Pages

Feb 8, 2011

WAHAI SUAMIKU......JUA ISTERIKU...


WAHAI SUAMIKU......JUA ISTERIKU...

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan,
setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana
CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi
sebenarnya `cabaran-dugaan hidup' yang lebih mencabar sedang menanti...
Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.
Sebaik selesai diijab qabulkan, di sini bermula `cabaran-dugaan-masalah'.
Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua,
tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...
Jangan menafikan ini semua!
Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat...
Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas...
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...
Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat...
Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat
juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.
Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...
Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ` perkahwinan itu
sendiri' "mengambil masa" untuk `proses penyesuaian' antara lelaki dan wanita.'
Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan
kita sudah cukup kenal seseorang...
Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka
sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..."
Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.
Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan...
Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...
Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang bergolek...
Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...
Semuanya terletak kepada ANDA, `suami dan isteri', bagaimana
mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut?
Setiap pasangan meng'impi'kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka.
Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...
Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng'angan'kan
suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan
lahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-
ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)
Sebaik cincin disarung ke jari manisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,
"Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keimanan
kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan
persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api
cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu..."
Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...
Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, " Aku mahu keluarga bahagia."
Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian,
rumahtangga bahagia `tidak wujud' hanya dengan kata-kata...
Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan...
Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...
Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu (teori).
Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!
"Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal"
Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku
ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat,
keharmonian itu bermula dari rumah...
"Rumahku, Syurgaku."
Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang
bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..
Ingatlah perpatah ini " LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS..."
Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa...
Jangan kau jadi sekeras batu? kerana batu tidak mudah untuk dibentuk...
Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...
Kebanyakan lelaki dambakan wanita `cerdik'...
Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik
untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...
Cerdik mendidik anak-anak,
Cerdik dalam `argument' dan lojik?.
Jangan hanya jadi `pak turut'?
Wanita pula dambakan lelaki yang ` alert'...
Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...
Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...
Jangan biarkan masalah menjadi `api dalam sekam...'
Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat,
kerana `sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...
Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya...
Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan engkau menyusahkan
isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...
`Beriman dan bertanggungjawab' memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga...
Dan, jangan sesekali menuntut "suami" sahaja, atau "isteri" sahaja memainkan peranan...
Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri."
Itu la taarif "perkongsian hidup"...Peranan kedua-dua.
"Kongsi kasih sayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama `suami dan isteri...'
`Teori' jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...
TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing...
(`menunjukkan' di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan
TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)
Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang.
Isteri WAJIB beri peringatan...
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka..
Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali
gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami...
Biar dia marah kita, katakan, `Allah lebih marah perbuatanmu...'
Dan, katakan `kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...'
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan
ber'terima kasih' kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah...
Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...
Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu
dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?"
Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan
mereka perlu "berganding bahu" dengan utuh untuk membentuk `keluarga bahagia...'
Jangan sesekali `suami' menunding kepada `isteri' atau `isteri'
menunding kepada `suami' bila berlaku atau terjadi kesilapan dan
kelalaian, kerana jika salah seorang mereka `sedar' terjadi kelalaian
tersebut, kenapa tidak `diberi peringatan' kepada pasangan kita?
Manusia sentiasa alpa...
Di sini ilmu amat penting...
Didik dengan lemah-lembut, tetapi `tegas' atau 'keraskan' suaramu
jika terdapat KEDEGILAN di situ...
Jangan biarkan `dia' mempermainkan perintah Allah SWT!
Alam perkahwinan itu `amat manis'...semanis berbulan madu, tetapi
menjadi `amat pahit'...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan
peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...
Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah
yang `perfect'...tetapi memadai, "tanggungjawab" kita tunaikan sebaik
mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...
Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...
Dan pesanan terakhir, "Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum
berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak
merehatkan rohani dan jasmani? Dan lagi, bimbang kekalau di takdirkan
Allah...pasangan anda meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi
tekanan jiwa yang teruk pulak..."


