Pages

Jul 12, 2011

Wanita idaman lelaki ialah



Wanita idaman lelaki ialah,

yang hatinya dibalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,


Wanita idaman lelaki ialah,

wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,



Wanita idaman lelaki ialah,

yang tidak terpesona dengan buaian dunia,

kerana dia mengimpikan syurga,

di situlah mahligai impiannya,

dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya....







Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya

Hanya pada-MU




Ya Allah,
aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk kemegahan ,

Tuhan,
ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan,

Tuhan,
aku memohon kepadaMu janganlah ilmu itu menjadi beban
Di akhirat kelak menjadi hujjah dan saksi
mengapa aku tidak amalkan

Ya Allah,
aku memohon kepadaMu bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak Ya Allah,
aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa

Tuhan,
aku berlindung denganMu jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak amalkan
Jadikanlah aku bertambah ilmu bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu bertambah ibadah dan amalan

Tuhan,
jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain
Boleh menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manafaat

Risiko Tersedak Susu



Kecuaian ibu bapa, pengasuh tak endah teknik penyusuan botol punca tragedi

TIGA kes berbeza membabitkan mangsa berlainan tetapi berkongsi punca sama – kematian akibat tersedak susu. Kejadian itu sudah pasti membimbangkan ramai ibu bapa, khususnya yang terpaksa bergantung harap kepada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak.
Ibu bapa mana yang dapat menerima berita buruk apabila permata hati yang baru mengenali dunia, hilang sekelip mata. Lebih dikesali, kematian insan tersayang akibat punca yang sememangnya boleh dielakkan andai semua pihak, khususnya yang menjaga bayi berkenaan, lebih bertanggungjawab menjaga bayi itu.
Namun, perlu diingat, kejadian seumpama itu tidak hanya membabitkan pusat jagaan, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana. Apalagi ia membabitkan risiko ketika memberi susu botol kepada si kecil berkenaan.
Dr Varughese turut mengingatkan, bayi juga tidak hanya berisiko tersedak susu tetapi juga pelbagai jenis makanan lain. Ini seperti kekacang, ketulan daging atau ikan yang dipotong dalam saiz besar atau disediakan dengan tidak sempurna seperti tidak dihancurkan sebaiknya hingga menyukarkan mereka untuk menelan.
Katanya, berbanding orang dewasa, sistem pertahanan tubuh bayi juga belum terbentuk dengan sempurna. Dan bagi kes tersedak susu, ia membabitkan pembentukan ‘cough reflex’ yang belum cukup matang.
‘Cough reflex’ merujuk komponenan sensori dan motor, iaitu sebahagian daripada mekanisme pertahanan badan yang sangat penting. Sistem pertahanan tubuh ini memungkinkan reseptor batuk dalam epithelium di laluan pernafasan sangat sensitif pada stimulasi mekanikal ataupun kimia.
Stimulasi pada reseptor batuk bertindak mengeluarkan bahan asing daripada sistem pernafasan sebelum ia sampai ke paru-paru.
“Keadaan itu menyebabkan bayi sukar untuk mengeluarkan bahan asing atau yang tidak dikehendaki, termasuklah cecair seperti susu daripada tekak.
“Otot mereka masih kecil untuk bertindak sedemikian,” katanya.

Info: Cara betul/teknik menyusu bayi
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
Perkara perlu dielak
  • Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika menyusu.
  • Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol susu itu.
  • Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
  • Jangan pandang remeh pembelian puting susu. Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.

Teman ..



Teman..
sebuah lukisan itu
tidak memerlukan
jambangan yang cantik
cukup sekadar keikhlasan
...yang tulus
dalam membentuknya...

kerana
sebuah lukisan
yang hanya bersandar
pada jambangan yang cantik
hanya akan terpahat dimata
terpesona diminda
tapi jika sebuah lukisan
yang lahir dari keikhlasan
membuatkan kita berfikir
mencari kebenaran
sebuah kehidupan...


Waspada terhadap pandangan matamu.....




Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Waspada terhadap pandangan matamu.....

