Pages

Dec 11, 2010

KiTa SeRiNg TeRleNa

(Foto dr Ahmad Nizam Awang)


KiTa SeRiNg TeRleNa

Perkara Yang Menghairankan
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,
tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,
tetapi masih mencintainya.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka,
tetapi masih melakukan dosa.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin,
tetapi masih mengingat selainNya.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya..
 
(Foto dri Ahmad Nizam Awang)
*"Apabila hati dikuasai oleh iman, amal yang dilahirkan adalah kebaikan"
Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah.
.

Dec 10, 2010

::SeKaDaR CoReTaN::

Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana kutampakkan hal itu kepada orang-orang yang k
ucintai. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.


(Foto Ahmad Nizam Awang)


::SaHaBaT Di KeJaUhAn ::

♥♥♥♫ Sahabat di kejauhan....♫♥♥♥

Sahabat ku....


Dikejauhan ini ingin aku sampaikan pesan....


Pesan kerinduan pada kalian....


Terkenang saat manis kita lalui bersama...


Gelak tawa , gurau senda , tangis derita kita bersama...


Sahabat ku..


Walaupun kita berjauhan...


Kalian tetap dalam kenangan...


Bersama kita teruskan perjuangan ini..


Mengecap kejayaan yang dinanti-nanti kan untuk meneruskan kehidupan masing-masing...


ikhlas dri ku...nurhidayu...



Hairul Anuar

along Rina....

xia...

Hani


Adnan...


**********************************************************


Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari

segunung emas permata.

Amat beruntunglah jika kalian telah ketemu
...

seorang sahabat yang baik.

Maka hargai dan kekalkan persahabatan itu.





Sebenarnya ada lgi 2 orang sahabat yang xdapat ayu sertakn pic nya..iaitu SHILA & IBNU MUHAMMAD.....


IBNU MUHAMMAD~Dia adalah seorang sahabat yag sentiasa beri apa yang tidak ayu ketahui..dia ada dikala ayu memerlukan nya...alhamdulilah..dia xpernh lupakan ayu...tq so much...ibnu,segala apa yg telah awk berikan pd ayu...amat ayu hargai,semoga allah memberi kerahmatan keatas diri mu..


SHILA(OME YASH)~Shila,mengenali mu memang memberi keceriaan dalam hidup Ayu.Ayu harga segalanya...ampuni ayu jika kadang2 ayu terlepas pandang terhadap diri mu...tp ketahui lah olehmu...yang Ayu sangat sayang kan shila...ayu tak pernah lupakan bling5(@__@)...
YaAllah,sedih pula nk menaip semua ni....shila,trima kasih krn sudi menyayangi Ayu insan hina ini....kenang dku dlam doa mu shila....hnya maaut yang memisahkan kita... semua sekali sahabat yang ayu sayang...tq so much...


"Kalau 1 hari awak nak nangis,bg tahu saya....
  Saya tak janji nak buat awak tersenyum....
  Tapi sya boleh menangis bersama awak...
  Klau 1 hari awak ada masalah,saya tak janji nak bagi awak untuk memyelasikanya...
  Tapi awak boleh kongsi dengan saya...
  Kalau 1 hari awak nak berjlan pergi,bagi tahu saya....
  Saya tak janji untuk halang awak pergi....
  Tapi saya boleh berjalan bersama2 awak...
  Klau 1 hari awak nak seseorng untuk mendengar cerita awak...
  bagi tahu saya....saya janji akan mendengarnya.....
  Tapi kalau 1 hari awak perlukan saya,tapi saya tidak ada...

  MUNGKIN ITU ADALAH SAAT TERAKHIR BAGI KITA......"

"kenang daku dalam doa kalian...."


   

:: SaHaBaT...Oh....SaHaBAt....:::


Who I Want to Meet:
Dengan hanya bertunjangkan keikhlasan dan ketulusan..
bertemu dan berpisah kite hanya krn ALLAH..insyALLAH..
"Persahabatan yg lahir dr hati yg ikhlas kerana ALLAH tidak akan pudar walau ribut badai melanda.."

