Pages

Feb 13, 2011

SEGALA PERASAAN ITU INDAH JIKA.....


SEGALA PERASAAN ITU INDAH JIKA.....
Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
Sedih itu indah..jika sedih itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..
Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...
JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..
dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..
Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...
Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..hanya kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..
SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…
Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...
ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika BERSAMANYA...
JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...
Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH?
InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…
Amin Ya Rabbal Alamin..

Feb 12, 2011

KEPADAMU WANITA...AGAR DIKAU BAHAGIA.....


KEPADAMU WANITA...AGAR DIKAU BAHAGIA.....
Kepada setiap muslimah yang rela Allah SWT sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

KASIH SAYANG SEORANG GURU

KASIH SAYANG SEORANG GURU
Assalammualaikum...
Saya ingin kongsikan satu kisah yang berlaku minggu lepas. Kisah ni saya nak kongsi kerana saya tahu kat dalam ni ada pelajar-pelajar sekolah. Tak kisah lah sekolah menengah ke atau rendah.
Saya seorang guru yang bertugas di salah sebuah sekolah yang amat mencabar. Tetapi Alhamdullilah kerana saya di tempatkan di sekolah ini. Ada hikmah di sebaliknya....
Di pendek kan cerita...minggu lepas saya mendapat aduan ada pelajar ponteng. Aduan ni saya dah terima sebelum cuti sekolah lagi. Ingatkan dah settle down. So, minggu lepas saya membuat satu tindakan drastik dengan membuat rondaan di kawasan yang menjadi tempat-tempat sasaran.
Saya dan 2 orang rakan menaiki kereta ke lokasi yang dikenali sebagai "bukit cikgu". Kurang pasti lah apesal pelajar-pelajar gelar bukit tu dengan nama tu. Malang sekali hari tu hujan lebat. Nasib baiklah kereta auto saya boleh sampai ke bukit yang jalannya curam. Tak berhenti setakat itu..kami bertiga terpaksa meredah hutan untuk sampai ke pondok mereka. Cuba bayangkan saya dengan baju kurung dan bertumit tinggi...rakan saya yang segak berkasut hitam dengan slack..habis basah dan kasut kami takyah nak cakap dah jadi apa. Tapi tak mengapa...Malang sekali pelajar-pelajar tu dah cabut lari.
Tapi kami tak putus asa...di dalam kepala kami...kami nak cari juga pelajar-pelajar ni. Kami ke lokasi kedua..iaitu bangunan lama. Alhamdulllilah..kelibat pelajar-pelajar tu ada...tapi makin kami kejar..makin pula mereka cabut lari....dah serupa macam polis dah...
mereka terlepas lagi. Apa taknye...kami bertiga ni dah kesejukan basah...
Kami balik ke sekolah dengan perasaan hampa dan risau....di dalam ofis...kami sepakat terus je ke rumah para pelajar tu. Maklumkan saja dengan ibubapa mereka. Selepas mendapat alamat tempat tinggal peelajar tu..kami pun bertolak ke rumah mereka. Alhamdullilah....Allah telah memudahkan perjalanan kami...dalam perjalanan ke rumah salah seorang pelajar tu. Kami terserempak dengan 2 orang pelajar yang ponteng. Apa lagi..kami jemput mereka ke rumah mereka sekali. Dan pelajar tu juga telah tunjukkan tempat persembunyian mereka yang lain. Ya Allah....tahu dimana? di sebalik paya....
Sebelum sampai ke pondok mereka...kami kena melalui paya yang dalamnya hingga lutut. Saya yang takut lintah masa tu..dah tak fikir apa. Cuma berdoa kepada Allah S.W.T.
Malang lagi...pelajar itu lariiiiii......
Kami dengan hati yang hampa terus ke rumah pelajar yang seterusnya. Selepas kami memberitahu ibubapa pelajar tersebut kami pun balik ke sekolah.
Allah itu maha adil...salah seorang IBU kepada pelajar itu datang sendiri mencari anak perempuannya. IBU itu hanya mengikut panduan yang kami berikan sahaja. Dan IBU itu telah berjumpa dengan anaknya. Sedangkan kami....3 kali mencari tidak berjumpa.
Masa itu...saya teringat kata-kata seorang sahabat. Berdoa lah kalau kamu mahu Allah tunjukkan kamu jalan yang lurus. Masya Allah...semua yang berlaku ada hikmah.
Sesungguhnya SYURGA itu di tapak kaki IBU. Saya kongsi cerita ini, kerana saya berharap para pelajar janganlah menipu ibubapa kamu. Keluar pagi dengan pakaian sekolah tapi tidak ke sekolah....janganlah kamu benci dengan guru-guru kamu kerana kamu tidak tahu apa yang ada di dalam hati kami.

