Pages

Feb 11, 2011

Renungan

Lihat dengan hati...
Renunglah dengan akal...
Siapakah diri kita sebenarnya...
Janganlah kita berpuus asa dari hidayah Allah SWT. Bagi jiwa-jiwa yang merasakan dirinya terlalu lemah dan sering melakukan dosa, saya ingin sampaikan satu berita gembira bahawa Allah tidak pernah melupakan kita bahkan begitu rindukan doan ...dan taubat kita.

Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada hamba yang berjalan di padang pasir, lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuatkan makanan dan minumannya. Ia menyangka akan mati, lalu ia menggali lubang, dan tidur di dalamnya sambil berkata,’Aku akan tidur di dalam lubang ini sehinggalah kematian datang menjemput’ Tiba-tiba kenderaan dan makanan yang ia bawa berada di atasnya.’Sampaikan ia berkata, ‘Ya Allah Kau hambaku, dan aku TuhanMu.(sampai tersalah kata akibat terlalu gembira) Maka Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada kegembiraan hamba tadi. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

BAHAGIA HIDUP TANPA DERITA




Hapuskan air mata itu,

Kerana dunia ini terlalu singkat untuk kau penuhi dengan kesedihan,
Pandanglah sekelilingmu,
Bukankah dalam satu kedukaan Dia hadiahkan seribu kebahagiaan,
Pandanglah pada seribu kebahagiaan itu,
Sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkanmu.

Rabi'ah Al-Adawiyah berkata:


Rabi'ah Al-Adawiyah berkata:
"Tuhanku, jika aku mengabdi kepada-Mu
karena takut kepada neraka, bakarlah aku
di dalamnya. Dan jika aku mengabdi
kepada-Mu karena mengharapkan surga,
jauhkanlah aku daripadanya. Tetapi jika
Kau kupuja karena Engkau, janganlah
Engkau sembunyikan kecantikan-Mu yang
kekal dariku."
"Ya Tuhan, bintang di langit telah
gemerlapan, orang-orang telah
bertiduran, pintu-pintu istana telah
dikunci, dan tiap kekasih telah
menyendiri dengan kekasihnya, dan inilah
aku di hadirat-Mu."
"Tuhanku, malam telah berlalu dan
siangpun segera menampakkan diri. Aku
gelisah, apakah amalanku Kau terima
hingga aku merasa bahagia, ataukah
Engkau tolak hingga aku merasa sedih.
Demi kemuliaan-Mu, inilah yang aku
lakukan selama Engkau beri hayat.
Sekiranya Engkau usir aku dari depan
pintu-Mu, aku tidak akan pergi, karena
cinta pada-Mu telah memenuhi hatiku."
"Wahai kekasih hati, hanya Engkaulah
yang aku cintai. Beri ampunlah pembuat
dosa yang datang ke hadirat-Mu. Engkau
harapanku, kebahagiaan, dan
kesenanganku. Hatiku telah enggan
mencintai selain dirimu."
"Aku mencintai-Mu dengan dua cinta,
cinta karena diriku dan cinta karena
diri-Mu. Cinta karena diriku adalah
keadaanku senantiasa mengingat-Mu. Dan
cinta karena diri-Mu adalah,
menyingkapkan tabir hingga Engkau
kulihat.. Pujian bukanlah bagiku, tapi
bagi-Mu lah pujian untuk semuanya."

RENUNGKAN SEJENAK....


RENUNGKAN SEJENAK....

" Rezeki termahal dalam hidup ini adalah hati yang yakin, dan lahiriahnya patuh kepada Allah dengan istiqamah. Kejayaan orang adalah yakin kepada Allah, tidak ada keraguan dalam hatinya. Tidak bersedih hati. Kunci yakin adalah hati yang bersih. Makin bersih dari kemusyrikan, kemunafikan, dan cinta duniawi, hati akan langsung merasakan keyakinan, hati peka, doa mustajab, akhlak mulia, dan auranya tenang. Maka jangan ukur kejayaan seseorang dengan duniawinya, melainkan lihatlah sejauh mana keyakinannya yang merupakan kurnia Allah tidak ada tolok bandingannya."
 Hati yang yakin pada Allah dan Lahir yang patuh terhadap Allah adalah kunci dari bahagia kehidupan kita.Bagaimana untuk mencapai hati yakin dan lahiriah yang patuh tersebut? Dengan memperbaiki kualitas kita sebagai seorang muslim yang juga mukmin seperti yang terpapar dalam rukun islam dan rukun iman.

RENUNGAN



Orang yang bijaksana,tidaklah dia mahu mencari sahabat melainkan orang-orang yang panjang fikirannya,kuat agamanya, luas ilmunya, tinggi akhlaknya, lanjut akalnya, dan di waktu mudanya bergaul dengan orang-orang yang soleh. Barangsiapa yang melalaikan keteguhan percintaan dari sahabatnya, maka tidaklah dia akan merasai buah persaudaraan orang itu terhadapnya. Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan sebab takut dikhiyanati, maka hiduplah dia dengan tidak bersaudara. Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan apabila putusnya persahabatan itu.”
Orang yang berilmu akan sentiasa menyedari....

Lahirnya keinsafan dari perasaan...
Lahirnya kemahuan dari keinginan...
Lahirnya keyakinan dari kepercayaan...
Lahirnya kemajuan dari perubahan...
...Lahirnya kepandaian dari kerajinan...
Lahirnya cinta dari mata...
Lahirnya dengki dari hati..
Setiap manusia ada melakukan dosa. Bertaubatlah dan bersangka baiklah dengan ALLAH. Yakin dan menyedari disebalik sesuatu peristiwa ada hikmahnya yang tersendiri dan ia akan sentiasa menyangka baik terhadap Allah swt walaupun pada zahirnya apa yang berlaku ke atas diri adalah suatu keburukan atau kegagalan disamping sifat redha kepada ketetapan Allah....