"tiada ungkapan perpisahan dlm persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya,kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dlm doa sahabatnya walaupun tanpa bayangan di mata"
"*sELeMaH mAnUsIeR IaLaH OrG yG x DpT MnCaRi ShBaT DaN oRg yg LbIH lEmH dRpD E2,iAlAh oRg yg MeNsIa2 Kn,ShBaT yG tElAh DcArI*"
""KiTa TaK pErLu mEnCaRi sEsEoRaNg MaNuSiA YaNg sEmPurNa UnTuK DiJaDiKaN TeMaN SeJaTi, CuKupLaH mEmPuNyAi sEsEoRaNg TeMaN YaNg mEnJaDiKaN KiTa sEmPurNa BiLa bErSaMaNyA..""


SAHABATKU DUNIA AKHIRAT..INSYALLAH...
~carilah sahabat bilamana memandang wajahnya teringatkan kita akan "ALLAH"...apabila mendengar perbualannya..,iman kita akan bertambah,,apabila mendampinginya,hati akan menjadi tenang...itulah diantaranya terdapat tanda seorang sahabat yang sejati...~





CINTA...CINTA...CINTA..CINTA..CINTA...CINTA...CINTA...cinta...cinta.?
CINTA...CINTA...CINTA..cinta..??
CUNTA...CINTA...CINTA...cinta..??


"CINTA ilahi itu yang utama..
Ya Allah,Kau BEKUKAN hati dan
CINTAKU pd manusia
untuk sementara...
dan apabila tiba masanya Engkau
CAIRKANLAH ia semula..
untuk pemilik yang benar-benar Engkau redhoi"

"CINTA itu suci,
Ya ALLAH, jika aku jatuh CINTA,
KAU CINTAkanlah aku pada seseorang yang melabuhkan
CINTAnya kepadaMU,
Agar bertambah kekuatan untukku menCINTAiMU.."

jika mereka sibuk mencari CINTA, biarlah kita sibuk mencari IMAN!!
jika mereka sibuk cari PASANGAN,biarlah kita sibuk cari KEREDHAAN!
jika mereka nangis krn kecewa BERCINTA..biarlah kita nangis krn mengenang DOSA semalam..
jika mrk CINTA akn MANUSIA..biar kita CINTA ALLAH!!
jika mrk dambakan khidupan DUNIA..biar kita dambakan AKHIRAT..
INSYALLAH.

Ya sahabatku,
Cintakan Bunga, Ianya pastikan layu..
Cintakan harta, Kita pasti akan tinggalkan,
Cintakan manusia, Diakan mati..
Cintakan Allah, itulah yang abadi dan hakiki..

Marilah sama2 kita menyemai dan menyirami cinta Allah yang apabila kita mencintaiNya,
pasti tiada kekecewaan..
Pasti kita tidak bertepuk sebelah tangan.
Pasti di sambut cinta kita...
Bahagiakan....?
Subhanallah..



PEREMPUAN YANG SUCI!!

Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana- mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita


"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..

Mengapa masih ragu- ragu? "
"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari"

Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan...

"Sebesar- besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" - Imam Ghazali-

semoga ALLAH lindungi hati kite dr terlalai...insyallah..







:: UmMi NuR AiNi KeSaYaNgAn HaMbA... ::




Ummi,


Wajah mu yang lembut menenagkan jiwa...Apabila ku kesedihan,kau turut jua menangis...Apabila aku kegembiraan,kau turut sama ketawa....Saat aku dilanda kecewa,Kau datang membawa penawarnya..Ummi,Tanpamu aku kesepian...Merindu belaian kasih sayangmu..Hanya doa yang dapat aku kirimkan..dari kejauhan.... ^___^v


Dec 9, 2010

::NiAt YaNg BeRuBaH-uBaH::