Ketika dirimu melepaskan penglihatanmu
Ke segenap arah tanpa batas
Teralpa hingga melewati sempadan
Tiada memilih arah tujuan
Menikmati segalanya sesedap rasa senikmat jiwa
Ibarat melepaskan panahan beracun

Waspadalah terhadap pandangan matamu......

Yang akan mendatangkan kesulitan padamu
Pasti akan terlihat banyak perkara
Yang tidak mampu dirimu kuasai
Atau terdaya untuk menahan diri

Waspadalah terhadap pandangan matamu......

Dengan banyak hal penglihatan
Yang boleh mengakibatkan kemudaratan
Serta kebutaan pada mata hati
Hingga sabarmu hilang upaya
Sementara nafsumu berkobar menyala nyala
Dan syaitan mengambil alih kuasa.

Waspadalah terhadap pandangan matamu......


Salam istiqomah dan bermujahadah melawan nafsu majmumah serta bersama kita muhasabah diri.

Insya Allah aamiin ya Allah.

Istiqamah is not easy, but I will do my best InsyaAllah.

Hati


Segala yang berlaku didlm pergolakan dunia maya ini 
adalah berpunca dri HATI ♥ 
hati yang gembira adalah ubat yang mujarab
hati yang keras menemui jalan buntu
hati yang lembut mendatangkan sahabat
hati yang tamak menciptakan perangkap
hati yang bersih menjauhkan masalah
hati yang licik mendatangkan musuh..SUBHANALLAH
Renung2kan lah ^^
-->>Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya! ^^




Sahabat...Kau Tidak Dihargai?



Sahabat,kenapa kau menangis sendirian
sehingga membuatkan aku kegelisahan
melihat dirimu sebegitu rupa diperlakukan
tidak seperti apa yg kau inginkan

Sahabat,jangan sesekali kau berputus asa
walau banyak perkara yg kau terasa
inilah namanya kehidupan dunia
apa yg kita lakukan x semestinya mereka suka

biarlah mereka mencaci menghina
asalkan kau tidak membalasnya
panjatkanlah doa pada yg Maha Esa
kerna DIA sentiasa bersama hambaNya yg teraniaya

Di sini aku berpesan duhai sahabat
mengaibkan orang bukanlah perbuatan yg hebat
berkata sinis jangan dibuat
jangan memperlihatkan hati yg tdk sihat

Jika kini hatimu rebah
kuatkanlah iman jangan berubah
bangun berdiri teruskan langkah
bersujudlah kamu di atas sejadah
minta agar Allah memberi kau barakah
supaya hatimu kembali gagah

Sahabat,andai semua pergi tinggalkanmu
ingatlah aku tetap bersamamu
kau berduka aku penghiburmu
walau beribu dugaan bertamu
aku sentiasa di sisimu

Memang adat hidup begini
seribu kebaikkan x pernah dihargai
namun hanya satu kesilapan sudah ada yg benci
terkadang aku merasakan ini
apakah mereka sempurna serba serbi?

Biarkan andai mereka menghakimi
usah kau gentar di dalam hati
biarkan mereka andai tdk memahami
cukuplah Allah yang Maha mengerti

Sahabat,aku yakin hatimu lembut
usailah segala perkara yg serabut
jangan sesekali kau bikin ribut
biarkan mereka berkata yg tdk patut
asalkan kau tdk ikut

Sahabat,hayati pesananku ini
walau hati acap kali disakiti
ingatlah Allah sentiasa menemani
aku juga ada di sisi
maafkanlah mereka yg menyakiti
pasti damai hatimu nanti.. ^_^


RINTIHAN HATI HAWA.....^^



Sebenarnya wanita ingin menjadi seseorang yg berkebolehan dalam apa jua bidang bukan kerana ingin menandingi lelakitetapi dek kerana keinginan yg membuak-buak dalam hati utk menjadi tulang belakang lelaki

Sebenarnya wanita ingin dinobatkan sebagai perwira bukan kerana ingin mencabar kedudukan lelaki tetapi dek kerana keinginan hati utk rasa dihargai oleh lelaki

