Pages

Mar 2, 2011

Renungan


Biarlah KENANGAN itu berlalu pergi...perlu dikenang dan diingat namun jgn biarkan kenangan itu membelenggu diri sehingga kita tdk mampu utk terus terima hakikat dan KENYATAAN hidup....

KENYATAAN... adalah suatu hakikat yg perlu kita tempuhi walau dengan apa cara sekalipun...tak perlu lari dari kenyataan kerana kenyataan itu sebenarnya pemangkin semangat kita utk teruskan hidup dan kehidupan dengan berbekalan segunung HARAPAN...
HARAPAN...adalah suatu impian hidup yang perlu ada dalam diri kita...biarpun ada ketikanya hari2 yg kita lalui tdk pernah menjanjikan apa2 namun kita berhak utk memasang impian dan menggantung HARAPAN kerna segalanya itu merupakan sumber inspirasi dlm diri kita....

Ku bermohon pd Mu


Keredhaan Allah...

Ya Tuhanku..
Dalam perjalanan langkah yang belum terhenti ini, Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda.. Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan.. Layakkah aku dalam rahmat-Mu..dibawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu, Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.. Wahai Tuhanku..ku merayu dimalam hari, Menagih ampunan dan kasih sayangMu.
Wahai Tuhanku,,rayuanku..terimalah daku kembali.. Sebagai hambaMU yang dalam lindunganMU setiap saat masa yang berlalu.. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasihsayangMu Ya Rabbi..
Ya Allah..dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik dimalam yang hening.. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar.. Mengharapkan doaku bertaut dalam restuMu..
Wahai Tuhanku..pencipta kasihsayang.. Yang memiliki setiap hati..Kasih sayang yang luhur buat hambaMu. Ya Rahman..Ya Rahim, kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cintaMU Ya Rahman.. Rayuanku,,janganlah kasih yang setitis didalam hati ini.. Melalaikan daku dari mengingatiMU.. pautkanlah daku pada cinta dan rahmatMu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi..Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah…

 Keredhaan Allah lebih indah daripada permata,lebih terang daripada sinaran matahari dan lebih jernih daripada serpihan kaca.

Ikhlas..❤(。-‿◕。)


Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja..
❤(。-‿◕。)

Renungan ...❤(。-‿◕。)




