Pages

Jun 25, 2011

Semurni Cinta Di Penghujung Nyawa ^^


Dia memang nampak sempurna dari semua segi. Dikurniakan wajah yang jelita, otak yang cerdas dan dilahirkan dalam keluarga yang berada. Sesiapa saja akan mencemburui nasib Azalea. Tutur kata yang lemah lembut dan tingkah laku yang sopan amat disenangi setiap orang. Azalea memang disenangi, ramah dan tidak sombong dengan kelebihan yang diamiliki. 

Gadis itu nampak gembira sekali, bahkan dia bagaikan dicipta untuk hidup gembira saja. Tapi, siapa tahu? Gadis itu gadis yang sedang menunggu saat kematian yang muncul bila-bila masa. Dia di sahkan menghidap penyakit barah hati. Sampai sekarang dia menanti penderma yang sesuai. Tapi, hasilnya masih mengecewakan, sedangkan barah itu semakin menular. Kadang-kadang dia ingin seperti orang lain, biar tidak kaya, biar tidak bijak, biar tidak cantik, asalkan dirinya sihat. Dia menangis keseorangan. Hanya keluarga yang prihatin mendorongnya untuk terus hidup.

Dia takut sekali untuk memejamkan mata, takut lenanya tanpa jaga. Derita yang ditanggung amat menyakitkan. Ada kala dalam gelak air matanya mengalir. Dia takut sekali apabila tiba-tiba lintasan ajal dan dia dijemput menghadap Ilahitanpa sempat menyampaikan pesan kepada insan-insan tersayang.
Saat-saat yang dilalui seakan tiada makna. Dia betul-betul rasa buntu denganarah hidupnya. Di kampus dia menjalani hidup seperti kebiasaan. Dia seorang pelajar yang baik. Dia memang hebat di mata pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan. Tapi, tidak bagi Amri, baginya, gadis itu terlalu sempurna. Dia harus mencari kelemahan gadis itu. Dia tidak senang apabila nama gadis itu sentiasa menjadi yang mendahuluinya dalam setiap perkara. Ada dendam yang harus dilangsaikan.

Azalea sendiri tidak mengerti dengan lelaki itu. apa yang dia buat serba tak kena di mata Amri. Dia tidak kenal sangat dengan lelaki itu, tapi dia senang sekali melihat wajah tenang jejaka itu. Tapi dia tidak tahu kenapa lelaki itu sering mahu berdebat dengannya. Ada-ada saja yang hendak dibantah. Wajah lelaki itu tetap tenang, walaupun kata-kata berbisa yang keluar dari mulut itu. Namun dia tahu lelaki itu baik kerana kawan-kawan tidak pernah berkata buruk tentang lelaki itu.

Amri mendapat idea untuk mendekatkan diri pada Azalea. Melalui risikannya daripada beberapa teman gadis itu, gadis itu mudah bersimpati. Dia harus mengambil peluang itu. Gadis itu harus menebus kesalahan ayahnya. Ayah gadis itu telah membunuh ibu bapaku, ayah gadis itu telah menyebabkan ibu bapanya terlibat dalam kemalangan maut.





" Assammualaikum.... Lama dah kita sekelas. Tapi..tak pernah berbualkan?" Amri memberanikan diri menyapa gadis itu. Dia berharap gadis itu sudi memanjangkan bicara. Dia perasan ada timbul perasaan di wajah itu.
" Tak sudi ke?" Tanya Amri. Azalena terpana.
" Eh! Waalaikummussalam... hmmm..apa awak cakap tadi?" Tanya Azalea separuh sedar. Tidak menyangka lelaki itu akan menyapanya.
"Hmmm...saya cakap. Kita dah lama sekelas. Tapi tak pernah berbual. Boleh kita berbual sekejab? Sebagai kawan." Amri cuba membuatkan gadis itu selesa. Azalea tersenyum, dia membetulkan duduknya. Amri agak terpesona dengan senyuman itu. Betul kata kawan-kawan. Gadis itu memang sangat cantik. Dia cuba menghalau perasaan asing yang cuba menular. Dia mengingatkan diri tentang dendamnya.

" Oh....apa salahnya. Saya ingatkan awak tak suka kat saya." Ucap Azalea berterus terang. Amri sedikit terkejut, tapi dia kembali mengawal perasaannya. Gadis manis bertudung putih di depannya itu sukar sekali dibenci. Dia sudah berusaha untuk membenci, tapi ternyata tidak sedikit pun perasaan benci itu hinggap di hatinya. Yang ada hanyalah perasaan kurang senang dan dendam terhadap bapa Azalea.

" Awak ingat saya tak suka awak ke?" soal Amri. Azalea terdiam sebentar.
" Hmm...memang saya fikir macam tu. Yelah...kita selalu sangat berdebat. Saya minta maaf andai awak terasa." Balas Azalea. Dia meliarkan pandangan disekitar kantin itu. Rohani kawan rapatnya belum jugak muncul.

" Tak adalah.... Bukan saya tak suka. Tapi saya suka dengar awak membalas setiap patah perkara yang kita debatkan. Walaupun berdebat, suara awak tetap lembut. Saya suka dengar awak bercakap." Tanpa sedar Amri meluahkan sedikit rahsia hatinya. Dia tidak dapat menafikan yang dia suka mendengar suara gadis itu, lembut dan bersopan. Wajah Azalea merah.