Sebenarnya wanita ingin mencapai cita-cita yg menggunung tinggi bukan kerana ingin dibanggakan oleh kaum lelaki tetapi dek kerana sifat semulajadi yg ada dalam hati utk rasa dihormati lelaki

Sebenarnya wanita ingin menyumbangkan idea2 yg bernas dalam apa jua bidang bukan kerana ingin mendahului kepandaian lelaki tetapi dek kerana ingin diberikan hak sebagai hamba Allah yg juga wujud di muka bumi ini selain lelaki

Sebenarnya wanita ingin dijadikan suri hidup para lelaki yg beriman bukan kerana memilih jodoh tetapi dek kerana ingin dididik dan diajari utk menjadi seorang wanita yang solehah..namun wanita tetap redha siapa pun jodoh yg telah Allah tentukan utk mereka

Sebenarnya wanita ingin menjadi ibu yg mithali terhadap anak2 mereka bukan kerana ingin menghalang tanggungjawablelaki sebagai seorang bapa tetapi dek kerana ingin merasakan nikmatnya sebuah keluarga sakinah dan mawaddah

Namun apa jua keinginan wanita selagi mereka bergelar wanitahanyalah semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ingin mendapatkan simpati lelaki..

AKU HANYA INGIN CINTA YANG HALAL

Bismillah

Duhai Pujaan Hatiku...
Ketahuilah bahwasanya aku hanya inginkan cinta yang suci,
yaitu cinta yg berdasarkan cinta karenaNya,
bukan sekedar cinta duniawi tetapi juga cinta akhirat.

Aku ingin cinta yang putih, bersih dan suci
Bahkan lebih dari itu tentang cinta
Cinta yang berharga dalam Bilangan Asma Nya
Cinta yang tak hanya sekedar duniawi
Aku ingin cinta yang halal bersama dalam setiap keberkahanNya

karena kebahagiaan hakiki ialah ketika sebuah cinta itu bertemu di mahligai yang suci.
Sehingga bukan lagi untuk menghalalkan segala cara
Karena cinta mengajari kita mengerti dan memahami
Tentang arti sebuah keikhlasan

aku yakin semua akan indah pada waktunya
karena Allah pasti memberikan yang terbaik buat hambaNya.
cinta yang halal dan berakhir dengan keberkahannya...

Amin...Ya Rabbal 'Alamin

Oleh : Arif Ashadi Rindu Ibu 


Duhai lelaki..Kalau Kau Sayangkan Wanita Itu


Duhai lelaki andai kau sayangkan wanita itu janganlah kau berdua-duaan dengannya sehingga mendatangkan fitnah. Janganlah kau menambah koleksi dosa yg ada dgn melakukan maksiat..
Firman Allah S.W.T..
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."surah al-israk ayat : 32

Duhai lelaki jika benar kau sayangkan wanita itu,nikahilah dia supaya dia halal utk kau sentuh,halal utk kau sayangi,halal utk kau cintai dan halal jika kamu saling merindui..
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)

Duhai insan yg bergelar lelaki andai kau sayangkan wanita itu janganlah kau menyakiti dan menzaliminya..bukankah wanita itu dijadikan dpd tulang rusukmu dekat dgn hati utk disayangi dan dekat dgn lengan utk dilindungi..jadi mengapa perlu kau menganiayai wanita?
HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186 :
“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.”
Duhai lelaki jika benar kau sayangkan wanita itu,layanilah dia dgn penuh kemesraan setelah dia halal menjadi suri hidupmu..kerana wanita adalah insan yg dijadikan dgn sifat2 kelembutan..jika dia melakukan kesilapan kau bimbinglah dia ke jln yg benar dan jangan pula kau tinggalkannya..berilah mereka kasih sayang yg sepenuhnya..
Duhai lelaki setelah kau bergelar suami dan bapa,jadilah seorang ketua keluarga yg bertanggungjawab dan adil kepada setiap ahli keluargamu..kerana setiap pemimpin akan ditanya Allah kelak,adakah kau menjalankan tanggungjawabmu dgn sempurna?adakah kau adil? maka wajiblah kau menjadi ketua keluarga yg bertanggungjawab mendidik isteri dan anak2mu..binalah sebuah keluarga sakinah dan mawaddah yg diredhai-Nya..insyaAllaH






Jul 11, 2011

Warkah terakhir diHari BAPA ..