10 SITUASI LELAKI YANG HARUS WANITA FAHAMI...


10 SITUASI LELAKI YANG HARUS WANITA FAHAMI...


1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.


2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.


3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.


4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.


5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.


6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.


7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.


8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.


9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.


10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

LUAHAN HATI

Bismillahirrahmanirrahim...




Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah, syukrun lillah... segala puji hanya pada Dia.. pemilik dan raja sekalian alam...Selawat dan salam pada Rasul junjungan...
Astagfirullah..Astagfirullah...Astagfirullah...
Aku hambaNya yang sering membuat silap... dan bila kesilapan diri itu tersinggap, kadang hati masih sukar menerima..memberi seribu dalih.. untuk menegakkan kebenaran sendiri.. yang ternyata sukar difahami oleh orang lain.. kerana kita semua tidak sama..hati kita lain-lain.. apa yang nyata dihadapan mata hanyalah kesilapan orang lain...
Astagfirullah...
Suatu malam,, yang telah Allah takdirkan dalam Qada dan Qadarnya.. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan... padaku, berkat zikir "LAISALAHAMINDUNILLAHHIKASYIFA" dia berikan ini sebagai suatu jalan untuk aku sedar dimana kesilapan diri..
Namun, apa yg aku kesalkan.. aku masih gagal berperang dengan sikap ynag begitu sebati dalam diri... sensitif, begitu mudah terasa.. hingga aku kelihatan benar-benar lemah.. cepat marah.. tidak dengan fikiran yang munasabah sepenuhnya...
Saat itu, umpama sebiji bebola berbahaya menembak tepat ke luluh hati... aku seolah-olah ingin merintih... memberontak sepenuh hati..berteriak menyatakan kebenaran diri... namun, aku sedar kali diri dalam keadaan demikian, berdiam diri adalah lebih baik... jika tidak, pasti menghasilkan ledakan kuat yang menjatuhkan diri sendiri... teringatku pada kata-kata seorang sabahat ,
" Orang yang paling berani, adalah yang yang berjaya melawan marahnya"
Kadang-kadang, kita terlalu suka membuat sesuatu.. pada kita tiada hati yang akan terguris.. rupanya kita silap... kerana telah diciptakan hati itu... berbagai-bagai jenisnya.... tidak mudah sebuah kebaikan yang terselit dalam sesuatu perkara terlihat dihadapan mata... kerana lazimnya manusia akan mecari silap dan keburukan pada sesuatu perkara,,. begitulah sikap manusia, yg suka berfikir dari asepk diri sendiri... sedang dalam hidup ini, apa yang paling utama adalah "sentiasa menyenangkan hati orang lain'....
namun, begitulah lumrah sebuah perjuangan... dalam kesempitan, masih ada kepedihan yang perlu ditempuh... biar kita bersama-sama berjuang,... bekerja dengan berhikmah,... tanpa rasa tidak puas hati... berusaha untuk memahami... bukan mencemuh... kerana hati itu, terlalu sakit bila dicemuh... sdang setiap kita ada kelemahan masing2...
Kemudian, bila hati sudah terguris.. ia umpama luka, yang punya tempoh untuk sembuh... kadang cepat.. kadang lambat.. walau hati mahu membuangnya jauh.. tetap ada bekas yang sukar untuk hilang,...
Pesanku pada hati... "senangkan hati orang lain, agar hati kita juga turut senang"... insyaAllah, dengan berpegang pada kata-kata itu, hati akan lebih tenang....
Pesanku juga pada hati... bersabarlah.. kesakitan untuk sebuah kebaikan... kesakitan itu akan hilang.. tapi kebaikan itu akan tetap kekal.... bukan pandangan manusia yang dicari... carilah redha illahi....
Belajar dari sebuah kesilapan.. itu yang lebih penting... walau sukar untuk ditelan... pasti tertelan juga andai berusaha... pahit dan manis itu akan hilang jua...

