DISAAT AKU MENCINTAIMU......
Mengapa kau pergi,mengapa kau pergi..
Disaat aku mulai mencintaimu...
Berharap engkau jadi kekasih hatiku..
Malah kau pergi jauh dari hidupku..
Menyendiri lagi,menyendiri lagi..
Disaat kau tinggalkan diri ku pergi..
Tak pernah ada yang menghiasai hariku...
Disaat aku terbangun dari tidurku...
c/o
Aku inginkan dirimu,datang dan temui aku..
Kan ku katakan padamu,aku sangat mencinta.....(2x)
Mengapa kau pergi,menyendiri lagi...
Disaat kau tinggalkan diriku pergi..
Tidak pernah ada yang menghiasi hariku...
Disaat aku terbangun dari tidurku.....
c/o
Aku inginkan dirikan dirimu,datang dan temui aku..
Kan ku katakan padamu,aku sangat menyintai dirimu..
Aku inginkan dirimu,datang dan temui aku..
Kan ku katakan padamu,aku sangat mencinta......
(p)- Semoga engkau kan mengerti,tentang perasaan ini..
Maaf ku telah terbuai,akan indahnya cinta...
Maaf sungguh ku tak bisa,untuk kembali padamu..
Maaf ku telah terbuai....Akan indah nya cinta.......
***********************************************************************
<<< Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.>>>.......
hmmm tak de apa yang menarik nak diceritakan tentang diri ini...kadang2 kita selalu mengeluh tentang hidup ini...memang agak sukar untuk mendapatkan apa yang kita inginkan...tapi ada sesetengah orang amt mudah mendapatkannye...itulah yang d...inamakan takdir dari Allah...apa pun aku bersyukur sangat kerana dapat hidup dan merasai kehidupan dunia ini walaupun kadang2 merasa takut hndak menghadapi apa yang tidak diketahui dikemudian hari...hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar...sekejap kita kan berada diatas dan sekejap kita akan berada dibawah...
tapi jika kita tabah dan sabar segalanya mungkin boleh diatasi dengan sempurna...hidup ini takan sempurna tanpa adam dam hawa tapi ada juga segelintir yang tidak mendapat fitrah normal ini...mungkin bukan kemahuan mereka tapi Allah yang Maha Mengetaui disebalik apa yang di beri pada setiap hambanya...kita sebagi manusia tak layak untuk menghukum diri mereka ini...begitu juga dengan CINTA...
setiap manusia diberi peluang untuk merasa apa itu nikmatnye bercinta...cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata...Cinta bagaikan bintang di langit terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma cuma satu yang akan menjadi igauan pemujanya..peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja...Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita tiada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu...Itu peraturan pertama bercinta...Cinta hanya satu perasaan...Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit. Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita.
Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak. Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai. Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana. Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain. Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi. Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya. Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah?
(pemberian dri Hairul Anuar.......tq so much......u are my best fren..) |
Di saat kita kesepian dan bersendirian;zahir tersenyum dalam tangis -nyata bersahaja dalam derita –dalam tak sedar hati merindukan belaian,sedang di sisi, sesiapapun tiada sebagai teman;...barulah kita menyedari ada yang memerhati,barulah kita menyedari ada yang mengasihi,sentiasa wujud di sisi menghiburkan hati –Segala puji bagi-Mu Ya Rabbi!tanpa DiriMu, siapalah aku di sinitanpa DiriMu, entah bagaimana aku di sana nanti
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s
Sesungguhnya, Allah memberi hidayah dan pengajaran tidak kenal tempat, saat, masa, bulan dan sebagainya. Jika DIA ingin memberi.. pada bila2 masa dan di mana serta bagaimana keadaan sekali pun.. dengan kehendakNYA.. maka akan teruklah pintu hati hambanya untuk mendapat cahaya hidayah dariNYA..