Pages

Jun 23, 2011

Isteri Hamil ~ Suami juga punya peranan...


Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil


TRIMESTER PERTAMA

Masa penuh emosi

Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.


Perkara yang dialami pasangan
- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan
- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!


- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa...
 



TRIMESTER KEDUA


Masa-masa bahagia
Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

Perkara yang dialami pasangan
- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )


Perkara yang boleh suami lakukan
- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya.
- Seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
- Ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA


Takut dan cemas
Perkara yang dialami oleh isteri
- Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
- Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
- Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)


Perkara yang boleh suami lakukan
- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
- Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)

Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.




Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :



*Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
*Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

*Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
*Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
*Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
*Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
*Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
*Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

*Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
*Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
*Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
*Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Adab suami ketika isteri sedang mengandung.....
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung

*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

*Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."
*Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Dorongan Suami semasa isteri bersalin....

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.


Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.


Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak....

*Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

*Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.


*Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:...

*Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
*Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
*Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
*Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.

*Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:
*Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Baqarah : 128
*Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38

*Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
*Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
*Doa ketika memberi nama anak

Panduan menamakan anak....

Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.


Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.


Memberi gelaran kepada anak....
Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.

Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama

Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.


Siapa yang berhak, ayah atau ibu?
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.

Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.




 Hikmah aqiqah......

*Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
*Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
*Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.

*Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.

*Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
*Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
*Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
*Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.

*Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
*Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
*Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.

*Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalah sama terpuji pada pemotong korban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
*Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
*Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
*Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

Erti anak bagi orang tua....

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun di sebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
*Anak sebagai rahmat Allah SWT
*Anak sebagai amanat Allah SWT
*Anak sebagai harta yang tergadai
*Anak sebagai penguji keimanan
*Anak sebagai alat untuk beramal
*Anak sebagai saham di akhirat
*Anak sebagai sumber kebahagiaan
*Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
*Anak sebagai penyambung cita-cita
*Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan


Wallahu'alam

Dipetik dr Muslim Diary



(suami dan anak2 .. memberi kelengkapa pd kehidupan seorang wanita yg bergelar isteri dn ibu ..)





(hihihihi... trselit pic baby yg ku suke sngt2 menengok nya ...ololololo ..comeyyy nya ^^ )

Novel Andai Itu Takdir Nya ... (T___T)



Kenali Penulis



Siti Rosmizah Binti Semail anak kelahiran Kuala Lumpur dan berkerjaya sebagai seorang peguam mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2008 menerusi Novel sulungnya Andai Itu Takdirnya yang di terbitkan oleh Buku Prima pada April, 2008. Sentuhan pertama beliau ini telah mendapat sambutan yang begitu hebat sekali dan sekaligus menobatkan dirinya sebagai pemenang Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009, kategori Fiksyen Bahasa Melayu. Novel yang terhasil melalui ilham di dalam mimpi ini telah membuka ruang hatinya untuk terus bertamu di dalam bidang penulisan ini.


Bulan Mac, 2009 Novel ke-2 beliau Cinta kau dan Aku, terbitan Buku Prima berada di pasaran. Dan sekali lagi hasil sentuhan Siti Rosmizah dapat di terima oleh pembaca-pembaca di luar sana. Buktinya, dalam tempoh setahun novel tersebut telah di ulang cetak sebanyak 6 kali. Bertitik tolak dari kejayaan kedua-dua novel beliau yang terdahulu, telah membakar semangat Siti Rosmizah untuk terus menghasilkan karya yang terbaik buat tatapan peminat-peminat beliau yang tidak pernah jemu dan berhenti memberikan dorongan dan sokongan.


Kini Novel Ke-3 beliau Lafazkan Kalimah Cintamu terbitan syarikatnya sendiri SR Publication, kembali menemui peminat dan telah pun berada di pasaran. Janji Siti Rosmizah pada peminat-peminatnya, “Saya menulis kerana anda tanpa anda tidak mungkin akan ada karya Siti Rosmizah, andalah sumber inspirasi saya, saya akan sentiasa berusaha membuat karya yang terbaik untuk anda semua”. Karya ke-3 beliau ini dihasilkan atas permintaan peminat-peminatnya, harapannya semoga pembaca-pembaca di luar sana akan berpuas hati dengan hasil sentuhannya ini.