" Boleh kita jadi kawan?" Tanya Amri melindung gugup. Dia takut sekali niat membalas dendamnya tersasar.
" Boleh..... Panggil saya Alea." Balas Azalea ramah.
" Saya... Amri, awak boleh panggil saya Am. Kalau nak panggil abang Am pun boleh." Amri cuba bergurau. Azalea tergelak. Amri sekali lagi tergamam, manis dan cantik sekali.
" Tak sangka awak ni suka bergurau." Azalea mula menyenangi kehadiran lelaki itu.
" Banyak yang awak tak tau tentang saya tau. Tak kenal maka tak cinta. Mana tau lepas kenal saya awak jatuh cinta. Ops..." Amri menutup mulutnya. Azalea tergelak lagi.

" Tak semudah itu saya jatuh cinta tau." Azalea menegaskan katanya sekadar membalas usikan Amri. Bukan dia tak nak jatuh cinta, tapi dia takut tidak mampu membalas cinta itu kerana hatinya makin lemah.
" Apa? Awak ada kanser? Cakap betul-betul Am, jangan main-main." Azalea terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Amri itu. Sukar dia hendak menerima semua itu menimpa sahabat baiknya. Sejak tiga bulan dulu, Amri menjadi sahabat baiknya. Walaupun masih ligat berdebat, tapi tutur kata tetap dijaga.
" Betul Alea. Dah lama dah saya sakit." Bohong Amri. Azalea sayu melihat wajah Amri, rupa-rupanya bukan aku seorang aje yang menunggu kematian. Dia pun, dia memang seorang yang tabah. Hanya aku yang seakan mengalah dengan penyakit ini.

" Saya tak sangka...awak pun ada penyakit berbahaya." Azalea sebak. Amri menyembunyikan senyuman, dia berjaya memancing simpati Azalea. Dia dapat melihat air mata berlinang di tebing kelopak mata gadis itu.
" Saya pun tak sangka pada mulanya. Tapi, bila doctor bagi tau, saya rasa dunia saya dah musnah. Saya sedih sangat. Awak nak ke berkawan dengan saya? Seorang yang sedang menunggu kematian yang entah tiba-tiba akan datang."Bohong Amri lagi. Azalea mengesat air matanya. Wajah itu ditatap penuh ikhlas.
" Saya akan tetap di sisi awak, walau macam mana pun keadaan awak. Kita sama-sama habiskan sisa hidup yang ada dengan bahagia." Tanpa sedar Azalea melafazkan kata-kata. Amri agak keliru dengan ayat terakhir Azalea. Sisa hidup?Tapi dia malas hendak berfikir panjang. Apa yang dia tahu dia gembira apabila Azalea betul-betul percaya kepadanya.

Azalea menghantar langkah Amri dengan air mata. Dia dapat melihat kepiluan dimata itu. Kita sama-sama menunggu kematian Am. Kita sama-sama akan habiskan sisa hidup bersama. Bisik hati Azalea.
" Kenapa ni nak? Alea sakit ke sayang? " Tanya Datin Naini, ibu kesayangan Azalea. Bawah mata sembab anaknya dipandang dengan hati yang tertanya-tanya. Dia memegang bahu anaknya lembut. Azalea memeluk tubuh kurus ibunya.

" Mak....dia pun macam Alea. Dia pun seorang yang menunggu kematian. Dia pun sakit..." sedu Azalea di bahu itu. Datin Naini tidak mengerti, dia hanya membiarkan anaknya meluahkan dulu apa yang disimpan. Sambil itu tangannya mengusap belakang anaknya dengan penuh sifat keibuan.

" Alea ingat... Alea je yang paling malang. Tapi, rupa-rupanya ada orang lain jugak yang menderita. Tapi dia sungguh tabah. Dia tak pernah nampak patah semangat macam Alea. Alea nak jadi macam dia." Tangis Azalea. Datin Naini menarik tangan anaknya lembut ke sofa. Mereka melabuhkan punggung di situ. Dia mengusap lembut kepala anaknya di pangkuan. Dia ingin tahu siapa gerangan yang diceritakan anaknya. Dia ingin mengucapkan terima kasih pada insan itu.

" Siapa tu nak?" Tanya Datin Naini sebak.
" Am mak... kawan Alea yang Alea cakap dulu. Dia sakit mak, tapi dia tak putus asa. Dia tabah." Beritahu Azalea diiringi esak tangisnya.

" Janganlah menangis sayang... mak nak anak mak tabah macam dia." Ucap Datin Naini. Azalea angguk perlahan, dia masih berbaring manja di pangkuan ibunya. Dia memang manja, biarpun nampak serius, namun keletah manjanya hanya tika dia bersama dengan keluarga kesayangan.
" Awak...awak dah makan ubat?" Amri tersentak dari menungan. Dia menoleh ke arah suara lembut itu. Dia teruja melihat senyuman manis Azalea. Bibirnya kaku untuk bersuara, entah mengapa dadanya berdebar semacam.

" Kenapa awak ni?" Tanya Azalea hairan. Dia mengambil tempat di sisi Amri. Amri diam, dia dapat menghidu wangian yang sering digunakan gadis itu walaupun jarak mereka agak jauh di kerusi panjang itu.
" Am..." panggil Azalea. Amri tersentak lagi.
" Awak... apa awak Tanya tadi?" Amri tersipu mengenangkan kelekaannya tadi. Wajahnya hangat apabila mendengar gelak halus di sisinya. Dia teruja lagi melihat tawa itu, gigi gadis itu tersusun kemas nampak indah bila ketawa.