RASULULLAH S.A.W. DAN SEORANG PENGEMIS YAHUDI BUTA...



RASULULLAH S.A.W. DAN SEORANG PENGEMIS YAHUDI BUTA...

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berucap sepatah kata pun, Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya itu adalah Rasulullah Muhammad—orang yang selalu dia caci maki dan sumpah serapah.
Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sehingga baginda wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah saw, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abu Bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah. Ia bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan Rasulullah yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."
“Apakah Itu?" tanya Abu Bakar ingin tahu. Ia menggelabah juga kerana merasa sudah mengetahui bagaimana kebiasaan Rasulullah semasa hidupnya.
"Setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?"
Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu dengan ketus "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku."
Abubakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw."
Seketika itu juga kaget pengemis itu. Ia pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abubakar saat itu juga dan sejak hari itu menjadi Muslim.

Ketika cinta Bertasbih

KETIKA CINTA BERTASBIH....

" Tatkala rindu dingin mendakap tubuh ini dengan erat,
maka terciptalah satu keajaiban antara dua jiwa..
tatkala bilangan tasbih rindu semakin mengejar dengan pantas angka rindu di hadapan,
maka wujudlah satu perasaan sayang yang semakin menebal di jiwa yang semakin layu dikala kehilangan air siraman kasih….tatkala bilangan tasbih rindu semakin memanjang dan terwujud satu destinasi menterai impian dan keinginan,maka perasaan dua jiwa satu hati semakin jauh menhayutkan cinta ke alam perbedaan…..tatkala tasbih rindu semakin hampir dengan ke hujung ketamatan,maka disitulah cinta terbukti dan kesahihan cinta terukir dibarat tanpa sempat merasa gelap… "

Ketika Cinta Bertasbih....

luruhnya airmata taubat
gentarnya janji azab seksa
balasan dosa perbuatan hambaMu
Ketika Cinta Bertasbih....
...muhasabah dalam sujud
terasa kerdil dihadapanMu
namun kudamba syurga firdaus
Ketika Cinta Bertasbih....
buku amalan ku terima
dari tangan kiri atau kanan
kelulusan atau kegagalan
Ya Allah..
Aku takut akan murkaMu....

ARROW - Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku

Pintu Rindu.....



Pintu Rindu.....

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..
Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..
Hidup matiku hanya untukmu..

Renungan bersama

" Kita memang sukakan & mencari kesempurnaan, tapi dalam soal jodoh kita mahukan kesempurnaan itu ada dalam diri pasangan hidup kita hingga kita selalu terlupa nak gilap kesempurnaan dalam diri sendiri terlebih dahulu.

Kita selalu ingin memiliki tetapi jarang berfikir nikmatnya jika kita adalah yang memberi. 'Hanya yang memiliki sesuatu dapat memberikan sesuatu'
Bahagiakan diri kita dengan dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada insan yang tersayang dari memikirkan bahawa mereka gagal memenuhi apa yang kita ingin....."
*****
 Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang se...mpurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan suami sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”