Pages

Mar 25, 2011

Renungan ...❤(。-‿◕。)








ambillah waktu utk berfikir
itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu utk bermain
itu rahsia dari masa muda yg abadi
ambillah waktu untuk membaca
itu adalah sumber kebijaksanaan
ambillah waktu untuk berdoa
itu adalah kekuatan terbesar di dalam Bumi
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai
itu adalah hak istmewa yg diberikan oleh TUHAN
ambillah waktu untuk bersahabat
itu adalah jalan menuju kebahagiaan
ambillah waktu untuk tertawa
itu adalah muzik yg mengetarkan jiwa
ambillah waktu untuk memberi
itu adalah waktu yg sangat singkat untuk kepentingan diri sendiri
ambillah waktu untuk bekerja
itu adalah nilai yg mendatangkan hasil
ambillah waktu untuk beriman
itu adalah kunci memasuki ke syurga Allah yg hakiki
you can’t manage time
you managa your use of it or else time will manage you…

Amani - Amar



Amani - Amar



Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci
Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi
Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya
Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Harapan ibu


~Harapan IBU ~


Dimana kah arah ku jua ...
Kerna disitu permulaan,tanpa ku disemadikan kasih dan sayang ...
Kerana sungguh ,kasih dan sayang mu ...
Dengan sempurna kau melahirkan ku ...
Sehingga sanggup kau melayarkan hasrat ku ...
Dilautan yg menuju impianku .....
oh ibu dikau lah harapan ku ....
Tanpa mu siapa lah diriku......
oh ibu ,dimana tempatku mngadu...
Kasih ku...dikala engkau berjauhan dariku .....
kini bila kau tiada,ku menghilang tempat bermanja ....
segala2nya telah berubah.....
kini aku mnyedari betapa sukar nya utk diganti ....
KASIH YG SERUPA SEPERTI MU .....
OH IBU......

Renungan ...❤(。-‿◕。)



BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.



Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut..


Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.


Firman Allah Taala:


Yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."

kata2--->>
Cintaku hanya kupersembahkan untuk …

Yang menciptakanku…
Memberiku Jiwa…
Memberiku udara…agar aq tetap hidup
Memberiku segalanya…selayaknya manusia…....
Cintaku hanya untuk SANG KHALIQ….
ALLAH AZZA WA JALLA… ^^

Cinta pada dunia, dunia akan pergi,

Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Mar 22, 2011

Renungan ...❤(。-‿◕。)


Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas ..

KATA2---->>
Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah...

“Wahai tuhanku



Jika hamba menyembah Mu kerana takut akan nerakaMu
Maka bakarlah hamba dengannya
Jika hamba menyembahMu kerana mengharapkan SyurgaMu,
Haramkanlah hamba memasukinya
Tapi Jika hamba menyembah Mu semata-mata kerana cinta kepadaMu
Maka jangan kecewakan aku dan janganlah tutupi diri Mu
Dari pandanganku.."


-Doa Munajat Rabia'tul Adawiyah-

saat AKU




~ saat AKU ~
saat mereka sedih,aku cube hiburkan mereka ......
saat mereka kesusahan,aku cuba membantu selagi ku mampu ....
saat mereka gembira,ku juga turut gembira....
saat mereka kecundang,aku cuba bangkitkan mereka....
saat mereka jauh dari Nya,aku cuba memdakatkan nya ....
saat aku cuba berkata2,aku cuba elakkan diri dari mereka terluka ....
saat aku diberi rezeki,aku tidak lenkang untuk berkongsi bersama...
saat mereka berpecah,aku cuba untuk satukan mereka....
aku tetap ingin bersama mereka .....


BILA AKU DITEMPAT MEREKA ....


saat aku bersedih,tiada siapa yang hiburkan aku ...
saat aku kesusahan,tiada siapa yang sanggup hulurkan bantuan...
saat aku berduka,mereka masih lagi bergembira....
saat aku kecundang,tiada siapa mahu bangkitkan aku ....
saat aku jauh dariNya,tiada siapa mahu menarik ku untuk mndekatiNya...
saat mereka berkata2,aku sering terluka...
saat mereka dilimpah kan rezeki,aku bukanlah org untuk dikongsikan bersama....
saat aku keseorangan,mereka tidak pernah mngajak aku bersama....
mereka tidak lansung ingin bersamaku .....


HANYA 1 YANG AKU PERCAYA,TIDAK PERNAH MELAKUKAN,APA YANG MEREKA LAKUKAN UNTUK KU .....


saat aku bersedih ,Dia lah tempat aku berhibur...dan meluahkan perasaan...
saat aku susah,Dia lah yg tidak lenkang mberikan aku pertolongan...
saat aku berduka,Dialah yang mberikan aku kegembiraan ketika aku bersamanya....
saat aku kecundang,Dialah yg mgingatkan aku kalamnya supaya aku bangkit kembali....
saat aku jauh darinya,Dialah yang mberi petunjuk agar aku kembali dekat dengannya....
kalamnya yang sungguh indah membuatkan aku terpesona...
tidak pernah dihentikan rezekinya kepada makhluk nya....
saat aku keseorangan...Dialah yang mengingatkan ku bahawa Dia sentiasa bersama kita setiap waktu.....
Dia sentiasa bersamaku ...
aku jua bahagia untuk sentiasa BERSAMA NYA

Mar 14, 2011

Ratuku,


Ratuku,

Ratuku,
Ingin kuluahkan,
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Dipetik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.
Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila kumelihat bunga yang tak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya.
Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman kalbu…
Kerana apa yang kulihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga yang gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh….
Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Bukan jua Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji.
Kerana,
Aku tidak layak berharap sedemikian rupa,
Cukuplah sekadar ,
Kau mencontohi bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga,
harumannya melewati pintu-pintu syurga,
jangan kau risau Ratuku,
kadangkala musim berganti,
sehingga bunga,
tak dapat berkembang mekar,
tapi itu hanya ujian buatmu…..
Ratuku,
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang aku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetikmu lagi……
Jangan goda kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu……
Jangan biarkan,
Gagak hitam itu merosakkan serimu,
Kerana,
Kau Ratu idaman kalbu…..
Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala,
Aku tertarik memandangnya…..
Tapi bukan itu yang kuharapkan…..
Aku yakin Ratuku…..
Masih ada sinar harapan,
Yang masih membuatku tersenyum lega,
Kerana,
akan aku temui
RATU IDAMAN QALBU….


Renungan ...❤(。-‿◕。)


Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan......
 
---->>Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan..........

40 HADITS PERISTIWA AKHIR ZAMAN...Hadis 05: Umat Islam Ikut Jejak Langkah Yahudi Dan Nashrani


Hadis 05: Umat Islam Ikut Jejak Langkah Yahudi Dan Nashrani



Umat Islam Ikut Jejak Langkah Yahudi Dan Nashrani


Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lobang biawakpun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)


Keterangan--->>
Umat Islam akan mengikuti jejak langkah atau "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hingga dalam urusan yang kecil dan yang remeh sekalipun. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lobang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Pada zaman sekarang, kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini. Banyak orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "cara hidup" Yahudi dan Nashrani, baik disadari ataupun tidak. Banyak orang Islam yang telah terperangkap dalam tipu muslihat Yahudi dan Nashrani dan ada pula yang sekaligus menjadi alat untuk kepentingan mereka. Ya Allah ! Selamatkan kami dari mereka.

copy--->>Satu Hari, Satu Ayat Qur'an