" Awak berangan ya..." usik Azalea.
" Mana ada..." nafi Amri.
" Eleh...bohong...tadi tu apa? Tak dengar pun soalan saya." Azalea ingin mengusik lagi.
" Tadi tu saya berfikir..." balas Amri sambil tersengih. Azalea tergelak, Amri ikut sama gelak.
" Awak ni ada-ada je.. saya tanya tadi... awak dah makan ubat?" Tanya Azalea prihatin. Amri mengelabah.
" Dah...dah..sebelum ke sini tadi saya dah makan." Bohongnya, walaupun menyedari menipu itu berdosa, tapi dia bertekad untuk meneruskan jugak. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
" Hmmm...baguslah macam tu. Saya tak nak kawan saya sakit." Ucap Azalea. Dia menyatu jari jemarinya. Memang mereka selalu menghabiskan masa disitu, di taman bersebelahan dengan perumahan keluarga Azalea. Adik bongsu Azalea sentiasa menemani mereka, Azirul yang berusia 10 tahun sedang leka bermain buaian.



" Kawan je?" Tanya Amri berani. Giliran Azalea tersentak.
Apa maksud awak?" Tanya Azalea sedikit cuak. Dia takut, takut rahsia hatinya turut diketahui.
" Awak tak pernah ke..sayang kat saya?" Tanya Amri.
" Sayang....saya sayangkan awak sebagai kawan saya." Balas Azalea berpura-pura tenang. Amri tidak putus asa, misinya mesti berjaya.
" Saya nak kahwin dengan awak Alea. Saya tau saya tak layak, tapi saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya." Luah Amri berani. Azalea tergamam. Dia terdiam.
" Alea....bagilah jawapan. Jangan membisu je.." Amri sedikit mendesak.
" Tak boleh Am.. kita tak boleh kahwin." Balas Azalea. Dia takut, saat dia berbahagia nanti dia tidak sampai hati untuk meninggalkan lelaki itu.

" Kenapa tak boleh? Kenapa? Kerana saya dah nak mati? Sebab itu awak tak nak pertaruhkan hidup dengan orang yang berpenyakit macam saya?" tegas Amri. Dia berdiri tegak. Azalea masih membisu. Bukan begitu Am, hatiku memang kuat mencintai kau, tapi... hatiku juga makin lemah untuk menjalankan fungsinya. Jerit hatinya. Tiada siapa tahu perasaannya melainkan yang Maha Esa.

" Tak payah cakap apa-apapun saya tau Alea. Awak memang tak sanggup nak hidup dengan orang yang dah nak mati macam saya." Amri melangkah ingin pergi dari situ. Azalea terpana, pantas tangannya mencapai lengan Amri. Nasib baik Amri menggunakan baju lengan panjang. Perlahan-lahan, Amri berpaling memandang Azalea. Dia terkejut melihat wajah itu sudah basah dengan air mata.Terasa ingin sekali dia mengesat air mata itu, tapi dia sedar batasan mereka. Dia rasa bersalah dengan penipuannya. Azalea turut melepaskan pergelangan tangan Amri.

" Am... awak tak faham. Saya pun gadis yang menunggu kematian. Am... saya tak kuat Am.. saya sayang awak. Tapi... keadaan tidak membenarkan saya menyempurnakan kehendak awak dan saya sendiri. Lagipun kita masih belajar. Am...maafkan saya." Ucap Azalea pantas berlalu meninggalkan Amri. Amri tergamam di situ, dia hanya memandang Azalea melangkah pergi sambil berpegangan tangan dengan Azirul. 'Gadis yang menunggu kematian?' apa maksud dia?

Amri terkejut apabila menerima panggilan daripada ibu Azalea memberitahu ingin berjumpa. Dia menerima pelawaan wanita itu. Seperti yang dipersetujui mereka bertemu di restoran Rasa Sedap. Dari jauh dia melihat wanita yang berusia separuh abad sambil ditemani Azirul, adik Azalea.

" Assalammualaikum mak cik..." sapa Amri.
" Waalaikummussalam.... Duduk Am.." balas Datin Naini sambil tersenyum ramah. Amri melabuhkan punggung sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Amri hanya memesan air tembikai, dia tidak berselera untuk makan. Dia hanya hendak mengetahui tujuan ibu Azalea itu menemuinya.
" Begini Am... Mak cik dapat tau Am dah melamar Alea untuk jadi isteri. Betulke? Am serius?" Tanya Datin Naini. Amri telan air liur." Betul mak cik. Saya memang nak dia jadi isteri saya. Saya tau saya tak layak, tapi saya sayang dia mak cik. Berilah saya peluang makcik." Ucap Amri berani. Datin Naini mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali. Pesanan air tembikai Amri sudah sampai, Amri meneguk air beberapa kali. Terasa kering tekaknya.

" Tahu kenapa Alea menolak?" Tanya Datin Naini lagi. Amri menggelengkan kepala.
" Am... makcik memang tak halang kalau korang nak kahwin. Family kami okey.. cuma Alea. Dia rasa dia tak mampu bahagiakan Am nanti. Dia pun macam Am, dia sakit jugak Am. Selama ni dia pinjam semangat Am untuk teruskan hidup. Makcik pun nak ucapkan terima kasih kerana Am telah pulihkan semangat dia untuk hidup." Amri terpana mendengar kata-kata Datin Naini. Alea sakit? Sakit apa?

