Pages

Apr 27, 2011

。✿*゚゚・✿.。.:* BERINGATLAH ...。✿*゚゚・✿.。.:*


Jika anda kehilangan semua keluarga anda dan tak ada satu pun sahabat, maka ingatlah bahwa anda masih memiliki cinta untuk mendapatkan mereka kembali, untuk mengenang masa-masa indah bersama mereka dan untuk menciptakan persahabatan yang baru dengan kehangatan kasih yang mampu anda berikan^^



If love hurts, then love some more.

If love hurts some more, then love even more.
If love hurts even more, then love till its hurt no more..
Dalam hidup ini kita akan diuji terus diuji sebagai tanda kasih sayang Allah.

。✿*゚゚・✿.。.:* TIDAK BELAJAR。✿*゚゚・✿.。.:*


“Tidak Belajar Sehari adalah Sebuah Kesalahan”

“Tidak Belajar Seminggu adalah Sebuah Kebodohan”
“Tidak Belajar Setahun adalah Sebuah Kemiskinan dan Kemelaratan”
“Dan TIDAK BELAJAR Seumur Hidup adalah Sebuah Warisan Yang Berbahaya buat Keturunan”

KATA2--->>
Cara yang paling pasti untuk menghindari kegagalan adalah dengan tidak mencuba...
 Memohon pertolongan dan cahaya penunjuk hidayah Allah selalu. Supaya dalam perlindungannya dr segala tidak diingini. Amin

。✿*゚゚・✿.。.:*JIKA。✿*゚゚・✿.。.:*





Jika kita telah kehilangan kehormatan kerana ketidakjujuran kita, milikilah harapan bahawa suatu saat mereka akan mengerti alasan disebalik semuanya. Milikilah harapan bahawa kita dapat memperbaiki kehormatan meskipun dengan susah payah. Milikilah harapan bahawa meski banyak orang yang takkan lagi percaya kerana kita pernah melakukan hal-hal yang tidak jujur, pada waktunya nanti, mereka akan melihat sendiri keupayaan kita^^


KATA2--->>
Teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu

。✿*゚゚・✿.。.:*CINTA SEJATI 。✿*゚゚・✿.。.:*


。✿*゚゚・✿.。.:*CINTA SEJATI 。✿*゚゚・✿.。.:*

cinta itu indah untuk dinikmati
cinta itu hangat untuk dirasai
bukan cinta duniawi yg dicari
tapi cinta ukhrawi yg ingin dkecapi
jika cinta insani yang ditujui
kelak jgan lupa diri

cinta yg suci dan hakiki
adalah cinta kepada Yang Memberi
cinta kpd Ilahi
Empunya diri..
itulah cinta yg sejati..
cinta yang pasti..
hanya mereka yang pandai mencari

musafir cinta dilautan rindu tak bertepi
hanya mereka yg mampu merasai
Cinta Agung penuh misteri..
disinggahsana indah sejuta seri
70 puluh ribu hijab ia dilapisi…
70 puluh ribu hijab ia dilindungi…
Terjaga hebat jauh di lubuk hati..
kepada mereka yg bukan AHLI..
pandai2 membawa diri..
tanya hati,
kenal diri
sesungguhnya mati itu pasti..
cinta yg mana engkau cari
cinta itulah yang engkau tujui..
tinggal duniawi
tinggal insani..
menuju lurus pada Yang hakiki..


Apr 25, 2011

Renungan


Ketika hati merindukan seseorg

Rasa hati ingin berjumpa, menatap, mendengar suara, dan bicara dgnnya
Walau satu kata yg terucap, cukuplah utk mengubati rasa rindu dihati.
setiap org punya rasa rindu..
...rindu anak kpd org tua, org tua kpd anak.. suami kpd istri atau sebaliknya, kakak adik, saudara, teman, kenangan dan sebagainya
Maha Suci ALLAH yg telah menciptakan rasa rindu...

Apr 23, 2011

DON'T TELL ME YOU LOVE ME


DON'T TELL ME YOU LOVE ME

Don't tell me you love me if you are not sincere

For a lie that strong can ruin my life and bring on a new fear.
Fear to be loved, fear to love ever again
It can cause my fragile heart to break, tear and bend.
Think of all in life that will be missed
because of one small broken promise
So, when I put all of my trust deep within you
Please don't tell me you love me, unless you truly do.

Renunglah sedalam-dalam nya ................


Renunglah sedalam-dalam nya ................
Tidak.....................................,

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa-doa lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama
masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)

terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tengah-tengah bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan qabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


˙·٠•●❤THAT' S LIFE˙·٠•●❤

˙·٠•●❤THAT' S LIFE˙·٠•●❤


When I got enough confidence,
The stage was gone.
When I was sure of losing,
I won.
When I needed people the most,
They left me.
When I learn to dry my tears,
I found a shoulder to cry on.
When I mastered the skill of hating,
Somebody started loving me.
That’s Life!!!!
Enjoy life…..!

˙·٠•●❤NEVER STOP˙·٠•●❤


˙·٠•●❤NEVER STOP˙·٠•●❤



Earth may stop rotating
Birds may stop flying
Candles may stop melting
Fishes may stop swimming
Heart may stop breathing
But I will never stop
Missing you my friend.... ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Pahala Terakhir Seorang ISTERI .....


Pahala Terakhir Seorang ISTERI .....




Pahala Terakhir Seorang IsteriHanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat sayaberikan sebagai isterinya....



Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.


Di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.


Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.


Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya.Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
 
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.



Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik.Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.


Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.


Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri.
 
Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.


Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."


Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.