CINTA..Amat mahal takrifnya, itu lah yang di fitrah oleh ALLAH SWT kepada hambanya,
CINTA tertulis pada perkataan tapi gagal dilihat pada zahirnya, kerana
CINTA adalah tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan & kejujuran di dalamnya ingat pada yang satu,
jujur pada yang setia,
setia pada yang kasih,
kasih pada yang merindu,
rindulah pada orang yang menyayangimu..
CINTA tak kan dapat jika tiada siapa yang memberi. Tapi mencari biarlah pada yang sudi bukan pada yang simpati
& memberi biarlah pada yang baik hati bukan pada yang tidak berhati budi..
Renungkan lah.......❤(。-‿◕。)

~~~~~~~~~~

indahnya perkenalan ...

jika bersulam keikhlasan ...
moleknya persahabatan ...
andai setia yang dapat dipertaruhkan ...
dan ......untungnya berkawan ...
jika berkekalan untuk selamanya❤(。-‿◕。)

Feb 26, 2011

Renungan



(Foto dri Ahmad Nizam Awang )
Tiada apa yang dapat kita perkatakan dalam mendekatkan diri kita kepada ALLAH melainkan hanya dengan sentiasa mengingatiNYA dalam keadaaan susah senang,suka duka,sakit sihat dan sebagainya...
dengan mengingatiNYA dalam apa jua situasi ALLAH akan sentiasa mengingati kita...
tak akan ALLAH mempunyai sifat pelupa melainkan manusia yang lemah lagi hina...
cuba kenali siapa diri kita ketika kita dalam keadaan senang...Adakah kita ingat kepadaNYA?
ketika sihat ?ketika gembira?
bagaimana rasanya bila kita sering dilupakan?
sudah tentu kecewa...derita...sedih bukan?
dengan mengingatiNYA kita telah mendekati ALLAH...hendaklah menambahkan dan meningkatkan amalan dengan mengikuti dan meninggalkan laranganNYA...


 bile kita dah mendekatkan diri dengan ALLAH, rahmat tuhan akan selalu mengiringi kita..percayalah..
 

Bertawakal kepada Allah Swt

(Foto dri Ahmad Nizam Awang )

BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT...

HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.
Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.
Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.
Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.
Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.
Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”
“Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.
Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.
Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).
Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.
Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).
Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.
Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Rum ayat 47)
Ini lah hakikat tawakal, menyerah dan pasrah dengan segala apa yang telah Allah takdirkan setelah kita berusaha, berikhtiar dan berdoa. Apabila ia di iringi rasa tawakkal kepada Allah, kita akan jadi hamba yang redha atas apa juga yang terjadi

Renungan

(Foto dri Haamin Baharuddin)

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

kata2---->>Sentiasalah bersangka baik dan semoga kita semua diberikan kekuatan untuk meghadapi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan ini. Laa haula wa laa quwwata illa billah billahil 'aliyyil 'azim.

Feb 25, 2011

DIRI SENDIRI WAJAR JADI CONTOH....



DIRI SENDIRI WAJAR JADI CONTOH....

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.
Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.
Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab.
Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan.
Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain? Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin. Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari.
Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil. Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan. Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil. Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat. Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri....

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

Renungan





Buat apa kita banggakan kecantikan dan keseksian tubuh kita
bila akhirnya hanya jadi tulang…..
buat apa juga kita membanggakan pakaian yang kita pakai…
yang akhirnya hanya memakai kain kapan……
dan buat apa juga kita membangakan kenderaan yang kita pakai……
yang akhirnya kenderaan yang kita pakai hanya keranda…...
kata2----->>Memiliki sesuatu yang sangat bererti membuat kita jujur dalam menjalani segalah hal dalam hidup ini dengan penuh keyakinan..❤(。-‿◕。)

kata2---->>kecantikan luaran akan dimamah usia, kecantikan iman akan membawa bahagia di akhirat kelak, pakaian dunia akan lusuh dan reput tetapi pakaian takwa akan kekal berseri dan cantik.....

Hidup ini perlu saling mengingati sesama muslim..., tidak dijadikan kita lahirnya terus pandai dan bijak dalam semua urusan. ada juga kekurangan sebagai hamba Allah sebagai khalifah..❤(。-‿◕。)

CERMIN DIRI SENDIRI...


CERMIN DIRI SENDIRI...

Ketahui bahawa hati itu hanya mempunyai satu wajah, apabila kamu hadapkan cahaya kepadanya maka ia akan bersinar, dan apabila kamu hadapkan kegelapan kepadanya maka ia akan menggelap, kegelapan dan cahaya itu tidak pernah bersatu, maka fahamilah pula kata-kata Syeikh Ibnu 'Atoillah yang menyebut: "Bagaimanakah hati itu boleh bersinar dengan cahaya iman dan ihsan, sedangkan gambaran alam dan dunia yang gelap terpapar di cermin hati?"
Sesungguhnya dua perkara yang berlawanan tidak mungkin akan bersatu sebagaimana firman Allah SWT pada surah al Ahzaab ayat 4.
Sedarlah wahai insan! Kamu tidak memiliki dua hati tetapi hanya satu. Apabila kamu hadapkan hati kamu itu kepada makhluk dan dunia ini, maka ia akan membelakangkan Allah. Apabila kamu hadapkannya kepada Allah, maka ia akan membelakangkan makhluk dan kamu akan mampu berjalan kepada Allah. Selama kamu tertambat dengan syahwat dan keduniaan kamu di dalam alam ini, maka kamu tidak akan mungkin dapat berjalan kepada Tuhan kamu.

cermin diri muhasabah diri, jangan ujub dengan apa yang kita ada.. sebaliknya kita kena bantu mereka-mereka yang tersilap jalan, bimbing mereka ke jalan kebenaran... Allah tidak memandang pada darjat harta dan pangkat sebaliknya keiman dan ketaqwaan kita kepadaNYA... hanya Allah selayaknya menghukum....❤(。-‿◕。)