" Apa maksud mak cik?" Tanya Amri dengan debaran.
" Dia dah lama menghidap barah hati Am. Mak cik tau, memang dia tak pernah cakap kat kawan-kawan dia sebab dia tak nak orang susah hati. Tapi mak cik harap Am pun sudi terima dia." Amri tersandar di kerusi mendengar kenyataan itu. 'kita sama-sama habiskan sisa hidup kita'. 'saya gadis yang menunggu kematian'. Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata Azalea dulu. Dia rasa bersalah sangat.

" Am tak tau mak cik... tapi... izinkan saya ambik dia sebagai isteri saya." Kali ini Amri benar-benar bertekad. Dia ikhlas untuk memperisterikan gadis itu, bukan untuk melunaskan dendamnya.
" Mak cik sentiasa merestui Am. Mak cik izinkan." Balas Datin Naini sebak. Dia ingin anaknya bahagia.
" Tapi....ada perkara saya nak terus terang kat mak cik. Saya harap makcik maafkan saya. Tentang perasaan saya terhadap Alea, saya tak tipu, saya memang cintakan dia." Amri ingin berterus terang. Datin Naini angguk. Amri menceritakan segalanya. Bermula dari rancangannya pada mulanya hendak membalas dendam, menjadi kawan kepada Azalea dan akhirnya jatuh cinta. Berkali-kali dia berjanji akan membahagiakan Azalea sebelum Datin Naini benar-benar yakin.

" Saya cintakan awak.... banyak..." lafaz Amri ketika dia bersantai bersama isteri kesayangan di koridor chalet. Sudah 2 minggu mereka bergelar suami isteri, dan 3 hari yang lalu mereka sampai di situ untuk berbulan madu.
" Saya cintakan diri saya sendiri..." terbeliak mata Amri mendengar kata-kata isterinya. Dia memasamkan wajah melihat wajah nakal isterinya mengusik. Pantas dia menyambar tubuh isterinya. Azalea terjerit.
" Lepaslah...." Azalea menjerit kecil, dia memukul-mukul kecil lengan suaminya yang kemas dipinggangnya. Pelukan itu semakin erat, akhirnya dia hanya membiarkan tangan itu menyulami pinggangnya. Dia mencari wajah suaminya dibelakangnya.

" Alea cintakan abang tak?" Tanya Amri manja. Dia membelai rambut Azalea, sudah lama dia mengangankan untuk membelai rambut itu, akhirnya setelah menjadi suami isteri dia dapat jugak merasa nikmat itu. Hanya dia yang berhak berbuat begitu, hanya dia, kerana isterinya itu tidak akan membenarkan rambut itu dilihat lelaki bukan halal.
" Alea....cintakan diri sendiri aje...." Balas Alea lagi. Amri memuncungkan mulut.
" Malam ni abang tinggalkan Alea tidur sorang-sorang je. Biar Alea kena gigit hantu." Usik Amri. Azalea tertawa. Dia melentokkan kepala manja dibahu suami tercinta. Dia mengusap pipi Amri, Amri suka sekali dengan tingkahmanja Azalea. Bukan dibuat-buat, tapi spontan. Dia sendiri pun tidak menyangka gadis yang nampak serius seorang yang manja.





" Perlu ke Alea nak ucap yang Alea cintakan abang? Abang dah jadi sebahagian dari diri Alea, jadi... Alea cintakan abang seperti cinta pada diri sendiri. Alea cintakan abang kerana cinta abang terhadap yang Maha Esa. Alea cintakan abang kerana ketaqwaan abang terhadap Allah. Alea sentiasa berdoa agar cinta kita terhadap Allah melebihi cinta kita terhadap diri sendiri." LuahAzalea.


" Terima kasih kerana jadi isteri abang." Ucap Amri. Azalea hanya tersenyum sambil mengucup tangan suaminya. Amri insaf mendengar kata-kata isterinya. Dia begitu bersyukur bertemu jodoh dengan Azalea. Dia masih ingat betapa payah dia hendak meyakinkan Azalea menerimanya dulu. Dia masih ingat esak tangis gadis memberitahu yang dia gadis yang menunggu kematian.
" Abang... Alea rasa tak sihat..." adu Azalea selepas mereka solat subuh berjemaah pagi itu. Amri pantas meraba dahi isterinya. Dia risau apabila merasa kehangatan di situ.

" Alea dah makan ubat?" Tanya Amri.
" Dah..." balas Azalea. Amri menarik tangan isterinya lembut dan membaringkan tubuh itu ke tilam.
" Meh sini abang picit ye.... Pukul 9 nanti abang bawa pergi klinik."Amri memicit lembut dahi isteri tercinta.
" Kita kan ada kuliah nanti." Balas Azalea.
" Alah....kita ponteng sekali ni aje. Lagipun Alea tak sihat, nanti minta MC dari doctor." Ucap Amri, jemarinya masih memicit lembut dahi itu. Lagipun hanya tinggal sebulan lagi mereka menjadi pelajar.
" Alea je yang dapat MC tau.." Azalea tergelak. Amri turut tergelak. Azalea memejamkan mata mengusir rasa pening. Dia akhirnya terlelap.