``~~~BERUBAH-UBAH NIAT~~~


Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yg sangat bahaya.ketika dia berada di puncak pokok kelapa,ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir,tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yg terjuntai.
keadaannya seperti telur di hujung tanduk,dalam keadaan yg genting itulah dia berseru,"Ya Allah selamatkanlah aku daripada jatuh.jika selamat aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin."
sejurus kemudian,tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.
Namun ribut masih bertiup kencang.keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya,tetapi dia masih lagi belum selamat.berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok,dia berseru lagi,"Ya Allah,sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh,aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin."
setelah bersusah payah,dia berjaya turun hingga bahagian tengah pokok kelapa.harapannya untuk selamat kian cerah,walaupun angin ribut masih bertiup kencang.kali ini dia berseru,"Ya Allah,kalau kau selamatkan aku,aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."
Akhirnya dia sampai pada kedudukan yg lebih rendah,dan doanya berubah lagi,Ya Allah,sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam."
Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat.Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh."Ya Allah,rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!"





```~~~PENGAJARAN~~~```
dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang,manusia mudah melupakan-Nya.Ironinya,apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya...(^_~)

:: KaSiH DaN CiNtA DaLaM IsLaM ::

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan

:: KiSaH DaN TeLaDaN....::



Kisah Katak Kecil yang Pekak


Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari.
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan
memberi semangat kepada para peserta.

Perlumbaan dimulai.
Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai
puncak menara.
Terdengar suara:
"Oh, jalannya terlalu sukar !!Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk sampai...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-katak kecil mulai jatuh. Satu persatu...Kecuali mereka yang tetap semangat
menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak.

"Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!"
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...
Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil
yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan
untuk mencapai tujuan?

Ternyata...Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

Nota:
Kita lebih cenderung untuk gagal; apabila kita terlalu mendengar kata-kata orang lain. Stand for yourself. Jadilah diri anda sendiri. Bukan daripada trend semasa, mengikut kawan-kawan atau orang lain. Jangan jadi seorang yang pesimis hanya kerana sesuatu yang dikatakan oleh orang lain.

Kadang-kadang, kita perlu menjadi seekor katak yang pekak. Demi untuk mencapai cita-cita kita. Satu hari nanti mereka akan terdiam bila tengok kita berjaya. Buktikan. Prove your worth.

Jazakallahu khairan.


=)

sumber:
http://www.syahmiyem.com/2010/08/kisah-katak-kecil-yang-pekak.html

Dec 6, 2010

- Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun (Amalan para Solihin)


salam maal hijrah... semoga doa ini menjadi manfaat buat kita sume..mengingatkan pada yg lupa..kembali ke jalan yg diredhaiNya..beringat sebelum terlambat..ingatlah Allah itu MAha Penerima Taubat..Amin ya robbal alamin....

NaSi BeRiAnI hOhOhO ^_____^v



Nasi beriani oh....nasi beriani....nyummm..nyummmm
bahan2nya
4 pot beras basmathi - basuh dan tos...
1 cawan rempah beriani - bancuh dgn air
1 tin susu cair ideal
jus dari 1 biji limau nipis
garam & gula
minyak sapi secukupnya
air secukupnya
daun pandan
kacang badam dan kismis
bawang goreng
daun ketumbar

bahan penumis
2 kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis
beberapa biji lada hitam
3/4 biji buah pelaga

bahan tumbuk / kisar
6ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
sedikit halia

cara2nya
panaskan ghee (minyak sapi) hingga cair.. masukkan bahan penumis dan masukkan bahan tumbuk masak hingga wangi, masukkan pula rempah beriani... kacau sekejap hingga pecah minyak masukkan beras dan daun pandan kacau hingga semua rempah bersalut dgn beras... bolehlaa masukkan susu dan air secukupnya, bila nasi dah mula mendidih masukkan pula jus limau nipis dan bahan perasa garam & gula, tanak nasi hingga masak bila dah masak masukkan kepingan badam yg digoreng tanpa minyak dan kismis, hidangkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.... nasi beriani ni kali ni makan dengan ayam masak merah dan ayam kurma, kebiasaannya nasi beriani sedap dgn dalca, pepedom dan kari kambing...



 ni mmg kegemaran arwah mak....ehe...mak ni mmg suka masak...n tukang tolong kat dapur...eden lah...hihi
klu mlm raya...nk wat rendang..muka Ayu ni lah yg dok sebuk2 tlg arwah kat dapur.....ermmm..tu lah klu bab masak ni...alhamdulillah..xkekok lah jika disuruh masak....tp xlah pakar mcm cheff wan..ehe...Aku Tetap Aku....wawawawa..ngade je...jom join mam...^_____^v