Jom jangan lepas kan peluang untuk menemui beliau di Pesta Buku Selangor Di Konvensyen Shah Alam (SCC) n dptkan tanda tangan beliau ... yg pasti ... ku mencintai Novel Hasil Karyanya yg bertajuk "Andai Itu TakdirNya "....
Novel ini lah membuat airmata ku tak berhenti menitis ...subhanallah,cukup2 munusuk kejiwa ku .. sayu mengenang kan nasib Nur Aleya Idris... novel ini memang menarik, best, mampu membuat pembacanya banyak menangis dan menyedarkan kita tentang takdirNya.


Kisah diterajui oleh Nur Aleya Idris dan Syed Adam Aizril Tan Sri Syed Abbas. Pergolakan cerita keseluruhannya tentang pasangan ini yang terpaksa mengharungi banyak dugaan rumahtangga . Bukan hanya disebabkan oleh sepupu Aizril, Syarifah Emellin tetapi disebabkan oleh keegoan yang tinggi dalam hati Aleya dan Aizril. Kekejaman yang dilakukan oleh Aizril melampau-lampau ,semuanya hanya disebabkan ego seorang lelaki. Mulut kata benci tetapi hati membuak2 rasa sayang dan cinta. Namun ego mengatasi segalanya. Begitu juga dengan keegoan Aleya, ketika Aizril menagih kasihnya, dia pula yang jual mahal. Hubungan mereka ditautkan dengan kasih sayang anak. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula pasangan suami isteri. Begitulah jalan ceritanya. Bohonglah, jika katakan jika hati ini tak pernah tersentuh dengan novel ini atau tak pernah menitis airmata sekalipun.Ayu menangis  bila membaca di bab yang apabila melibatkan watak kanak2....saat kelahiran Dania dan Danish, ketiadaan papa untuk mengiqamat dan mengazan ,sungguh menyentuh hati ini.... Alhamdulillah, sudah memang naluri nurani wanita ku .. penuh kelembutan dan hati sehalus kapas ,mudah tersentuh dengan tangisan (T__T)

Sipnosis ....
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi.Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelu masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."
Cinta...cinta telah menjadikan ALeya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang tang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

opssssssss.................Bagaimanapun, keseluruhan cerita memang menarik....gaya tersendiri dalam penulisannya.Yg pasti kak Siti Rosmizah ...novel ini cukup2 menyenyuh hati NURANI KU .. I Love Andai Itu TakdirNya...


Indah Dipandang...


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]



Rama-Rama Halus Sayapnya


Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.


Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya...
 
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.



Indah Ibarat Wanita.


Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.


Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.


Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.


Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)




 

Jun 22, 2011

Pelangi Disebalik Hujan .....


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.



Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.


Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.


Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.




Pernahkah sekali kita memahami alam?


Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?


Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?


Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam..Betapa indahnya aturan Tuhan.



Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?


Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?


Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?


Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.


sumber iluvislam

Marilah kita mencari pahala dengan lidah kurniaan Allah SWT

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert ‘lidah tidak bertulang’ atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.



Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.


Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.


Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.


Berhati-hati
Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.


Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia – sia dan tidak baik.


Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud.
“Manusia itu ada tiga macam (jenis).
Pertama: Yang mendapat pahala.
Kedua: Yang selamat daripada dosa.
Ketiga: Yang binasa.

Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat.”

Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


“Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah.”


Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.


Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Taqwa kepada allah dan akhlaq yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”


Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.


Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.


Bertentangan
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya.”


Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.

Luqmanul Hakim pernah ditanya: “Apakah falsafah hidupmu?” Beliau menjawab: “Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku.”


Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.


Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga dapat dimanfaatkan bersama dan juga yg lainnya.
Wallahu a’lam

Jun 21, 2011

SAHABAT SELAMANYA ( TQ SO MUCH FOR ABG UCU AIEN' )

Hargailah teman yang mampu memberi anda kebaikan.

Sayangilah ia selagi mana ia mengasihi anda
Kasihilah ia selagi mana ia mengasihi anda
Dengarlah nasihatnya, selagi mana tidak melanggar batasan agama
Dampingilah ia, mungkin ia dalam kesusahan.
Bertemu dan berpisah biarlah kerana ALLAH....