Selepas menjalankan pemeriksaan Azalea duduk di sisi suaminya di depan meja doctor. Doctor Nur tersenyum pada pasangan suami isteri muda itu. Dia membelek kertas di tangannya
" Tahniah... you berdua bakal jadi ibu dan ayah." Doctor Nur menghulurkan tangan pada Azalea. Teragak-agak Azalea menyambut, dia tergamam. Amri di sebelah bagaikan hendak menjerit kegembiraan. Wajahnya berseri.
" Berapa bulan doctor?" Tanya Amri gembira, tangan isterinya digengam erat.
" Baru masuk lapan minggu. Hmm...jaga wife you baik-baik tau.Lagipun..kesihatan dia pun tak berapa baik jugak." Pesan doctor Nur. Azalea hanya terdiam.
Azalea hanya membisu sejak dari tadi. Tidak sepatah pun bersuara, Amri perasan perubahan isterinya.
" Kenapa ni sayang? Alea tak bahagia, tak lama lagi kita akan jadi ayah dan ibu?" Tanya Amri sebaik mereka keluar dari bilik doctor Nur.

" Abang...abang tak ingat ke keadaan kita? Kita mungkin tak dapat hidup lama bang....macam mana dengan anak kita nanti? Mereka akan kehilangan kita. Ataupun...Alea akan pergi sebelum sempat melahirkan baby ni.." luah Azalea. Dia mengusap perutnya yang masih kempis. Ibu sayangkan baby... maafkan ibu...
Amri memeluk isterinya. Dia mengerti kenapa isterinya begitu.
" Alea kena ingat... Allah yang menentukan segalanya. Allah memang nak bagi baby ni untuk kita sebagai bukti cinta kita." Pujuk Amri. Azalea hanya angguk.
" Kita berserah pada Allah...kita jangan terlalu cepat berputus asa. Alea kena jaga diri dan baby tau. Terima kasih kerana kandungkan zuriat abang.... Abang cintakan Alea." Ucap Amri.
" I love you too."
" I love you three.." balas Amri nakal. Azalea tergelak bahagia.
" Syukurlah.... Alea nampak sihat je.." Datin Naini tersenyum bahagia melihat anaknya yang sedang sarat mengandung dengan jubah konvokesyen. Mereka bergambar kenang-kenangan bersama keluarga dan kawan-kawan. Teruk jugak Amri dan Azalea di usik teman-teman yang nakal.
Datin Naini memimpin tangan Azalea duduk di bangku panjang. Amri mengambil gambar isterinya berkali-kali.

" Mak...jaga anak Alea nanti ye... kalau Alea tak sempat tengok dia besar. Mak kena tolong abang Am jagakan anak kami. Mak bawakan dia lawat Alea nanti. Mak kena janji ya... mak kena cakap kat anak kami, yang Alea sangat sayangkan mereka." Datin Naini terpana mendengar permintaan anaknya. Dia menangis memeluk anaknya.

" Jangan cakap macam tu nak... kita jaga sama-sama." Balas Datin Naini.Datuk Azrul dan Amri yang memandang kelakuan dua beranak itu menahan sebak.Tiada lagi dendam Amri terhadap Datuk Azrul kerana rupa-rupanya Datuk Azrul telah menebus kesalahan dengan menanggung segala perbelanjaannya dulu. Dia pun baru tahu setelah mak usunya menceritakan hal sebenar. Lagipun menurut makusunya, kemalangan itu memang tidak disengajakan.






" Cakap kat abang Am... kalau anak-anak ni kembar perempuan namakan dia Alia Balqis dan Anisa Balqis. Dan kalau dua-dua lelaki Arief Amsyar dan Arief Ammar." Pesan Azalea lagi. Datin Naini gagal bersuara kerana menahan tangis. Datuk Azrul dan Amri menghampiri mereka.
" Kenapa ni?" Tanya Datuk Azrul lembut, penuh dengan naluri kebapaan.
" Tak ada apa-apa abah...." Balas Azalea.
Amri menghampiri katil yang menempatkan tubuh isterinya. Wajah pucat itudi pandang dengan rasa cinta yang tak berbelah bagi. Tangan itu dikucup penuh kasih sayang. Ibu kepada sepasang anak kembarnya itu masih nampak cantik walaupun terlantar di situ.

" Abang..... Arief dengan Balqis mana?" Tanya Azalea. Amri duduk disisi katil, dahi itu dikucup lama.
" Mereka kat dalam bilik baby. Terima kasih sayang...anak-anak kita comel.Muka sebijik macam ibu mereka." Amri tersenyum manis.
" Abang.... Alea nak tengok Arief dengan Balqis... boleh abang bawa kesini?" pohon Azalea penuh berharap. Amri angguk, pantas berlalu ke bilik bayi. Dia kembali ke situ bersama ibu bapa Azalea yang mendukung anak-anaknya. Amri membantu Azalea duduk dan menyandarkan tubuh isterinya ke dadanya. Mereka menyambut anak-anak mereka dari ibu bapa Azalea.

" Anak ibu...." Bisik Azalea pada dua bayi di depannya. Balqis dipangkuannya dan Arief di pangkuan suaminya. Datuk Azrul dan Datin Naini meninggalkan pasangan itu. Azalea tertawa melihat wajah comel anak-anaknya. Selepas itu Arief pulak beralih ke pangkuannya, Balqis diserahkan kepada Amri. Wajah Arief dan Balqis dicium bertalu-talu tanpa jemu.