Setiap kali aku menulis cerita sedih, maka setiap kali itu air mataku akan menitis seluruh jiwa jua akan menangis, saat aku menceritakannya dan juga selalu akan diakhiri dengan senyuman itu lah aku. Inilah kisahnya......."Pernahkah anda merasa bahagia ... ?........ Namun seberapa bahagiakah anda ? dengan penghayatan kisah ini anda akan merasakan bahwa kebahagiaan anda kini adalah anugerah yang tak ternilai harganya hingga akhir hayat anda, bahwa cita - cita anda untuk bahagia  itu mungkin akan terwujud saat anda telah ” tiada ”...................................
Pagi ini adalah pagi yang cerah untuk memulai semua kisah hidup perjalanan hidup manusia yang selalu dihiasi oleh cita cita setinggi langit. Rahman begitu tergesa-gesa pagi itu. Jam dinding menunjukkan jam 8 pagi. "Ya Allah...sudah terlambat ni...!" di ambilnya bag di atas meja dan segera bergegas keluar rumah dengan keadaan tergesa-gesa...'' Abang....sarapan !", Teriak isterinya dari dalam kamar, namun waktu ternyata bagai mengejar Rahman dan tidak memberikan kesempatan baginya untuk menikmati sepotong roti dan segelas kopi panas buatan isterinya yang tercinta. Rahman adalah seorang penulis disalah sebuah syarikat penerbitan. Walaupun dengan gaji yang tak seberapa dia bahagia....karena itu adalah pilihan hidupnya, dia merasa puas dengan kerjaya menulis. Tersenyum Wati, isterinya dari pintu depan rumah kos rendah yang di belinya dengan hasil kerjaya menulis, biar pun rumah tidak besar namun dia bahagia dengan isterinya Wati. "Hati-hati abang....", suaranya diiringi lambaian tangan kanannya pada Rahman dan tangan kirinya memegang pinggangnya dari belakang....ya... Wati,  yang sedang hamil 9 bulan. Kehamilannya itu amat nantikan oleh mereka... selama hampir 3 tahun pernikahan mereka. Wati adalah suri rumah sepenuh masa, banyak masanya di habiskan menguruskan kehidupan keluarga kerna Rahman mahukan Wati sentiasa di depan mata apabila kepulangannya dari kerja. Wati memang isteri yang luar biasa... Ia selalu memberikan cinta yang sepenuhnya terhadap suami tercinta, yang hanya mengharapkan kehidupan sederhana namun yang lebih bermakna kebahagiaan, kerana Wati sebenarnya dari keluarga mewah namun apabila berkahwin dengan Rahman hidupnya lebih bila bersama Rahman suami tercinta. Tak lama selepas itu sampailah Rahman bersama moto Honda c70 kesayangannya itu di pejabat dengan cepat ia menaiki tangga demi tangga menuju tingkat dua. "Apa cerita untuk besok, Man.." suara itu datang dari belakang menyadarkan Rahman lamunan yang sedang bergegas untuk ke tempat perakam waktu agar tidak merah tertera di kadnya. " Belum dapat idea , Din...", Jawab Rahman sepontan. " Yang menarik ya sempena hari Bapa ni.....” seperti kebiasaannya teman kagum dengan penulisannya...” InsyaAllah mudah-mudahan.... syarikat kita akan lebih maju lagi tahun ini..", pesan bos yang kebetulan berada di situ sambil meninggalkan Rahman yang hanya mengangguk setuju. Rahman mengambil pena dilaci meja dan mulai menulis dengan tekunnya helayan demi helayan di catatnya sesekali di pandangnya dari cermin kaca sebelah mejanya membuatkan dia tenggelam dalam idea yang datang mencurah-curah. Melayang Rahman dalam alam pikirannya. Kata demi kata terangkai dalam kalimat yang menggugah hati dan tanpa disadarinya air matanya menitik saat tulisan itu hampir selesai...tak tertahan.... lalu ai berhenti dan segera  ia masukkan kertas yang di catatnya itu ke laci meja. Dia melipat tangan dibelakang kepalanya dan membiarkan pikiran melayang mengenang peristiwa setahun lalu.... Waktu itu hujan sangat lebat. Rahman pulang lewat kerumah kerna ada urusan di pejabat yang harus di siapkan segera, hujan bagai tak henti-henti lebatnya hujan dimalam Jumaat yang gelap itu. "Ya Allah bagai mana nak balik ni? ...Hujan lebat sangat...!" teriak Rahman risau pada isterinya di rumah keseorangan. Mendadak tangannya menyarung baju hujan yang di bawanya dan bergegas ke motonya, lalu berlalu membelah hujan yang semakin labat itu. Dalam kedinginan hujan yang mencurah badanya terasa teramat sejuk walaupun ia memakai baju hujan, lalu sampai di satu selekoh dia berhenti seketika kerana tidak tertahan menahan kesejukan meredah hujan kedinginan. Rahman berhentikan di satu hentian bas ia melihat ada seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 5 tahun sedang duduk di bangku sambil badannya berbalut kain yang basah akibat hujan namun hanya tertunduk..Rahman dekati ia..." Tinggal dimana, Dik ?", Tanya Rahman dengan suara yang kuat kerana hujan terlalu lebat ketika itu. Tubuh kecil itu seakan-akan memberi jawapan dibanding mulutnya yang tetap membisu...Rahman memeluk anak itu agar dia tidak takut dengan dentuman guruh dan kilat sabung-menyabung. 

