



وقال صلى الله عليه وسلم : " لا تجعلوا بيوتكم قبورا ، و لا تجعلوا قبري عيدا ، و صلوا علي ، فإن صلاتكم تبلغني حيث كنتم "

Dan Rasulullah Shallalahu alaihi wasallam bersabda: “Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian kuburan, dan janganlah kalian jadikan kuburanku sebagai hari ied (hari dimana orang-orang bersuka cita karena pada hari itu kaum muslimin kembali kepada fitrah) , dan bershalawatlah kepadaku, sesungguhnya shalawat kalian sampai kepadaku dimanapun kalian berada”See more

BERSABAR LAH



Semestinya kau sabar atas sesuatu yg hilang
Tidak perlulah engkau bersedih
Jika dunia menawarkan kemerlapannya
Maka sabar terhadapnya alamat kebaikan dan warak
Patahkan nafsumu selalu
Kan kau dapatkan apa yang kau inginkan....

kata2-->>
Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tidak hentinya
Sabarlah meski panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar
Pada kesukaan....