INSYAALLAH...



Everyone wants to feel like someone cares

Someone to love with your life in their hands
There's will be somebody for you like that
Nobody wants to do it on their own
And everyone wants to know they're not alone
There's somebody else that feels the same somewhere
There's will be somebody for you out there

I'll be holding my breath, right up 'til the end

Until that moment when, I find the one that I'll spend forever with
INSYAALLAH...

Feb 10, 2011

KISAH RABIATUL ADAWIYAH






KISAH RABIATUL ADAWIYAH
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan
harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Inteam Allahu Rabbi (Official Music Video)

TEMAN SEJATI

Teman Sejati.......

Apabila kita memandang wajahnya, dia akan selalu mengingatkan kita kepada ALLAH...apabila kita lemah, dia yang mengangkat kita dari keterpurukan...Apabila kita khilaf dia yang kerap mengingatkan segala bentuk kesalahan kita...
dia senantiasa memberikan dorongan motivasi untuk istiqomah dalam beribadah dan taat pada seluruh perintahNYa.....
maka....Jadilah Engkau Teman Sejatiku Fiddunya Wal Akhirat..

Ya Allah

Ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia ini tak akan pernah ada
sesuatu yang abadi.
Sehingga ketika seseorang meninggalkanku, aku akan tetap kuat & tegar kearna aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir, ...yaitu cinta-Mu Ya Allah

Tabahkanlah hatimu menempuhi dugaan

Tenangkanlah dirimu dalam kesedihan
Redhailah segala ketentuan
Semua yang berlaku adalah suratan
Menguji keimanan setiap insan
...Tanpa ujian tiada kekuatan
Kekuatan datang dari dugaan....

TEMAN

(Foto dri Ahmad Nizam Awang ..... )

Assalamualaikum...

Teman,
Usah kau takut untuk merasa kesedihan dan kepedihan .Usah kau takut untuk merasa susah dan hina. Percayalah teman, bahawa di sebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan, ada hikmah yang terkandung disebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan. Percayalah teman selagi kau berserah kepada DIA yang sentiasa bersama mu, tanpa kau sedari,tanpa kau lihat DIA, namun kau akan dapat merasa kehadiran NYA apabila kau sentiasa memanggil DIA.
Teman,
Mana ada insan yang tidak suka kepada manisnya hidup.Mana ada insan yang tidak suka kepada keseronokan hidup. Kita dijadikan punya nafsu dan rasa. Namun teman ,sedarkah kalian bahawa manisnya hidup,seronoknya hidup tanpa di uji..kemanisan dan keseronokan itu yang membawa kepada alpa nya kita kepada DIA.
Teman,
Mana ada insan yang suka kepada kesedihan, kepedihan dan kepahitan mengharungi hidup ini. Mana ada insan yang suka menjalani hidup ini berteman si airmata duka .Namun teman,sedarkah kalian bahawa kesedihan,kepedihan dan kepahitan itu ibarat ubat mujarab yang dapat mendekatkan kita dengan Pencipta kita andai kita kembali kepada fitrah kita.
Teman,
Sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman dri DIA,andai ditarik apa yang dipinjamkan,maka sama-samalah kita redha,tenang dan sabar.Anggaplah kesedihan,kepedihan dan kepahitan di uji untuk mengharungi hidup ini adalah kerana DIA mau kita kembali kepada DIA.
Sedarkah wahai teman,bahawa ujian yang dibagi kepada kita adalah pahit untuk dirasa tapi amat manis untuk dikenang agar menjadikan kita insan yang redha,tenang dan sabar.Menjadikan kita insan yang lebih tahu menghargai diri dan kehidupan.
Teman,
Usah dibuang kenangan pahit yg kita rasa kerana yg pahit itulah ubat yg amat mujarab agar kita lebih berhati-hati dimasa mendatang.Kerana dari kepahitan itu lah ada kemanisan yg berpanjangan yg membuatkan kita lebih mengenal Pencipta kita,Nabi kita dan saudara seislam kita.
Teman,
Apa erti hidup ini tanpa di uji?Apa erti hidup ini tanpa kita mengenal DIA,tanpa kita mengenal perjuangan Nabi kita?Tanpa pengorbanan menegak agama kita?
Teman,
Usah lalai dibuai kemanisan,keseronokan kerana di sebalik manisnya,seronoknya terselit racun yang membuai kita hingga kita lalai dan alpa.Sedangkan kepahitan itu terselit manis berpanjangan....
Renung-renungkan wahai teman,ketawa yang berpanjangan itu
membawa kita kepada musibah,sedangkan tangisan berpanjangan itu membawa kita kepada keinsafan.
Wassalam
* kenapa mudah memutus kn persahabata ini ?kenapa mudah berprasangka buruk pd persahbatan jika dibibir mngatakn tulus dalam persahabatan ini..??fahami sahabat...jangan hanya mengharap sahabat yg sentiasa memahami kita....mereka juga sahabat yg memerlukan sahabat...
fahami kehendak dan masalah sahabat....bantu sahabat, bukan hanya salahkan sahabat andai dia bersalah kerana dia juga manusia yg serba kekuranagn....kita sama-sama hambaNYA yg hina....
Beringat lah..sahabat , umpama isi dan kuku..ada je kotoran dicelah isi dan kuku..jadi kita selalu kena bersihkan...