TQ so much Pd abg ucu Aien'  dlm ayu mndpt kelukaan abikat mangkuk kaca trjatuh dikaki ayu ..dan mndapat kelukaan  trkena kaca .... hadiah ini mnjadi pngubat
abg tahu2 je ayu suka teddy eh .... pengganti  teddy ayu yg dulu .....
AISHITERU ...............ABG QU UCU AIEN'



CINTA DALAM DIAM


Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…


Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat:49)


“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, danorang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelakidan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akanmemampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmuisteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasatenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tandabagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk matamaka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah…
” Wahai kaum pemuda,siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untukmenikah,maka menikahlah,sesungguhnya menikah itu memelihara mata,danmemelihara kemaluan,maka bila diantara kamu belum sanggup untukmenikah,berpuasalah,karena ssungguhnya puasa tersebut sebagaipenahannya ” (Hadist)


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatuperbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)


Cukup cintai ia dalam diam… bukan karena membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..


Cukup cintai ia dari kejauhan… karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaankarena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangankarena hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…


Cukup cintai ia dengan kesederhanaan… memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaanmengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…


Maka cintailah ia dengan keikhlasan karena tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?
“ …boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat burukbagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, danlaki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), danwanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-lakiyang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yangdituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)


Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
karena tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan


karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya… “Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)


***ya Allah hanya Engkau yg mengetahui rahsia hati ini....***


Renung Sejenak


tiada apa yang menarik tentangnya

dia bukan siapa-siapa
dia tiada apa-apa
dia jauuhhh sangat dariku
dia hanya mainan mimpiku
dia tidak perlukan aku
dia punya segalanya namun dia bukan pemilik asal
dia hanya memori indah untuk seketika
justeru...wahai diri
lupakan dia
bebaskan dia
dia tidak menjamin kebahagiaanku
dia hanya picisan dalam mimpi usangku
segalanya takdir


DIA BUKAN SIAPA-SIAPA DALAM HIDUPKU!!
sekadar mimpi ngeri di siang hari...

Jun 20, 2011

Terima Kasih Teman





Kesuraman malam ku bagai tiada berbintang
Kerana kesepian tiada berteman
Kemanakah hilangya kejujuranmu insan


Punah sudah segala kepercayaan
Terhadap insan yang ku gelarkan teman
Aku tak mahu lagi diriku dipermainkan
Oleh janji yang tak ditepatkan


Tapi kini kecurigaanku berakhir
Kau hadir di saat aku memerlukan ketenangan
Walau di mana saja kau berada
Kau pasti tetap bersama sepanjang masa
Kau beriku kekuatan dan keyakinan
Untuk tabah menghadapi masa hadapan


Biarpun kita berlainan pandangan
Ku kira itu tidak menjadi halangan
Asalkan kita jujur sesama insan
All lyrics www.allthelyrics.com
Kebahagiaan pasti berpanjangan
Terima kasih duhai teman...



Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
sejam untuk menghargainya,
sehari untuk menyayanginya,
tapi sepanjang hidup untuk melupakannya......
sahabat yang paling baik paling susah di cari..sahabat yang sanggup bersama kita di waktu suka dan duka..susah untuk kita mencarinya..umpama satu dalam sejuta......terima kasih SEMUA sahabatku ..kerana sentiasa ada bersamaku tika aku suka mahupun berduka...

Untuk Renungan


Bilamana cenderung hati kepada perkara-perkara lagha, nescaya khusyuk akan makin jauh.. andaikata hiburan menjadi teman seharian, sudah tentu al-Quran semakin dilupakan.. bahkan kehidupan yang gemar kepada maksiat menjauhkan manusia dengan ibadah.. sampaikan hati yang penuh dengan takabbur dan sombong pasti menghilangkan tawaddu'.. da...n sikap boros menjauhkan qanaah serta hati yang zalim buat manusia lupa kepada belas ehsan.. Lemahnya manusia.. yang hanya-sanya memiliki satu hati.. yang padanya tidak boleh dikumpulkan dua cinta.. seandainya dunia menjadi matlamatnya, nescaya akhirat semakin dilupa.. alangkah baiknya seandainya matlamat dunia hanya di genggaman, namun akhirat tetap di dalam hati

>> andaikata kita memakan dua jenis makanan yang sangat manis, hanya satu sahaja kemanisan yang dapat dinikmati.. yang selebihnya akan merasa hambar.. kerana itu, setiap kali kita seronok dengan nikmat dunia, jangan dilupa destinasi akhirat yang mungkin semakin diabaikan.. Wallahua'lam...