" Abang jaga anak kita tau. Alea tak mampu nak tengok anak-anak kita membesar. Alea tau mereka selamat di sisi ayah mereka. Kalau abang nak cari suri lain untuk ganti Alea pun, Alea tak kisah bang. Alea rasa, Alea tak mampu nak jaga abang dengan anak-anak." pesan Azalea. Amri sebak.
" Alea..abang ada rahsia nak cakap. Abang sebenarnya..tak"
" Tak sakit kan?" teka Azalea. Amri tergamam, macam mana Alea tahu?
" Macam mana... Alea.. tau?"
" Alea tak pernah tengok abang makan ubat sejak kita jadi suami isteri." Balas Azalea.
" Maafkan abang sayang. Abang terlalu cintakan Alea. Dulu memang abang nak berterus terang, tapi abang takut Alea tak terima abang. Mak pun tak bagi abang cakap kat Alea." Pohon Amri. Ubun-ubun isterinya dikucup.
" Alea tak kisah bang. Alea tak salahkan abang. Abang telah bahagiakan Alea sepanjang kita jadi suami isteri. Abang kena janji akan jaga anak kita baik-baik tau. Alea cintakan abang..." ucap Azalea. Air mata Amri mengalir.
..........................................................................................
" Ayah...." Amri tersentak mendengar suara anak gadisnya memanggilnya. Selepas itu dia terasa tubuhnya dipeluk erat oleh jejaka di sebelah. Kemudian gadis yang seiras arwah isterinya memeluknya.
" Ayah....jom kita balik. Esok kita pergi ziarah pusara ibu lagi." ajak suara garau anak terunanya. Mereka bertiga berjalan berpelukan menuju ke kereta. Amri menoleh ke pusara arwah isterinya. Selamat tinggal sayang.... semoga Alea ditempatkan di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Kau lah isteriku yang solehah. Tak jemu melayan kerenah suamimu ini dan sudi melahirkan zuariat suamimu ini.

Amri duduk di tempat bersebelahan pemandu. Arief Amsyar yang telah berusia 23tahun memandu, Alia Balqis duduk di tempat duduk belakang. Amri sentiasa memperkenalkan anak-anaknya kepada kemurnian perketi arwah ibu mereka. Dia boleh berbangga kini, kerana anak-anaknya membesar menjadi anak-anak yang taat dan berjaya dalam pelajaran.
Amri menatap gambar wajah isteri yang amat dirindui yang amat dia kasihi...

Sayang.... anak-anak kita dah besar... mereka anak yang baik. Seperti ibu mereka. Abang tak pernah menduakan kasih Alea kerana tidak ada wanita lain yang layak menjadi isteri abang dan ibu kepada anak-anak kita selain Alea. Abang rindukan Alea. Abang tak pernah lupa mencintai Allah melebihi cinta terhadap makhluk ciptaan-Nya. Abang selalu bersyukur kerana Allah telah mengurniakan Alea untuk abang cintai.


" Ayah....Balqis rindukan arwah ibu.." sebak Balqis bersuara. Amri menoleh ke belakang, wajah kerinduan itu direnung. Selepas itu dia berpaling ke sebelah, seperti Balqis, wajah Arief jugak sarat dengan kerinduan terhadap arwah ibu yang tidak sempat membesarkan mereka. Azalea pergi selepas seminggu melahirkan mereka. Amri masih ingat hari terakhir isterinya bersama mereka. Dia dapat merasakan sesuatu melihat cara renungan Azalea. Azalea sempat memohon maaf dan memintanya menghalalkan segalanya. Hari itu memang aneh, Arief dan Balqis yang baru berusia seminggu masa itu tidak banyak kerenah.

Tersenyum dan tergelak suka apabila dibelai Azalea. Azalea menyandar di dada Amri sambil memeluk anak-anaknya erat. Amri sempat mendengar bisikan syahadah sebelum dada isterinya tidak lagi berombak. Arief dan Balqis tiba-tiba menangis. Dia sendiri masa itu hanya mampu memeluk isterinya erat bersama anak-anak mereka. Dia hanya melepaskan isterinya apabila abah Azalea menariknya perlahan. Air matanya berlinang, dibiar lepas. Anak-anaknya beralih ke dalam pelukan seorang jururawat dan emak Azalea. Dia merebahkan tubuh isterinya kekatil dengan hati-hati. Dia mengucup dahi isterinya. Dia dapat mengesan bekas air mata dipipi isterinya. Dia tahu, terlalu berat hati isterinya meninggalkannya bersama anak-anak yang masih terlalu kecil.

" Mesti arwah ibu pun rindukan kitakan ayah." Celah Arief.
" Percayalah sayang.... Arwah ibu jugak rindukan kamu berdua. Arwah ibu seorang yang penyayang. Nanti kita akan berkumpul bersama. Jadilah anak yang soleh." Pesan Amri. Arief dan Balqis angguk.
" Kami janji, kami akan jadi anak yang baik ayah.. kami sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ayah dan arwah ibu." Ucap Arief. Amri amat bangga dengan sikap tanggungjawab anak terunanya itu.
" Arief nanti jaga adik tau. Nek usu, Tok abah dengan tok mak pun kena jaga tau. Dengar cakap mereka. " Pesan Amri. Dia rasa mengantuk yang amat sangat.
" Ya Allah... hanya Kau berhak disembah. Nabi Muhammad pesuruh Allah." Bisiknya sebelum memejam mata.