Dengan segera Rahman mengajak dia menaiki motornya dan ia letakkan dia dibelakang agar terhalang dari terkena hujan, kerana rumah Rahman agak tidak jauh dari situ, dalam fikirannya apa bila hujan sudah reda dia akan menghantar anak tadi pulang kerumah ibu bapanya yang mungkin sedang mencarinya. "Pegang kuat-kuat ya , dik...!", kata Rahman sambil dengan berhati - hati sekali Rahman menyusuri jalan dimalam yang sangat lebat itu dan akhirnya sampai di rumah. Sesampai dirumah, Hm....terkunci, segan diri Rahman untuk mengetuk pintu dengan kuat untuk membangunkan isterinya, dia balikkan alas kaki rumahnya, lalu diambil kunci yang sengaja ia selit dibawahnya. Perlahan Rahman buka pintu dan dia dudukkan anak itu dikurusi ruang tamu rumahnya. "Tunggu sebentar ya.....pakcik akan mengambilkan tuala dan baju untuk untukmu...!", kata Rahman lembut padanya dan lagi- lagi anak itu membalas dengan senyumnya, lalu segera Rahman ke belakang dan..."Abang sudah balik , Abang...!" Suara yang sangat dikenalinya tiba-tiba muncul dibelakang dan ia menolehkan kepala ke belakang, " Maaf sayang ...  tak mahu mengganggu tidurmu....!", jawab Rahman lembut tapi masih kaku karena terkejut akibat panggilan secara tiba - tiba itu tadi. "Tak mengapa sayang...!", kata isterinya sambil membuka kemejanya yang basah. "Oh..ya hampir terlupa ...tadi dijalan abang ada membawa seorang anak yang bersendirian di satu hentian bas abang terlalu kasihan padanya yang dalam kesejukan.....sekarang didepan ruang tamu sayang....!", kata Rahman sambil menarik tangan isterinya mengikutinya ke ruang tamu. Ahhh....anak itu hilang.....padahal tadi ada dikursi itu....Rahman menggosok-gosok matanya berkali-kali untuk meyakinkan apa yang dilihatnya dan kemudian dia di datangi wajah isterinya yang hanya mengkerutkan keningnya menatap pada Rahman yang dalam kebigungan. Rahman melihat pintu tak terbuka..."Sudahlah mungkin abang hanya berhayal tadi....", jawab isterinya seakan ingin menutup kehairanan apa yang telah terjadi. "Abang mandi dulu ya sayang....!", kata Rahman meninggalkan isterinya yang diam seribu bahasa yang masih tenggelam dalam kehairanannya itu. Termenung campur takut ....dan kini sudah hampir setahun hal itu terjadi.
Tiba-tiba telefon berdering memecahkan lamunan Rahman dan mengembalikan ia kedunia nyata dalam seketika...dengan malas perlahan dia menjawap panggilan, " Rahman, Wati , isterimu telah melahirkan..", Terdengar suara di fon, itu mertuaku," Segera ke Hospital ya....kami sudah bawa Wati kesana..", "Iya ibu...!" jawab Rahman singkat..."Ya Allah isteriku, mengapa tak kau beri tahu aku..awal-awal.!", Keluah Rahman sambil bergegas menuruni tangga demi tangga dengan tergesa-gesa.
Akhirnya sampai segera Rahman ke bilik bersalin kebetulan dulu Rahman pernah ke tempat itu dan lagi pula biliknya tidak jauh dari bilik rawatan kecemasan. Rahman melihat isterinya masih terbaring lemas letih serta lesu....dan bayi comelnya kemerah-merahan disamping isteri tersayang. Tiba-tiba mertuanya muncul dari pintu dan terus menghampiri isteriNya. "

