Pages

Jan 17, 2011

Hapuskan air mata itu,
Kerana dunia ini terlalu singkat untuk kau penuhi dengan kesedihan,
Pandanglah sekelilingmu,
Bukankah dalam satu kedukaan Dia hadiahkan seribu kebahagiaan,
Pandanglah pada seribu kebahagiaan itu,
Sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkanmu.
TANGISAN SEORANG KEKASIH ALLAH...

Untuk renungan semua wanita.. dan lelaki juga...

Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan. Lalu Rasulullah bersabda:

"Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

1) Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2) Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana diam suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya." Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah meliha kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

3) Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4) Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5) Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.

6) Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan mermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7) Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala kengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

8) Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9) Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

10) Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.

Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat
oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan
Mikraj
.
* Muhasabah diri untuk diri sendiri dan juga para sahabat....Yang baik jadikan pedoman...yang buruk itu jadikan teladan...
... UNTUK RENUNGAN DIRI ...

... Kekayaan;
tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Allah, kerana kekayaan dan kesenangan selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.

... Jawatan;
janganlah kita ghairah sangat hendak merebut jawatan kerana ia adalah amanah dan tanggungjawab yang besar. Kalau kita diberi juga jawatan itu tanpa kita minta, sedangkan kita mampu, tidak salah pula kita terima tetapi kenalah kita takutkan Allah.

... Nafsu;
fitrah yang murni ia tidak membohongi kita, ia selalu sahaja boleh menerima kebenaran tetapi yang menghalangnya adalah nafsu dan syaitan.

... Tamak;
hendaklah kita bersungguh membuang sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita cinta dunia. Apabila cinta dunia, kita tidak merasa cukup dengan apa yang ada, sifat tamak dan sifat bakhil datang, akhirnya menjadi rebutan. disinilah rahsia hilangnya ukhuwah san sebabnya timbul perpecahan.

... Nikmat Tuhan;
orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia dah ada. Benda yang tiada itulah yang menjadikan fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.

... Bertolak ansur;
orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu tidak dijadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain
.

Just a friend.....

renungan bersama....

::JaDiKaN aMaLaN sEhArIaN ::

Jan 16, 2011

Sahabat…..ada 5 pesanan dari aku untuk kalian…

1.)………Kudrat ini
Masih kuat mara
Untuk seketika
Melatari cerita hidupmu
Dan andai besok ia tak lagi mampu
Lemah dan kaku
Hulurkanlah aku sokongan
Agar semangat aku kekal….

2.)…..Aku sedaya termampu
Untuk berkongsi segala harta yang aku miliki
Biarlah ianya bukan harta benda
Sekadar nukilan hikmah Cuma
Semoga kita tetap di landasan yang Esa
Dan andai esok aku miskin pedoman
Semoga kalian pula sudi membimbing dan berpesan kepadaku
Untuk pulang semula…..

3.)…..Aku sanggup luangkan masa yang ada
Untuk merasai nikmat
Dan eratkan silaturahim bersama kalian
Dan semoga di kala aku kesempitan waktu
Untuk terus berhubung dengan mu….
……hubungilah aku..

4.)….Fizikal dan nurani ini masih ampuh
Benar-benar muda…
Dan memerlukan kalian semua
Yang telah lama mengemudi sebuah kehidupan
Agar aku tak tersimpang….

5.)….Kala ini aku masih ada
Disamping kalian
Namun hari esok-malah sesaat mendatang-
Belum pasti untuk aku mentafsir
…..hidup atau mati?????

Sahabat…..ingatlah 5 perkara sebelum datang lagi 5….
….sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit
Tua sebelum muda dan hidup sebelum mati….

Semoga akhirat yang ALLAH SWT janjikan kita syurga…
Doakan kita dipertemukan sekali lagi di sana….amiiin…
 

( Foto dri Khairul Faizi ......... )

 

Jan 15, 2011

" Kita memang sukakan & mencari kesempurnaan, tapi dalam soal jodoh kita mahukan kesempurnaan itu ada dalam diri pasangan hidup kita hingga kita selalu terlupa nak gilap kesempurnaan dalam diri sendiri terlebih dahulu.

Kita selalu ingin memiliki tetapi jarang berfikir nikmatnya jika kita adalah yang memberi. 'Hanya yang memiliki sesuatu dapat memberikan sesuatu'

Bahagiakan diri kita dengan dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada insan yang tersayang dari memikirkan bahawa mereka gagal memenuhi apa yang kita ingin....."


 
Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang se...mpurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan suami sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”

Nauzubillah...bayi di jadi kan mknan... :'(