Arief Amsyar memeluk bahu Alia Balqis memandang pusara arwah ibu dan arwah ayahnya. Doa dikirim untuk insan-insan kesayangan itu. Mereka redha pemergian arwah ayahnya sudah ditakdirkan. Arwah ayahnya pergi kerana seruan Ilahi dan rindu kepada arwah ibu. 'Ya Allah ya Tuhanku, tempatkanlah ayah dan ibu kami di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Ayah.. kami membesar dalam dakapan kasih sayangmu, ibu... kami hidup di bawah naungan kasihmu. Terima kasih kerana melahirkan kami. Kami bersyukur menjadi anak-anak kalian.' Bisik pasangan kembar itu.
Sekian.

Bersama Kita Renungkan, Rasullullah Di Sebalik Doanya...


Kadang-kadang hati ini tak boleh dibiarkan melalui hari-hari kehidupan tanpa pengisian rohiyah. Makin membatu jadinya. Masihkah kita ingat peristiwa Rasulullah dikejar dan dilemparkan batu oleh penduduk Thaif ketika menjalankan misi dakwah kepada Kabilah Tsaqif?
Peristiwa ini merupakan sejarah awal dalam perjuangan rasulullah yang cukup pahit. Pada saat itu, kaum Tsaqif melempari batu pada baginda s.a.w, sehingga kaki baginda terluka dan kepala baginda juga terluka akibat terkena lemparan batu


Pada saat kegentiran ini jua, Rasulullah s.a.w berdoa:...








Dari doa ini kita boleh lihat betapaberatnya cubaan dan cabaran keatas baginda s.a.w pada ketika iniTetapi baginda tetap menghadapi segala penganiayaan dengan penuh sabar dan ikhlas serta langsung tidak menunjukkan rasa berputus asa.  
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Asiyah r.a:

Ia (Aisyah) berkata, "Wahai Rasulullah s.a.w, pernahkah engkau mengalami peristiwa yang lebih berat dari peristiwa Uhud?“ Jawab Nabi s.a.w, “Aku telah mengalami berbagai penganiayaan dari kaumku. Tetapi penganiayaan terberat yang pernah aku rasakan ialah pada hari ‘Aqabah di mana aku datang dan berdakwah kepada Ibnu Abdi Yalil bin Abdi Kilal, tetapi tersentak dan tersadar ketika sampai di Qarnu’ts-Tsa’alib.

Lalu aku angkat kepalaku, dan aku pandang dan tiba-tiba muncul Jibril memanggilku lalu berkata, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan dan jawapan kaummu terhadapmu, dan Allah telah mengutus Malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan sesukamu,“ 
 
Rasulullah s.a.w berkata lagi:"Kemudian Malaikat penjaga gunung memanggilku dan mengucapkan salam kepadaku lalu berkata, “ Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu terhadapmu. Aku adalah Malaikat penjaga gunung, dan Rabb-mu telah mengutusku kepadamu untuk engkau perintahkan sesukamu, jika engkau suka, aku boleh membalikkan gunung Akhsyabin ini ke atas mereka." Jawab Rasulullah SAW, “Bahkan aku menginginkan semoga Allah berkenan mengeluarkan dari anak keturunan mereka generasi yang menyembah Allah semata, tidak menyekutukan-Nya, dengan sesuatu pun".


Subahanallah, betapa mulianya akhlak rasulullah s.a.w. Cuba kita bayangkan, ketikamana Malaikat penjaga bukit menawarkan tawaran untuk menempelak kaum ini dengan bukit Abu Qubais dan bukit Ahmar kepada mereka. Namun tawaran ini ditolak oleh baginda, bahkan baginda berdoa : 
Allahummahdii qawmii fainnahum laa ya'lamuun" 
(Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku ini, kerana  mereka masih belum memahami tentang erti Islam).




Kita? Sedikit sahaja cacian dan hinaan yang melekat pada pipi perjuangan dakwah kitaterus kita melatah.. Apa salahnya kita hamburkan segala keperitan kita di atas sejadah sebagai tanda betapa lemahnya kita tanpa kekuatan dariNya. Ingatlah, nak berdakwah Islam ni memerlukan kesabaran, kekuatan. Usah kita bicara soal perjuangan jika kita takut akan cercaan dan hinaan. Sekadar mengharap pujian yang melangit pabila membentangkan usaha kita dalam berdakwah dengan penuh riak didada sehinggakan berdebu amalan setelah dibakar segala pahalanya?!

Kadang-kadang bila difikirkan, kita selalu sahaja mendengar sirah-sirah nabawiyah, bacaan kitab haraki segalanya kita khatam, buku-buku pengisian rohiyah sega-galanya kita baca dari muka-kemukaTapi mengapa ilmu tak dapat diamalkan jua?mengapa ilmu di dada tak dikeluarkan melalui praktikalnya anggota-anggota jasad yang dipinjamkan Allah?  Allah...

Sebagai renungan bersama..

Thaif.... sebuah kota yang dikelilingi pergunungan yang dingin.
Dahulu, kota ini rasulullah s.a.w pernah diusir dan dilempar batu.
Kini, didaerah ini pula tumbuh subur pohon Zaqqum.
Pohon yang dipenuhi duri yang besar dan tajam.
Dalam surah al waqiah ayat 52,
pohon ini bakal menjadi bahan makanan penguhuni neraka.
Nauzubillahimin zalik!
 

DeHearty-Permata Yang Dicari-Versi (Syurga Cinta).wmv




                                                          PERMATA YANG DICARI ......


Sedingin salju,
Rasanya hati ku,
Tiada hangat,
Diri ku terasa......