Adam dan Hawa..

wanita dan lelaki...
hidup saling lengkap melengkapi...
ada nya kelemahan wanita disitulah ada pelengkap yang ada di lelaki dengan kekuatannya
ada nya kekurangan lelaki disitulah ada pelengkap yang ada di wanita dengan keisteme..waannya
kerana setiap ciptaan ALLAH baik2 belaka..
ada hikmahnya...
kerana ALLAH itu bersifat Adil..(❤‿◕✿)


perkahwinan merupakan penyatuan perbezaan...so dari situ sama2 lah memahami dan melengkapi..kan setiap manusia itu ada kelemahan dan kekurangan...yang penting binalah rumahtangga itu untuk mencari keredhaan Allah bukan hanya dengan perasaan cinta semata2...kerana perasaan itu suatu ketika akan pudar...(❤‿◕✿)

BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN



(Foto dri Ahmad Nizam Awang ...)

BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH


KEKECEWAAN


Kecewa bercinta bukan berarti dunia sudah berakhir.
Janganlah kau tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, karena pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.
Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkan kau berfikir kebesaranNya itu ?
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata.
Cinta ibarat menggenggam setangkai bunga mawar…semakin keras kita menggenggamnya akan semakin terasa duri yang menusuk…tetapi semakin lemah kita menggenggamnya akan semakin mudah angin menerbangkannya…
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, karena bunga mati kala musim berganti.
Cintailah mereka seperti air sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang itu berhenti mencintai kita melainkan karena kita menyadari bahwa orang iu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Masalah adalah bagian dari kehidupan,...
Begitu juga dengan masalah Cinta,...
Kecuali Cinta kepada Allah,...
Cinta yg akan membawa kebahagiaan dan kedamaian,...

Feb 6, 2011

SENYUMLAH!!!!!!!


SENYUMLAH!!!!!!!
BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN
SENYUM pada pagi hari akan membuatkan anda TERSENYUM pada keseluruhan hari
SENYUM utk hidup akan membuatkan kehidupan sentiasa TERSENYUM
SENYUM pada ujian akan membuatkan ujian menjadi mudah
SENYUM pada musuh akan melahirkan kawan dikemudian hari
SENYUM pada kesedihan, kegembiraan akan menyusul
SENYUM pada dunia membuatkan akhirat TERSENYUM pada kita
SENYUMLAH pada semua kerana SENYUM tak perlu sebarang kos operasi mahupun penyelenggaraan !!!
SENYUM pada diri anda membuatkan anda TERSENYUM pada semua
SENYUMAN yang anda berikan menyebabkan anda mendapat SENYUMAN
SENYUMLAH untuk mendapat KESENYUMAN dalam kehidupan.



WARNA PERSAHABATAN....

Persahabatan itu merupakan kenangan manis buat kita yang mengenal erti sahabat sejati..
Sahabat yang merupakan cermin kepada diri kita..
Sahabat yang ada di waktu senang dan susah..
Sahabat yang selalu menegur kita sekiranya kita lalai..
Sahabat yang sering mengingatkan kita erti persahabat..
dan sahabat juga yang menyayangi kita serta menolong kita di akhirat kelak..
manisnya bersahabat jika mereka ada dengan kita..
dan pahitnya sahabat jika mereka tinggalkan kita..
itulah sahabat bagaikan pelangi yang mewarni kehidupan kita..
split ocean photo manipulation
(Foto dri Ahmad Nizam Awang ........)

RENUNGKAN SEJENAK....

" Rezeki termahal dalam hidup ini adalah hati yang yakin, dan lahiriahnya patuh kepada Allah dengan istiqamah. Kejayaan orang adalah yakin kepada Allah, tidak ada keraguan dalam hatinya. Tidak bersedih hati. Kunci yakin... adalah hati yang bersih. Makin bersih dari kemusyrikan, kemunafikan, dan cinta duniawi, hati akan langsung merasakan keyakinan, hati peka, doa mustajab, akhlak mulia, dan auranya tenang. Maka jangan ukur kejayaan seseorang dengan duniawinya, melainkan lihatlah sejauh mana keyakinannya yang merupakan kurnia Allah tidak ada tolok bandingannya
Hati yang yakin pada Allah dan Lahir yang patuh terhadap Allah adalah kunci dari bahagia kehidupan kita.Bagaimana untuk mencapai hati yakin dan lahiriah yang patuh tersebut? Dengan memperbaiki kualitas kita sebagai seorang muslim yang juga mukmin seperti yang terpapar dalam rukun islam dan rukun iman.(。◕‿-。)❤

GIRLS ARE LIKE APPLES ON TREES...