Abang...Rahman mana, Mak ?", tanya isterinya. Terkejut sejenak Rahman....karena dari tadi Rahman berada dihadapannya. "Sabar..nak...Suamimu mungkin tidak akan datang...",jawab mertuanya begitu sayu dan penuh kesedihan yang begitu mendalam." Mak mendapat panggilan dari anggota Polis yang menyatakan suamimu telah tiada nak....ketika menuju kemari dia di timpa kemalangan jenazahnya sudah ada di bilik kecemasan mereka tak dapat selamatkan dia nak...!", kata mertuanya tak tertahan menahan airmatanya lagi. Bagai disambar petir isterinya pengsan seketika dan Rahman hanya kaku berdiri dan air matanya menitis ternyata namun berwarna merah.....”Ya Tuhan..aku telah tiada.!....dan kini yang dihadapanku hanya rohku semata..............”......sebelah kirinya ada cermin di dinding ternyata apa yang di lihatnya adalah benar kerana hanya bayangan bukannya jasad................

Lima tahun berlalu, Syarikat tempat Rahman bekerja dulu akhirnya mendapat perintah untuk ditutup. Besok adalah hari terakhir penerbitan. Semua barang-barang di pejabat sudah diangkut dan dijual murah. Saat itulah laci meja Rahman yang terkunci selama 5 tahun itu akhirnya dibuka oleh sahabatnya yang juga rakan baiknya itu. Beberapa helayan tulisan tangannya dibacanya...ya itu tulisan Arwah Rahman 5 tahun yang lalu saat terakhir dia duduk dimeja itu.”Terdetik di hati Wan” Tidak seorangpun berani duduk disitu sejak peristiwa itu. Telefon dari mertuanya yang mengatakan bahwa isterinya telah melahirkan, yang membuat kali terakhir Rahman berada di meja itu saat lima tahun yang lalu. Akhirnya Rahman meninggal dunia saat diperjalanan menuju ke Hospital untuk melihat isterinya bersalin,  mengalami kecederaan yang teruk sehingga mengakibatkan nyawaku melayang ketika itu. Nasipnya berakhir dengan teragis apabila dia saat-saat akhir Rahman mampu bersuara agar di bawanya dengan segera ke Hospital agar dia dapat bertemu dengan isteri tercinta dan ingin melihat anaknya yang di tunggu selama ini tanpa memperdulikan pada dirinya yang terlalu parah ketika itu.