Dalamlah lemah,
Jasad ku membawa,
Adakah sinar akan menjelma.......


Muncul diri mu,
Terangi dunia,
Indahnya kilauan,
Seri permata.......

Biarpun hadir mu,
Hanya sementara,
Tapi cukup untuk bercahaya......


Kerna hadir mu,

Ku mampu melangkah,
Menentang arus,
Ombak kemarau......


Adanya kasih mu,
Permata cahaya,
Memberi sinar,
Menerangi jiwa....... 



Muncul diri mu,
Terangi dunia,
Indahnya kilauan,
Seri permata.........

Biarpun hadir mu,
Hanya sementara,
Tapi cukup untuk bercahaya.......



Tiada Kata Secantik Bahasa...


Mengenai  manis  tutur  kata  merupakan  satu  perkara  yang  tidak  kurang pentingnya, kalaupun  tidak  lebih  penting  dari  yang  lain. Perkataan  para  pendakwah merupakan  alat  penghubung  antaranya  dengan  orang  ramai,  ia juga  merupakan  alat  untuk  menyampaikan  sesuatu  maksud  dan  fikrah, oleh  itu  kiranya  para  pendakwah  dapat  memelihara  lidahnya,
menguasai  percakapannya, berupaya  untuk  memilih  perkataan-perkataan  yang  baik-baik  dan  susunan  kata  yang  indah,  bererti  beliau  telah  mampu  menarik  hati  orang ramai  dan  sekaligus  beliau  berjaya menyelam  masuk  ke  dalam  hati  dan  diri  mereka.

Tetapi sebaliknya jika beliau tidak mampu berbuat demikian, malah tidak mengambil endah terhadap apa yang keluar dan celah kedua bibirnya, bererti beliau telah membina sendiri benteng yang memisahkannya dengan orang ramai, benteng yang tidak mudah untuk ditembusi, malah dengan itu menjadikannya dicela, dibenci, dijauhi dan tidak dimesrai oleh orang ramai.

Di antara firman Allah yang berhubung dengan permasalahan ini ialah firman-firman Allah berikut:

"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."
[Al-Isra':53]

"Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia."
[Al-Baqarah: 83]

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."
[Al-Baqarah: 263]

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar."
[Al-Ahzab: 70]

"Dan mereka diberi pertunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjukki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji."
[Al-Hajj: 24]

"Dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik."
[An-Nahl: 125]

"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut."
[Thaha: 44]



♥♥.•.PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN ♥♥`


♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
............PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN..........
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥




...¤    *  ✭
  ✭Buat Calon Suami
* ★      ✰
¤    *  ✭


Pernikahan atau Perkahwinan


Menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah

Pernikahan atau Perkahwinan




Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)nya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya
Pernikahan atau Perkahwinan

Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa a.s
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh


(¯`v´¯)

`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`
·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤


¤    *  ✭
  ✭Buat Calon Isteri
  * ★      ✰
¤    *  ✭

Pernikahan atau Perkahwinan

Membuka tabir rahsia suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad, tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Isa atau Ayub atau pun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh solehah

Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajar kita kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya

Saat suami menjadi Raja, kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah ubat penawarnya
Seandainya suami berkata yang lancang, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan

Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah

(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`
·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤
╔╗
║║╔═╦╦╦═╗
║╚╣║║║║╩╣
╚═╩═╩═╩═╝
(●̮̮̃•̃) (●̮̮̃•̃)
/█\ ♥/█\
Your Husband / Wife


_____♥_♥_♥_♥_______♥_♥_♥_♥______
___♥_________♥___♥________
__♥___
__♥____________♥__________
___♥__
__♥____________♥__________
___♥__
__♥__________♥Cinta♥______
____♥__
___♥_________♥Apa ♥__________♥__
____♥_______♥Adanya♥______
_♥___
______♥___________________
♥_____
________♥_______________♥_
______
__________♥__________♥____
______
____________♥_____♥_______
______
______________♥_♥_________
______
_______________♥__________
______

PERASAAN YANG TERPENDAM ... ^^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali.


Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.



Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi.
Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mereka kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.
Kerana itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan.Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.


Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kubuat expressionless face dan cool. Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang ralit merenungku ataupun cuba menegurku. Aku cuba sedaya mungkin melarikan pandanganku dari ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.


Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku pada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan, sebagai manusia aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah di bahagi-bahagikan.


Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil kukemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ sebaliknya sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas dari diri ini.
Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.
Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan untukku.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.




Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasanmu itu padaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku bimbang perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.



Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada jalan mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.


Aku pasti berendam airmata darah andainya kau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku.
Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.





BIARLAH PERASAAN ITU DIPENDAM ... BIARLAH MENYINTAI DALAM DIAM ...
BIARLAH MENJAUH DARI MENDEKATI .......
SERAH KAN SEGALA NYA PADA ALLAH ...........
KERANA ALLAH LEBIH BERHAK MENENTUKAN SEGALANYA ...
KETENTUANMU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK DIRI INI ^^
BIAR KAN SEMUA INI MEMBERI PENGAJARAN YANG SEJATI ........

Isteri nya telah kembali...... Kisah Tauladan dn Panduan utk Kita


Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.


“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.


Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.


Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan
Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.


” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.



Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.


Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.


Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.


Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.


“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.




Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.


Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.
” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”
Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.
” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.



Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.


Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“ Abang ..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“ Abang , Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan, dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.
Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”


“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Cukup menginsafkan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam

 
sumber : sembang dr hati ke hati