The best ones are at the top of the tree.
The boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt.
Instead, they just get the rotten apples from the ground that aren't as good, but easy.
So the apples at the top think something is wrong with them, when in reality, they're amazing.
They just have to wait for the right boy to come along…the one who's brave enough to climb all the way to the top of the tree…

Feb 4, 2011

Sakit kpala ---> Mood down sngt2 -----> so ampuni Ayu

-----> Tetap tersenyum ❤(。-‿◕。)--->kesimpulnnya Jika sakit kerana dugaan dari Allah adalah takbir diri lebih dekat dengan Allah, relakan, redhakan, ikhlaskan.. Sesungguhnya kesakitan itu,dugaan itu senjata untuk melunakkan hati dekat pada Allah SWT...❤(。-‿◕。)
 
ttap syukur padaMu

kerana memberiku peringatan
tanda kasih sayangMu
agar ku tidak terus leka
dibuai perasaan dusta
...dan dunia ini hanya sementara
ntah esok atau lusa
atau sesaat lagi cuma
ku menghadap yang Esa

Hapuskan air mata itu,

Kerana dunia ini terlalu singkat untuk kau penuhi dengan kesedihan,
Pandanglah sekelilingmu,
Bukankah dalam satu kedukaan Dia hadiahkan seribu kebahagiaan,
Pandanglah pada seribu kebahagiaan itu,
Sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkanmu



"Jika kita merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras kita sudah berusaha. Ketika kita sudah menangis sekian lama dan hati kita masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmata kita.Jika kita fikir bahwa hidup kita sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-sama kita . Ketika kita merasa sendirian dan teman-teman kita terlalu sibuk untuk menelefon kita... Allah sentiasa berada di samping kita. Ketika kita fikir bahwa kita sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya. Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kita merasa tertekan... Allah bersama kita untuk menenangkan kita. Jika tiba-tiba kita dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepada kita .Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kita merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkati kita. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kita dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepada kita. Ketika kita memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka mata kita dan memanggil kita dengan namamu Sahabat-Sahabatku…."

Ya Allah bantu lah hamba-Mu ini. Bantu lah aku temui jawapan di sebalik hati ini. Derita nya aku terasa kini. Menangisi masalah hati yang sakit ini. Aku tahu ini adalah ujian daripada-Mu. Namun aku mohon pada-Mu agar Kau tunjukkan aku jalan yang harus ku tujui. Agar tak ku terjatuh dalam dunia yang serba 'baru' ini "...



ANDAI DIA BUKAN TERCIPTA UNTUKKU...

Jodoh dan pertemuan itu adalah urusan Allah SWT yang maha mengetahui. Jangan sesekali menyesali dan mempersoal mengapa begini takdir yang allah tentukan. Terima kesedihan itu kerana itu adalah bukti kasih dan sayangNYA padamu. Namun segeralah rawat hatimu supaya dirimu yakin bahawa disebalik kepedihan itu ada seribu lagi hikmah dan keindahan dihadapan. Percayalah juga, andai Arrijal itu adalah jodohmu, maka sejauh manapun ia berlari, selama mana pun ia menyepi dia pasti akan kembali. Andai Arrijal itu dianugerahkan allah sebagai jodoh jua teman hidupmu namun akhirnya diambilNYA kembali kesisiNYA maka jangan sesekali mempersoalkan kenapa. Allah lebih menyayangi dirinya dan dirimu juga. Anggap itu ujian terindah yang diatur allah buatmu....subhanallah..

Betapa hati ini tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada untuk diri ini. Masih lagi mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Masih lagi dirundung kesedihan dan kesepian. Memang benar dia tidak tercipta untuk ku dan aku masih mencari orang yang tercipta untuk diriku. Sampai bila-bila aku akan menunggu..

Jodoh adalah rahsiaNya...Dia telah mengaturkan segalanya buat kita...dunia ini hanya mimpi, akhirat shj yg nyata..tp kita selalu terlupa