Ternyata Rahman telah menulis ceritanya sendiri sebelum hari ini terjadi ……sungguh sukar untuk percaya bahkan dia sempat menulis puisi untuk isteri dan anaknya yang belum lahir waktu itu………………………………………….puisi untuk isterinya

Wati istriku yg tercinta……
Mungkin waktu tak pernah akur dengan hidupku
Mungkin kebahagianku tak sebahagia mereka yg ada di surga….
Namun daku sangat berbahagia hidup denganmu…..
Engkau telah menjadi cinta sejatiku….
Tiada keluh dan kesah yang keluar dari bibirmu
Selain kata – kata indah yang menyejukkan hatiku
Wati isteriku yang tersayang
Bila waktu menjemput diriku…….
Sudikah engkau memberi ruang dihatimu
Untuk daku kekal tinggal dilubuk hatimu…..
Wati isteriku yang  ku kasihi
Berilah nama anak kita seperti pesanku
Ridzuan….nama yang kuberikan padanya
Anak buah hati cinta kita
Yang lama kita nantikan
Hingga diujung waktu
Menjelang maut menjemputku……..
Wati isteriku yang tersayang
Jagalah anak kita dengan seluruh cintamu
Berikanlah cupanku disaat pagi membangunkannya
Berikanlah senyumku disaat ia menangis sendu
Berikanlah pelukanku disaat ia merindukanku
Sayangilah dia sebagai sayang gantiku…….
Sebagai tanda cintaku………
Sampai suatu saat…………..
Kita akan kembali bersatu …..
Di surga abadi
yang takkan memisahkan kita lagi……….

Kemudian puisi itu dibalas oleh Wati , isteri Rahman………


Rahman suamiku…. Waktu memang tak akur denganmu , Tapi waktu selalu meninggalkan kenangan dirimu bagi diriku. Rahman suamiku, anakmu kini telah besar, dia selalu menanyakan tentang dirimu, bahkan dia pernah bercerita tentang pertemuanmu dengannya malam itu. Sama seperti kejadian malam itu pada lima tahun yang lalu....saat dirimu bertemu dengan anak yang sangat engkau nantikan itu. Kalian memang dipisahkan oleh waktu, namun waktu telah memberikan kesempatan bagi kalian untuk bertemu.....walau hanya satu malam disaat hujan yang lebat, disaat malam yang dingin....disaat orang orang memeluk orang-orang yang dicintainya dan disaat itu juga kalian berpisah oleh batasan waktu. Rahman suamiku yang tercinta....mungkin engkau tidak boleh membaca titipanku ini namun aku percaya engkau mendengarkan terus dari hatiku...........istirahatlah dengan tenang wahai suamiku...... aku akan menjaga buah cinta kita....aku akan memberikan kecupan darimu setiap pagi dikala ia bangun....aku akan memberikan senyum dan hiburan disaat ia menangis sendu ....dan aku akan memeluknya dikala ia rindu padamu.....Suamiku pujaan hatiku..... tunggu aku.... kelak aku akan bersamamu ..... setelah tiba waktuku dan setelah anak kita sudah menjadi orang yang mampu berdiri dengan kakinya sendiri....Rahman nama yg abadi dalam hatiku.....aku sangat mencintai dan merindukan dirimu............rindukah dirimu padaku......?

Atok....! “jerit cucu kesayangan ku”..aku tersedar dari lamuman saat ku membaca setiap titipan ibu yang terlalu segar dalam ingatan ku ibu menyambung kerjaya menulis sebagai penulis novel sambilan dan kini ibu telah tiada setelah beberapa tahun pemergiaan ayah, aku lah penyambung warisan mereka namun kurasakan mereka masih ada disisiku kerana ibu telah mengajarku sebuah pengorbanan serta ketulusan hati seorang ibu dan pengorbanan seorang ayah dari kasih yang hanya dalam mimpiku dan menjadi sayangnya daku bagai nyata pelukanku dengannya, kini dengan itu aku namakannya novel “Warkah Terakhir Di Hari Bapa”